BAB 9-𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐓𝐀

5K 332 7
                                    

LANTAI MOZEK hospital dimop sehingga licin, sesekali bibirnya menguntum senyuman nipis kepada insan yang mengukir senyuman manis kepadanya. Walaupun Dayra memakai face mask, tetapi  mereka dapat mengetahui Dayra senyum dari mata atau jelas nampak eyesmile. Mungkin.

Jam pada pergelangan tangan ditenung, dimana jarum jam sudah menunjukkan waktu lunch. Jadi, Dayra sudah membuat keputusan untuk makan terlebih dahulu kerana waktu sekarang surau hospital akan bersesakkan dengan pelawat atau doktor. Troli yang memuatkan segala peralatan untuk membersih lantai dan cermin kaca ditolak kearah stor bahagian membersih.

Setelah itu, terus Dayra membawa langkah kearah Harold's untuk membeli roti. Untung saja sebelah hospital ada Harold's, tidaklah perlu dia berjalan jauh semata-mata mahu membeli makanan. Pintu kaca Harold's ditolak, tempat pinggan dan pengepit yang disediakan Dayra tuju.

Pinggan berwarna putih dan pengepit dicapai. Terus, Dayra mengambil satu spicy sushi roll, satu dark chocolate bun dan satu tart telur. Dayra membawa langkah ke arah kaunter, Dayra mengemam bibir apabila melihat barisan pembayaran yang beratur. Tidaklah panjang, hanya tiga orang saja yang tengah beratur.

Sempat matanya merenung jejaka tinggi lampai yang tubuhnya tegapnya dilengkapi kemeja hitam dan dipadankan dengan doctor coat. Handsome. Doktor kan semua goodlooking!

"Astraghfiruallah, tundukkan pandangan Dayra!" Omel Dayra dalam hati. Segera Dayra menundukkan pandangan. Tersenyum kecil dirinya mengenangkan cita-citanya dahulu turut mahu menjadi Doktor tetapi terkubur disebabkan dirinya menghuni rumah Senah selepas SPM, jadi dari situ bermulalah kisah hidupnya menanggung Senah sekeluarga.

Dan, dirinya percaya dengan takdir dan aturan Allah dalam perjalanan hidupnya. Walaupun ditemani air mata.

"Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani, yang membuatmu terpana sehingga kau lupa betapa pedihnya rasa sakit." - Ali bin Abi Thalib.

Dayra mengangkat kepala apabila tiba gilirannya untuk membayar roti yang dibeli. Dayra meletakkan pinggang roti diatas kaunter dan not 20 ringgit dikeluarkan dari dompet kecilnya. Plastik yang dihulurkan dari perempuan yang menjaga cashier itu diambil dan not 20 ringgit dihulur.

"Terima kasih." Baki diambil dan disimpan dalam dompet. Plastik roti Harold's dipegang dan langkah dibawa kearah bilik khas untuk cleaner.

Setelah, tiba dibilik khas tersebut, Dayra membuka lockernya untuk mengambil botol air putih yang dibawa dari rumah. Lantas, Dayra melabuhkan punggung diatas kerusi plastik yang telah disediakan dalam bilik itu.

Botol air putih miliknya dibuka, dan diminum selepas mulutnya mengungkapkan bacaan basmallah. Roti yang diatas ribanya diambil lalu digigit.

"Assalamualaikum, sedap makan." Tegur Zulaikha yang sudah mengambil tempat sebelahnya.

"Nak?" Dayra menjungkit kening keatas dengan tangan menghulur plastik roti kepada Zulaikha.

Pantas Zulaikha mengeleng kecil kepala dengan bibir menguntum sentuman nipis.

"Kau okey kerja ni? Selesa tak?"

"Aku okey aje, asal rezeki halal. Selesa? Maksud kau?" Berkerut dahi Dayra. Penutup botol air dibuka, lantas air diminum.

"Maksud aku, kau selesa ke kerja sebagai cleaner. Ya lah, kerja cleaner kan kena basuh tandas yang kotor, ada najis lah. Kau geli tak?" Zulaikha naik mengaru kening lebatnya.

Dayra ketawa kecil dengan bibir tidak lekang menguntum senyuman kecil. Dayra suka akan sikap Zulaikah yang selalu prihatin terhadapnya. Dayra naik memegang lengan Zulaikha yang berada diatas paha gadis itu. Redup matanya merenung Zulaikha yang turut lembut merenungnya.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now