BAB 43-𝐀𝐋𝐄𝐑𝐆𝐈𝐊

1.8K 152 8
                                    

SEDIH dirinya rasakan saat surat perletakan jawatan dihulurkan pada puan Marina selaku ketua bahagian pembersihan hospital. Redup matanya merenung puan Marina yang fokus membaca surat tersebut. Bibir dicebik kecil supaya perasaan sedih tidak terus mencengkam jiwanya. Badan disandarkan pada kerusi untuk mencari posisi duduk yang selesa.

Sedih pula nak berhenti kerja. Dayra suka kerja disini kerana tidak ada kawan yang toxic. Rakan sekerja pun baik-baik belaka. Persekitaran kerja disini sangat bagus. Terus matanya dikerling pada puan Marina yang sudah meletakkan surat itu dalam laci. Senyuman nipis yang terukir dibibir Puan Marina dibalas dengan senyuman hambar.

"Susah saya mahu lepaskan kamu. Kamu adalah pekerja kita yang berdisplin dan ringan tulang. Tetapi saya tiada hak untuk menghalang kamu dari berhenti."

Mengangguk kecil kepala Dayra bersama senyuman nipis terukir saat mendengar ulahan yang keluar dari mulut puan Marina.

"Saya pun suka kerja sini. Kawan-kawan baik. Bos yang baik. Tetapi saya terpaksa berhenti."

"Boleh saya tahu alasan kamu berhenti?" Terus Dayra mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Alamak. Soalan cepumas. Senyuman kekok diukir.

"Keadaan yang memaksa, puan." Terus meletus ketawa kecil Puan Marina saat mendengar jawapan tidak yakin yang keluar dari mulut pekerjanya itu.

"Kenapa? Gaji disini murah? Atau ada seseorang buli awak?" Penuh musykil  wajah puan Marina sekarang.

Kalau ada yang buli pekerjanya, dia harus ambil tindakan dengan segera. Dia sebagai ketua sangat pantang dengan seseorang yang suka menindas kelemahan orang lain. Kebajikan pekerja adalah keutamaanya sebagai bos.

"Bukan begitu puan. Saya berhenti atas arahan seseorang juga. Lagipula, saya berhenti untuk kebaikan saya."

"Atas arahan siapa? Boleh saya tahu? Kalau ada orang buli kamu, beritahu saya. InsyaAllah selagi saya mampu, saya tolong." Tegas suara puan Marina saat ini bersama riak wajah yang serius.

"Suami saya puan. Saya mengandung sekarang. Tak boleh buat kerja berat sangat." Terus terang Dayra kerana merasakan tiada guna juga dirinya berahsia lagi.

Terus terkedu Puan Marina apabila mendengar jawapan jujur dari Dayra. Tidak jangka gadis muda didepannya ini sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata. Wajah Dayra dipandang dengan penuh tidak percaya. Baginya Dayra masih muda dan tidak nampak seperti orang sudah berkahwin pun. Kalau Dayra tidak jujur, pasti sampai bila-bila dia tidak tahu.

"Awak dah berkahwin? Pandai rahsiakan ya."

Meletus ketawa kecil Dayra bersama gelengan kecil.

"Dah lama saya kahwin, puan. Buat kecil-kecil aje masa tu. Jodoh sampai tiba-tiba. Kahwin pun biasa-biasa aje."

Sopan Dayra menjawab kerana tidak mahu puan Marina terasa hati dengannya kerana tidak menjemput ke majlis kahwinnya.

"Tak apa buat-buat kecil, yang penting buat apa yang wajib aje. Jimat bajet kalau begitu. Lepas kahwin lagi banyak nak guna duit." Terangguk-angguk kepala Dayra tanda bersetuju akan kenyataan yang diberikan oleh bosnya.

"Betul puan. Kos sara hidup sekarang tinggi."

"Berapa bulan kandungan kamu? Siapa suami kamu. Kerja dalam hospital juga ke?"

Terus fikirannya mengingati Qaede apabila mendengar soalan dari Puan Marina. Wajah ditunduk bersama bibir menguntum senyuman kecil yang nakal. Rindu Qaede, semalam Qaede on call. Seharian sudah tidak dapat melihat Qaede tampan itu.

"Puan kenal sangat husband saya. Saya pun ada nampak dua tiga kali puan borak dengan dia." Ujar Dayra dengan ceria.

Berkerut wajah puan Marina saat mendengar balasan Dayra. Ligat otaknya cuba mencari gerangan suami Dayra tetapi gagal dikesan. Dia berurusan dengan kakitangan hospital bukan sedikit. Ramai juga.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now