BAB 32- 𝐙𝐈𝐍𝐈𝐑𝐀𝐇

3.5K 229 5
                                    

TUNAK mata tajam jejaka muda itu melihat kartun yang disiarkan pada kaca televisyen lebar itu. Sesekali bibirnya terjungkit senyuman lucu. Terangguk kecil kepalanya saat keropok kentang dikunyah. Kuat nada suara dari kaca televisyen memenuhi ruang tamu itu.

Dengusan kecil terlepas dari bibirnya saat bunyi loceng rumah menyapa telingannya. Diabaikan seketika dentingan lonceng rumah. Mata difokus semula pada kaca televisyen bersama hati yang senang. Terpejam seketika matanya apabila lonceng rumah bertalu-talu bunyi. Terus hujung mata Qayder menjeling tajam.

Keropok kentang diletak kasar atas meja kopi kaca mewah depannya. Terus Qayder membawa langkah kearah pintu utama bersama wajah yang jengkel. Pintu dikuak luas bersama wajah yang sudah dibuat manis. Tidak mahulah di cop biadap pula.

Riak wajah jengkel terus terhias pada wajahnya saat matanya melihat gerangan manusia yang tidak bertauliah itu. Jelingan sang gadis diabaikan, malah Qayder mencebik bibirnya kedepan.

"Kenapa lambat sangat buka pintu? Naik lenguh jari runcing aku menekan. Kasar nanti jari aku, siap kau!" Sembur sang gadis dan menonong masuk kedalam rumah. Sebelum itu, sempat sang gadis merempuh kasar bahu Qayder.

Tch! Kasar Qayder berdecit bersama jelingan menyampah

Tidak pernah pula dirinya mendengar yang sesiapa menekan butang lonceng rumah akan menyebabkan jari dia kasar. Perempuan tidak over tidak sah.

"Kisah pula aku. Siapa ambil kau dekat airport? And... siapa hantarkan kau sampai rumah?" Qayder melabuhkan punggung disofa.

Sempat mata tajam Qayder mengerling Daira yang sudah terlentang diatas sofa berangkai tiga. Lengan kanan Daira sudah menekap atas dahinya. Jari kirinya naik membuang kerongsang di leher. Tiba-tiba dia rasa tercekik pula.

"Jodoh orang yang ambil dan hantarkan. Mana mummy dan daddy?" Mata bundar Daira meliar-liar ruang rumah mewah itu.

"Siapa jodoh orang?" Soalan dibalas soalan oleh Qayder. Ruas dahinya berkerut tanda bingung.

Terus Daira menguling matanya keatas bersama mimik yang jengkel. Banyak soal pula adik lelakinya ini. Penutup air mineral dibuka, lalu rakus Daira meneguk air mineral itu sehingga separuh. Lelehan air pada tepi bibir dilap dengan malas.

"Jayden." Ringkas dan padat Daira berikan jawapan. Lalu, badannya direbah semula.

Mengantuk.

"Oh wow. Jodoh kau yang ambil dan hantarkan. Menakjubkan!" Sinis ujaran Qayder bersama hujung bibir terjungkit.

Dulu bukan main Daira semak akan perangai beria Jayden... Dan sekarang boleh pula kakaknya naik satu kereta bersama Jayden. Hari itu, semasa perkhawinan abangnya, beria Daira mengelak dari bertembung mata dengan Jayden. Sekarang dah berubah.

Mencerlung mata Daira memandang Qayder. Terus tangannya melempar bantal sofa kecil ke arah kepala Qayder. Namun, cekap Qayder menangkap bersama riak wajah yang bangga.

"Nice try!" Tajam ejekan Qayder menyapa cuping teling Daira. Bantal kecil itu diletakkan atas ribanya.

Semakin memerah wajah Daira kerana menahan amarah.

"Aku terpaksa naik, okey?! Mummy dan daddy yang suruh Jayden ambilkan aku. That's why, aku tanya mana mummy dan daddy?" Bersungguh-sungguh Daira memberitahu perkara sebenar.

Adik dia bukan boleh percaya sangat. Suka kenenkan dia bersama Jayden. Rimas tahu tak?!

"Pergi rumah pak uda. Cik uda ada buat makan-makan sikit." Qayder memberitahu keberadaan Hajah Rayziah dan Haji Qayyum yang bertandang ke rumah Encik Qhalif a.k.a adik kepada Haji Qayyum.

"Patutlah. Kau kenapa tak pergi sekali?" Daira menjungkit kening kirinya bersama tangan yang sudah memeluk tubuh.

Qayder berdecit kasar bersama bahu dijungkit keatas. Jelas mimik wajahnya sekarang sudah menyampah.

"Rimas dengan keramaian." Padat dan ringkas jawapan Qayder. Keropok kentang disua dalam mulut.

"Rimas dengan keramaian atau rimas dengan Zinirah?" Terhenti kunyahan Qayder saat mendengar nama gadis yang disebut oleh Daira.

Jelingan tajam diberi kepada Daira.

Sungguh dirinya terasa anti mendengar nama sepupu perempuannya itu. Gadis yang sering menempel dengannya. Gedik dan manja. Rimas akan perangai gatal sepupunya seorang itu. Pernah sekali dirinya hampir melempang mulut gadis kecil itu, disebabkan gadis kecil itu memaksa Encik Qhalif meminangnya  sebagai tunang dia.

Tidak masuk akal. Geli.

"Shut up! Semak betul." Kasar balasan dari Qayder.

Meletus ketawa kecil Daira bersama gelengan kecil. Bibir dicebik sesaat bersama reaksi wajah nakal.

"Chill. Laparlah pula. Mummy masak apa hari ini?"

"Mee kari." Dingin Qayder menjawab dengan mata sudah tunak di kaca televisyen.

"Sedapnya. Kau tak cari kerja? Menganggur aje ke?"

"Malas. Kaki aku baru sembuh." Terus mencuih mulut Daira kedepan. Sempat matanya mengerling kaki Qayder yang sudah tidak bersemin.

"Dah pemalas tu cakaplah pemalas." Ejek Daira dengan lidah dijelir.

Laju tangan Qayder melempar bantal kecil itu pada wajah Daira. Tepat pada sasaran. Terus kepala Daira terundur ke belakang. Sarkastik dan sinis Qayder meletus ketawa. Wajah cemberut Daira diabaikan, malah reaksi mengejek terpamer pada wajahnya.

Siapa suruh kenakan dirinya dulu.

"Kejam kau, Qayder!" Tempik Daira penuh kegeraman.

"Terima kasih cakap. Wait... Kau balik dari UK ni, memang sehelai sepinggang ke? Tidak nampak pula luggage kau?" Mata tajam Qayder meliar-liar mencari bagasi milik Daira.

Terus melompong mulut Daira. Tangan kanan naik menepuk dahi bersama bibir dikemam. Macam mana dia boleh lupa?! Aduh...

Parah.

"Oh syed! Aku tertinggal dalam bonet kereta Jay. Dia itu pun, bukannya nak ingatkan!" Bebel Daira dengan dahi sudah bekerut.

Tch!

"Salahkan orang pula minah ni. Diri sendiri cuai. Perempuan... perempuan."

"Tolong mesej Jay, Qay. Kata luggage aku tertinggal dalam bonet. Please... please..." Sengaja Daira meleretkan suaranya bersama kerlipan mata.

Menagih simpati.

"Tak kuasa aku. Menyusahkan. Cau." Ujar Qayder dan berlalu pergi ke tingkat atas. Rungutan Daira diabaikan. Sempat bibir separa tebalnya menguntum senyuman senget.

Nakal.

Lebih baik dirinya sambung baca novel atau bermain game daripada melayan kerenah tidak matang sang kakak. Ada juga faedeh.

Sesekali otaknya ligat memikirkan idea untuk menyambung manuskrip karya novelnya yang sudah berminggu tertangguh disebabkan kekurangan idea. Helaan nafas lemah dilepaskan. Tombol pintu biliknya ditolak, lalu langkah dibawa kearah meja belajarnya. Laptop jenama apple di on.

Maka bermulalah, tugasan seorang Qayder dalam mencari idea.

.
.
.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now