BAB 29-𝐀𝐋𝐄𝐍𝐀𝐃𝐑𝐀

3.5K 244 7
                                    

PINTU KERETA dihempas perlahan. Selepas sahaja mereka pulang dari rumah puan Ratna terus mereka singgah ke pasaraya untuk membeli barang dapur. Langit sudah mula gelap. Nasib mereka berdua sudah dating sebelum datang ke rumah puan Ratna.

Jadi mereka membuat keputusan untuk membeli barang dapur selepas pulang dari rumah puan Ratna kerana tidak mahu barang basah busuk.

"Jom." Ujar Qaede. Seraya itu, mengengam tangan kecil Dayra. Sesekali tangan mereka yang bertaut Qaede hayunkan.

Segera Qaede lepaskan tautan tangan apabila mereka sudah sampai di bahagian troli. Troli ditolak oleh Qaede. Dayra berjalan kehadapan sedikit dan kakinya melangkah kearah rak biskut.

"Ambil biskut oat krunch sayang. Nak yang chocolate." Ujar Qaede disambut anggukan dari Dayra.

Segera Dayra mencapai dua plastik biskut oat crunch yang dipinta oleh Qaede. Lalu, tangannya mencapai satu plastik biskut tawar dan biskut marie.

"Abang, ambik kopi cap gantang tu." Ujar Dayra yang sudah terjengket-jengket untuk mengambil kopi itu. Senyuman pasrah terukir dibibir mungil Dayra.

Terus meletus ketawa kecil Qaede. Kepala diangguk kecil, lalu tangannya naik mencapai plastik kopi cap gantang dengan mudah. Mananya tidak mudah, ketinggian Qaede itu 180cm dan Dayra pula 160. Sungguh ketara beza ketinggian mereka.

"Pendek. Masa kecil orang suruh minun susu, sayang pergi minum air manis." Ejek Qaede dengan hujung bibir terjungkit senyuman nakal.

Tercebik-cebik bibir Dayra kedepan. Tangan naik memeluk tubuh sendiri. Terpamer mimik tidak puas hati pada wajahnya.

Sedap mengata orang.

"Dia yang terlebih susu. Lepas itu, kata orang pula..." Dayra merampas lembut plastik kopi ditangan Qaede.

Terjungkit naik kening cantik terukir Qaede. Perlahan kaki mendekati Dayra. Selangkah demi selangkah Qaede dekatkan jarak mereka. Badan ditunduk sedikit bagi menyamai ketinggian Dayra. Hangat nafas Qaede menyerbu wajah cuak Dayra.

"Dia? Siapa dia tu?" Tegas nada Qaede bersuara dengan niat ingin menakutkan Dayra.

"Suami Dayra." Terkerdip-kerdip mata bulat Dayra. Jelas terasa ibu jari kasar Qaede naik mengelus pipinya yang sudah kemerahan.

"Pandai pun Dayra sayang." Kepala Dayra digosok perlahan. Terus Qaede membuka langkah kearah troli.

Helaan nafas lega Dayra hembus. Lalu langkahnya dibawa kearah satu persatu rak makanan. Sedar tidak sedar, troli mereka sudah hampir penuh dengan stok makanan bulanan mereka.

"Kita ke bahan basah pula abang." Lembut Dayra berkata disambut anggukan kecil dari Qaede.

Dayra mendekati bahagian ayam. Tunak matanya memandang bahagian ayam. Plastik dalam gulungan besar itu ditarik.

"Nak ambil ayam yang seekor atau dah dipotong?" Soal Dayra dengan mata merenung Qaede yang berada disisinya.

"Kejap. Abang nak teka sayang. Macam kita nak bezakan ayam ni jantan ataubetina?" Terjungkit-jungkit kening Qaede bersama senyuman nakal terukir.

Terpinga-pinga Dayra seketika apabila mendengar soalan luar kotak dari Qaede. Macam mana dirinya nak bezakan ayam itu jantan atau betina, lagi-lagi ayam itu sudah tercabut kepala?

"Erm... Soalan apa yang abang tanya ni? Mengarut betul soalan! Tidak pernah disoal orang." Kepala digeleng kecil dengan bibir menguntum senyuman nipis.

"Adalah... Senang aje kita nak bezakan dia. Kalau sayang nak tahu ayam tu jantan atau betina. Lihat saja kepitan paha ayam tu. Kalau jantan paha dia terkankang. Kalau betina paha dia berkepit."

Ariningsun |√Where stories live. Discover now