BAB 27- 𝐈𝐊𝐀𝐍

3.3K 247 2
                                    

BAGASI miliknya dan kakak tirinya dibawa keluar rumah. Kaki diatur keluar dari rumah dengan tangan menarik bagasi saiz besar. Kepala digeleng kecil apabila ibunya masih menasihati benda yang sama.

"Degil. Mak dah kata ayah engkau yang hantarkan, tak nak! Emak risau kau berdua naik grab!"

"Abang, pergi bersiap cepat! Saya nak abang hantarkan anak kita ke stesen bas!" Sambung Senah dalam nada tegas.

Rahmat meraup mukanya dengan perasaan sebal. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia marah isterinya. Tetapi ditahan amarah itu kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Helaan kasar dilepas.

"Mak... Tak payahlah. Kesian ayah, ayah demam tu. Lagipula, kakak dengan adik dah order grab..." Seakan merayu nada suara Raima.

Tajam Senah menjeling Raima dan Raina. Mereka tidak faham perasaan risau seorang ibu apabila anaknya berjauhan. Kepala menoleh kearah Rahmat yang lemah terbaring disofa. Jika diikutkan emosinya, mahu saja dia menenking Rahmat sekarang jua.

Ditahan kehendak satu ini apabila perasaan kasihan timbul dalam dirinya setelah melihat keadaan Rahmat yang tidak bermaya. Penat dan sakit kepala adu Rahmat kepadanya seketika tadi.

"Kalau begitu kamu katakan, baiklah! Lambat lagi ke grab kamu sampai rumah ni?" Senah melabuhkan punggung diatas sofa diikuti Raima dan Raina.

"Kejap lagi. Dalam sepuluh minit lagi..." Raina menjawab lalu air kopi panas disisip.

Perlahan-lahan Rahmat bangkit dari baring. Jelas muka pucat dan keletihan terpamer pada wajahnya. Tangan kanan naik menekup mulutnya apabila terasa ingin batuk. Jelas kedengaran batuk serak dan tekak kering.

"Ayah nak pergi klinik tak? Kalau nak pergi kita minta tolong pak cik Badrul..." Cadang Raima yang sudah terbit rasa risau akan keadaan ayahnya.

Terasa gusar hatinya. Mahu pergi bercuti pun jadi tidak sedap hati. Sudahlah Senah sekarang sering sakit lutut. Helaan nafas dilepas dengan lembut. Redup mata merenung wajah berusia Rahmat dan Senah bersilih ganti.

"Tidak usahlah. Ayah demam sakit urat aje ni. Biasalah dah tua." Lemah Rahmat bersuara dengan bibir mengukir nipis senyuman.

"Adik risaulah tengok ayah ni. Kami tak payah pergi bercuti lah." Raima mengangguk kecil tanda bersetuju dengan cadangan kembarnya.

"Kamu berdua jangan nak membazir. Pergi saja. Aku boleh jaga ayah kau berdua. Setakat ayah kau demam biasa macam ni, tahulah aku nak jaga!" Lantang Senah memarahi anak kembarnya.

Bibir dia merengus kasar. Jujur dari luhur hatinya yang dia tidak suka anaknya mengamalkan sikap membazir. Anak kembarnya bercakap seolah-olah dia tidak mampu jaga suaminya yang demam. Tahulah dia bagaimana mahu jaga Rahmat bila demam. Bukan hari ini baru dia hidup bersama Rahmat. Tiga puluh tahun dia dan Rahmat hidup bersama, tidur sekatil dan sebilik.

"Emak ni... Selalu nak marah-marah... Cuba bertenang sikit." Berani Raina menyuarakan ketidakpuasan hati.

Saja Raina mahu mengenakan ibunya sebelum pergi. Dia tahu Senah tidak marah tetapi memang nada suara tegas ibunya begitu. Bercakap macam tengah marah. Hakikatnya, Senah memang cakap begitu. Tidak pernah lagi ibunya nak bersuara lembut. Terasa mengidam dengar suara lembut Senah dalam berbicara.

Aneh-aneh saja kehendak dirinya. Kalau dia bagitahu Senah, mahu disekeh kepalanya!

"Macam mana aku nak bertenang kalau memang begini cara aku bercakap. Sudah, jangan nak bahas─"

Terputus bicara Senah apabila deria pendengaran mereka mendengar deruman enjin kereta didepan rumah mereka. Segera Raina membuka langkah mendekati pintu utama rumah. Terbeliak kecil matanya apabila kereta Honda Jazz itu adalah grab mereka.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now