BAB 34- 𝐆𝐀𝐃𝐔𝐇

3.4K 210 15
                                    

SATU PERSATU buah strawberry dimasukkan kedalam bakul miliknya. Tidak lekang bibir Raima menguntum senyuman lebar. Jelas ceria wajahnya sekarang. Meliar-liar mata Raima mencari buah strawberry yang bersaiz besar. Semakin sepet matanya apabila Raima tersenyum gembira apabila melihat warna merah strawberry yang masak ranum. Bibir dijilat sekilas menahan keingin nafsu untuk makan buah itu.

Laungan Raina yang sedikit jauh darinya diabaikan. Terasa malas untuk pergi ke Raina. Gelengan kecil diberi sebagai isyarat tidak mahu. Raima menjelir lidah seketika apabila Raina bertindak menunjukan penumbuk kecil dia.

Bakul miliknya dijeling sekilas dan mencebik kecil bibirnya apabila bakulnya sudah separuh diisi oleh strawberry. Terasa baru saja dirinya mengutip strawberry. Perlahan-lahan langkah disusun menyusuri  barisan pokok strawberry. Langkahnya terhenti apabila matanya menemui strawberry saiz besar. Gunting khas diangkat dan digunting batang daun strawberry itu.

Penuh berhati-hati Raima meletakkan strawberry itu kedalam bakul. Baru sahaja langkahnya mahu mendekati Raina, tetapi terhenti apabila terasa bahunya ditampar lembut dari belakang. Pantas Raima menoleh kebelakang bersama ruas dahi yang berkerut. Terjojol matanya apabila melihat gerangan tidak bertauliah itu.

Tidak beradap. Jelingan tajam diberi.

"Pahal kau?! Tak ada adab tepuk bahu anak dara orang macam itu?! Pergi masjid tapi adab tidak ada!" Bidas Raima senafas bersama dada yang berombak.

Tersengih-sengih Adam Raif bersama jari kanan dibuat gaya peace. Raima jeling tajam bersama reaksi menyampah terhias pada wajahnya. Menyebalkan betul jantan ini.

"Sorry, you... You buat apa tu? Nampak macam busy aje." Ramah Adam Raiz berbicara. Matanya melihat bakul dipegang Raima dan wajah Raima bersilih ganti.

"Tengah tengok tapak projek nilai sepuluh juta ni. Itu yang sibuk macam mak cik bawang jaga kain orang." Halus Raima menyindir bersama cebikan.

Terus Adam Raiz menghambur ketawa kecil yang dibuat. Jelas air mukanya berubah selepas mendengar sindiran Raima. Telapak tangan kanan naik mengosok belakang leher bagi menghilang rasa malu.

Damn...

"Pandai you berloyar buruk dengan I. Mana klon you? Tak nampak pun?" Adam Raiz masih cuba beramah mesra walaupun sekarang wajah Raima sudah kelat tidak kalah seperti biji kopi.

Raima mendengus kasar. Matanya dibuat juling akibat melihat wajah Adam Raiz yang masih tersenyum ceria.

"Kau nak menyibuk hal kami kenapa?! Tiada kerja ke?! Semak betul dengan jantan ni. Blah lah!" Halau Raima dengan kasar.

Terus kaki dibawa kearah Raina yang masih ralit mengutip strawberry. Decitan dilepas kasar apabila melihat Adam Raiz mengikutnya dari belakang. Kaki dihentak kasar sehingga menarik perhatian Raina. Jelas matanya melihat ruas dahi Raina berkerut.

"Weh kak, kau bawa anak rohingya mana ni dho?! Baik kau halau. Karang dia bawa pakatan dia, naya kita." Bidas Raina dengan wajah dibuat takut.

Terus cemberut muka Adam Raiz. Ada ke patut muka dia yang kacak lagi menawan ini dikata anak rohingya?!

"Entah budak ni. Dari tadi mengekor aku. Sepak baru tahu. Dah halau pun still ikut. Muka tembok cina betul." Sampuk Raima bersama senyuman sinis.

Senyuman nipis terukir dibibir merah jambu Adam Raiz. Senyuman hambar. Air muka terasa hati dikawal sebaik mungkin. Sungguh celupar mulut dua perempuan didepannya. Bercakap main sedap. Dia akui silapnya hari itu, dan berdirinya disini sekadar mahu meminta maaf.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now