BAB 41-𝐊𝐀𝐇𝐖𝐈𝐍?!

2K 155 5
                                    

SATU-PERSATU email didalam telefonnya dibaca. Seketika matanya terhenti pada satu kotak pesanan email dari pihak universiti sains malaysia. Kening tajamnya terjungkit kerana hairan apabila mendapat pesanan dari pihak universiti. Terus jarinya naik membuka pesanan itu.

Teliti mata tajamnya membaca kandungan ayat email itu. Daripada berkerut dahi terus terbit senyuman kecil. Segera Qaede bangkit dari kerusi empuk bilik kerjanya. Langkah dibawa keluar dari bilik kerjanya dalam rumah. Sosok tubuh kecil isterinya dicari.

Langkah dibawa kearah bilik tidur dan tombol pintu dipulas. Meliar-liar matanya mencari sosok tubuh Dayra dalam ruangan bilik tetapi hampa bayang Dayra pun tiada. Berkerut dahinya, sekilas matanya merenung jam didinding bilik yang menandakan sekarang sudah pukul 11:25 malam.

Biasanya jam sebegini Dayra sudah masuk kedalam alam mimpi. Lewat pula Dayra tidur malam ini. Terus langkah dibawa ke arah ruang tamu.

"Ariningsun? Dekat mana?" Teriak kecil Qaede dengan langkah laju turun ke tingkat bawah.

Tiba-tiba terbit rasa risau kerana takut perkara buruk berlaku. Sudahlah sang isteri sedang berbadan dua sekarang.

"Dekat dapur abang!" Sahut Dayra yabg berada di dapur.

Laju langkah Qaede menuju ke dapur dengan kedua-dua tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar pijama tidur satin berwarna blueblack. Termati langkahnya apabila melihat Dayra yang sedang makan sesuatu didalam mangkuk besar.

Besarnya mangkuk. Dah nak tengah malam Dayra makan. Bukan ke Dayra sejenis jaga badan. Biasanya Dayra pantang makan makanan berat lewat malam. Ini pelik.

"Makan apa itu, sayang? Berkepul-kepul asap keluar." Ujar Qaede yang datang mendekati Dayra.

Seketika muka Qaede berubah menjadi garang dengan tubuh yang sudah kaku. Tajam mata Qaede merenung Dayra dan mangkuk bersilih ganti.

"Maggie siam. Abang nak? Sedap. Rasa dia masam tambah pedas." Ceria Dayra mempelawa tanpa menghiraukan wajah garang Qaede.

"Are you kidding me, Dayra? Berapa plastik ni?" Tegas suara Qaede menyoal dengan kedua-kedua tangannya sudah memegang sisi meja.

Serius wajah Qaede sekarang. Dayra boleh santai sambung makan sedangkan dia sedikit lagi nak meletup. Dayra yang mengandung makan mie segera yang jelas tidak sihat dan banyak bahan perasa.

"Tiga. Dayra lapar sebab itu Dayra masak banyak. Come join me."

"Are you for real, darl?! You're pregnant! Makanan ini tidak bagus untuk buddy! Kalau lapar, makan makanan lain. Makan yang berkhasiat. Bukan ini." Lembut suara Qaede menegur kerana dia faham emosi ibu mengandung kadang-kadang tidak stabil.

Tidak mahulah Dayra menangis dan bersedih disebabkan tegurannya nanti. Mangkuk maggie siam depan Dayra diambil dan diletakkan jauh sedikit dari kedudukan Dayra yang wajahnya sudah menekur pada lantai. Terus Qaede menghela nafas dengan lemah.

Dayra sudah merajuk.

Qaede terus melutut di sisi Dayra dengan tangan kanan lembut mengelus kepala Dayra. Sekilas Qaede mengucup ubun-ubun Dayra dengan tangan kanannya menyelit rambut Dayra yang jatuh pada celahan telinga. Bibirnya yang ingin terukir senyuman lucu ditahan apabila melihat bibir Dayra yang tersebek-sebek. Comel aje reaksi Dayra sekarang.

"Abang minta maaf, okey?" Lembut Qaede memujuk dengan tangan memegang hujung dagu Dayra. Wajah isterinya yang sudah merah dipalingkan padanya.

"Abang marah Dayra." Berkaca-kaca mata Dayra dengan hidungnya yang sudah merah.

"Mana ada marah. Abang cuma tegur. Abang tegur tanda sayang." Kedua-dua ibu jari kasar Qaede naik mengelap air mata Dayra yang sudah membasahi pipi isterinya.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now