BAB 22-𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

3.8K 258 7
                                    

MELIAR-LIAR mata tajam lelaki itu mencari sosok tubuh sang isteri. Reaksi bingung terhias di wajah lelaki itu. Mahu katakan isterinya kerja? Tidak kerana selepas dirinya pulang dari kerja pagi tadi, terus sang isteri bagitahu yang dia cuti setiap hari jumaat.

"Sayang?! Awak dekat mana?" Raung Qaede dengan kaki melangkah kearah dapur.

Sunyi sepi keadaan dapur.

"Dayra... Mana kamu ni?" Bergema suara garau Qaede memanggil nama sang isteri.

"Orang dekat sinilah!" Sahut Dayra dalam nada jeritan.

Terhenti langkah Qaede yang baru sahaja mahu menuju kearah ruang tamu. Kepala dipalingkan kearah sliding door bahagian dapur. Terjungkit hujung keningnya apabila melihat sliding door terbuka.

Pasti sang isteri disana.

Kaki mengorak langkah kearah belakang rumah. Berkerut dahinya apabila kornea mata sudah memperlihatkan sosok Dayra yang sedang bercangkung. Tangan sang isteri pula memegang cangkul kecil. Qaede mendekati Dayra yang membelakanginya.

"Sayang... Awak buat apa tu? Dengan ada cangkul... Pakai sarung tangan bagai ini?" Dayra menoleh kearah Qaede dengan bibir mengukir senyuman lebar.

"Come! Duduk sini, abang. Saya sedang tanam pokok cili dan daun kari" Ceria Dayra mengatakan.

Semakin berkerut dahi Qaede.

Qaede bercangkung disisi Dayra. Posisi badan dibetulkan sedikit bagi menghalang cahaya matahari terkena Dayra. Tersenyum manis Dayra melihat tindakan Qaede. Qaede mengosok puncak kepala Dayra.

"Mana sayang dapat semua benih ini?"

"Kawan saya dekat kerja bagi semalam. Katanya dia tersilap beli banyak dalam online. Jadi dia bagi-bagi dekat kawan sekerja." Qaede megangguk kepala tanda faham.

"Abang tolong galikan lubang. Sayang tidak kisahkan?"

Cangkul kecil dihadapan Dayra dicapai. Segera kepalanya menoleh kearah Dayra apabila sang isteri memegang lengannya. Gelengan kepala dari Dayra ditatap dengan penuh bingung.

"Tidak usahlah abang. Abang baru saja pulang dari kerja. Baik abang pergi tidur. Sekejap lagi mahu pergi solat jumaat pula. Mesti abang penat." Wajah terharu terpamer di wajah Qaede.

Bibir mengukir senyuman nipis dengan mata redup membalas pandangan berharap Dayra.

"Tidak mengapa... Tadikan abang sudah tidur lepas sarapan. Tidak penat pun. Mari kita menanam sayang!" Riang Qaede berkata. Seraya itu, tangan naik mengali tanah.

Semangat Dayra mengangguk kepala bersama senyuman bahagia.

Biji benih dimasukkan kedalam lubang hasil galian suaminya. Terhenti tangannya yang mahu memasukkan biji benih lada kedalam lubang setelah melihat lubang itu dihuni oleh binatang lembik bewarna putih. Ulat tanah!

"Abang! Eih, tidak sukalah binatang lembik macam ini! Alihkah dia abang..." Mengeliat kecil tubuh Dayra.

Ketawa kecil Qaede apabila melihat mimik muka geli Dayra. Ranting kayu dicapai. Lalu Qaede menguis ulat tanah masuk kedalam cangkul menggunakan kayu. Lelaki itu bangkit dari mencangkung dan membawa langkah kearah tembok rumah. Ulat tanah dibuang ke luar tembok.

"Terima kasih abang!" Qaede hanya mengangguk kecil kepala.

Satu persatu Qaede menghitung bilangan lubang yang telah digali. Sapu tangan didalam kocek seluar diambil. Lalu, Qaede mengelap peluh pada dahinya yang merenik. Mata naik merenung sang isteri yang masih semangat menanam. Terukir senyuman nipis. Kaki dibawa mendekati sang isteri.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now