BAB 47-𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇

1.7K 129 4
                                    

DAYRA memeluk lututnya sendiri dan dirapatkan pada dada. Badannya disandarkan pada dinding kaca balkoni. Terkelip-kelip mata bundarnya merenung dada langit yang kelam dihiasi bulan dan bintang. Cantik. Bersinar dimalam hari. Dagu direhatkan pada kepala lutut.

Seketika terlepas helaan nafas lemah dari bibirnya. Terasa angin malam yang sejuk mula mencengkam tulangnya. Mengigil kecil tubuhnya. Sesaat matanya mengerling langsir putih pintu gelongsor bilik yang berterbangan kerana angin.

"Hye..." Sapa Qaede dan membalutkan tubuh Dayra menggunakan selimut nipis.

Terukir senyuman nipis Dayra dan kepalanya menoleh kearah Qaede yang sudah bersimpuh disisinya. Kekura tangan Qaede dicium sekilas.

"Bila abang balik? Tak perasan pun." Terhenti tingkah Qaede yang sedang menyelit rambut bebas Dayra ke celahan telinga.

"Abang dah siap mandi pun, sayang tak perasan. Itulah mengelamun sangat. Dah sampai mana?" Sarkastik Qaede menyoal dengan mata dihalakan pada dada langit.

"Mana ada. Dayra tak mengelamun lah. Abang dah makan?"

"Dah, makan dengan Jayden tadi. Dayra dah makan? Dah solat ke?" Kepala Qaede menoleh Dayra yang merenungnya dari tadi.

Terus tangan kasar Qaede mengelus kepala Dayra. Redup matanya merenung wajah bersih Dayra. Seketika Qaede pegun melihat mata bersinar Dayra. Cantik. Bersinar macam bulan.

"Dah. Tadi Qay ada hantar nasi hujan panas. Mummy buat katanya. Sedap." Terukir senyuman lebar pada bibir Dayra.

Terus air liurnya ditelan apabila mengingati keenakan nasi hujan panas yang dimasak oleh Hajah Rayziah. Pandai mummy masak. Bertambah dua kali dirinya makan. Ayam masak merahnya cukup rasa. Masakan Hajah Rayziah tidak pernah mengecewakan.

"Iya? Masa dekat hospital mummy ada call abang suruh mari lunch dekat sana. Tapi abang dekat hospital.  Itu yang suruh Qay hantar nasi. Mummy risau kalau Dayra pergi seorang diri rumah mummy. Itu yang mummy tak suruh sayang pergi rumah dia."

Terus Dayra mengangguk kecik kepala tanda faham setelah mendengar penjelasan Qaede. Tangan berurat Qaede dipegang. Pasti Qaede memberi penjelasan sebegitu supaya dirinya tidak salah faham.

"Ala, tak apa. Dayra tak terasa hati pun. Lagipula, Dayra pun malas nak pergi. Malas nak bersiap." Ujar Dayra diselangi ketawa kecil.

"Halah, sayang apa aje yang rajin. Ini dah solat ke belum? Jangan nak mengelak soalan abang yang ni." Pipi Dayra ditarik penuh geram.

Geram dengan pipi Dayra yang semakin tembam sekarang. Tubuh tak berisi, pipi pula yang bertambah berat. Rengekan dari Dayra membuatkan bibir Qaede menguntum senyuman nakal.

"Orang dah solatlah. Ingat orang budak kecil ke nak culas dalam solat. Dey, yini abang manis mau kena sama saya." Ujar Dayra dalam nada pertuturan orang bangladesh.

Meletus ketawa kecil Qaede apabila melihat kerenah Dayra.

"Dayra kan jadi orang malas sekarang." Seloroh Qaede dengan melabuhkan kepala pada bahu Dayra.

"Apa? Oh, saya malas ya?" Meleret-leret suara Dayra. Laju tangan Dayra mengeletek pinggang Qaede. Raungan Qaede yang melarangnya tidak dihiraukan. Malah, semakin galak jari runcing Dayra mengenakan pinggang suaminya. Senyuman lebar terukir apabila melihat wajah Qaede yang kemerahan.

"Sayang, stop! Geli laa." Rengek Qaede dengan tangannya sudah menepis lembut jari Dayra dipinggangnya.

Terus Qaede memegang kedua-dua tangan Dayra dengan kemas. Meletus ketawa kecilnya apabila melihat Dayra yang berusaha keras untuk meleraikan cengkaman. Lidahnya dijelir dengan riak wajah mengejek terpamer.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now