BAB 28-𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓 𝐏𝐔𝐀𝐊𝐀

3.3K 239 1
                                    

PINTU KAYU HOTEL ditolak perlahan oleh Raima. Terpegun matanya melihat dekorasi hiasan klasik hotel yang akan dihuni olehnya dan Raina. Perlahan langkah dibawa masuk kedalam bilik itu diikuti oleh Raina dari belakang.

Bibir menguntum senyuman lebar kerana berpuas hati dengan keadaan bilik yang bersih dan cantik. Bagasi miliknya diletakkan di tepi almari.

Pintu gelongsor yang tertutup diperhati. Cantik. Nampak pemandangan pokok teh dan kabus yang mengebu. Tepukan dari Raina pada bahunya menyebabkan Raima menoleh kearah adiknya. Kening dijungkit tinggi sebagai pertanyaan kenapa.

"Aku nak bilik asing. Aku tidak mahu kongsi dengan kau, Raima!"

Dengus Raina kerana tidak berpuas hati akan keputusan Raima yang mahu mereka berkongsi bilik. Raima meraup kasar mukanya agar hatinya tidak mudah meletup melayan kerenah adik kembarnya yang persis budak tidak matang.

"Engkau jangan nak membazir! Dekat rumah elok aje kita berkongsi bilik dan katil! Kenapa dekat sini, tidak boleh?"

"Aku cuma mahu privasi dan keselesaan saja," perlahan Raina bersuara dengan wajah sudah menekur lantai konkrit.

Jelas kedengaran decitan sinis Raima. Raima mencekak pinggang bersama pandangan tajam merenung Raina. Kaki dibawa mendekati katil bersaiz king itu. Lalu Raima baring diatas katil dengan penuh selesa.

"Privasi? Puih! Eh Raina, antara kau dengan aku mana ada privasi. Sekarang pun aku tahu kau pakai singlet warna apa! Ada hati nak cakap pasal privasi!"

Ketawa kecil dilepaskan kerana lucu mendengar alasan tidak masuk akal dari Raina. Jelingan tajam Raina dibalas dengan cebikan. Bahu diangkat sedikit. Malas mahu bertekak dengan Raina yang keras kepala.

"Tapi aku tak selesa kongsi bilik dengan kau, ka─" Raina teruskan sesi memujuk kakaknya supaya membenarkan dia tempah satu bilik lagi.

Ish, baru saja mahu merasai nikmat seoranv diri dalam bilik! Tup-tup, kakak kembarnya tidak benarkan! Menyebalkan betul!

"Engkau tidak usah nak bercakap topik selesa! Selama ini kita tidur sebilik. Okey saja. Bukan sehari tapi 26 tahun. Malah, sekatil lagi. Tidak pula aku dengar kau merungut seperti hari ini!" Senyuman jengkel dipamerkan oleh Raima.

"Atau... Kau ada muslihat lain, Raina?" Tatapan penuh curiga Raima berikan kepada Raina.

Terus ruas dahi Raina berkerut. Kepala digeleng laju dengan kedua-dua tangan digerakan tanda bukan. Raina membawa langkah mendekati Raima. Punggungnya dilabuhkan pada birai katil. Terus badan dibaringkan secara terlentang.

"Muslihat apa benda kau ni? Aku datang sini nak rehatkan minda dan cuti saja. Bukannya nak buat jahat." Terkebil-kebil matanya merenung siling.

"Kau bukan boleh percaya sangat. Otak penuh helah... Licik!" Selar Raima dengan penuh sinis.

Meletus kecil ketawa sinis dari ulas bibir Raina. Kepala dipusing pada Raima dengan bibir menguntum senyuman sinis. Haih, Raima sedang bercakap dengan cerminkah? Setahunya, Raima lebih licik dan penuh agenda darinya.

Mungkin Raima tidak sedar akan perkara itu. Kata orang, perwatakan orang kita nampak. Tetapi, perwatakan diri sendiri kita tidak nampak.

"Hakikatnya, kau lebih licik kak..."

"Bila masa?! Kau jangan nak pandai-pandai burukkan nama aku!" Bidas Raima dengan penuh rasa tidak puas hati.

Riak wajah penuh emosi terpamer diwajah cantik Raima. Sesekali tangannya naik mengosok perut kempisnya yang sudah berkeroncong. Lapar tapi pada masa yang sama tubuhnya sudah terasa penat. Helaan nafas lemah terlepas dari bibirnya.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now