BAB 19- 𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆?

4.5K 273 5
                                    

PINTU BILIKNYA ditolak dengan perlahan, kaki melangkah kearah katil apabila matanya melihat sekujur tubuh yang sedang lena diatas katil. Meringkuk tubuh isterinya. Pasti sakit sengugut dia teruk.

Punggung dihenyakkan dibirai katil dengan perlahan. Jelas telingannya mendengar dengkuran halus Dayra. Terbit senyuman lucu dibibirnya. Redup matanya merenung muka polos Dayra yang nenyak tidur. Tidak ubah seperti bayi isterinya tidur, sungguh tenang. Rambut yang menutupi wajah isterinya dialihkan.

Rengekan kecil Dayra menyebabkan Qaede menepuk perlahan bahu Dayra. Jika diikutkan mereka sudah perlu bertolak balik ke rumah mereka. Tetapi dirinya membatalkan niat setelah melihat muka kepenatan isterinya dalam tidur.

Redup mata tajamnya merenung wajah Dayra dengan hati yang terasa bersalah. Sejak dirinya menceritakan hal sebenar Dayra mula melayaninya tidak seperti biasa. Jujur dirinya katakan Dayra masih melayannya dengan baik, bercakap masih sopan-santun. Tetapi Dayra hanya akan bercakap bila dirinya bertanya soalan. Jika tidak punya hal penting, Dayra tidak akan bersuara. Biasanya, Dayra sering berceloteh.  Ada saja cerita yang hendak dikongsikan bersamanya.

Dari segi pemakanan dan pemakaiannya Dayra memang jaga. Jujur dari lubuk hatinya, Dayra memang seorang isteri yang baik dan sempurna. Dirinya saja yang bermasalah. Nafas lemah dihela.

Bibir mengukir senyuman nipis apabila Dayra sudah membuka kelopak matanya dengan perlahan. Kerutan dahi Dayra ditatap dengan penuh kasihan. Lagi-lagi apabila Dayra mengigit bibir bawahnya. Pasti pinggang dia sakit.

"Dah berapa lama awak duduk tepi saya?" Dayra mengubah posisi mengiring ke telentang. Tangan naik menekup perutnya.

"Period pain sayang sakit sangat ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Lembut Qaede bersuara.

Memincing tajam mata Dayra merenung Qaede apabila suaminya bertindak mengurut lembut perutnya. Sudahlah soalan dia tidak dijawab, sekarang dengan sesuka hati suaminya sentuh dia.

"Kita nak balik rumah awak bila? Sekejap lagi atau malam ni?" Redup matanya merenung Qaede yang tekun mengurut perutnya.

"Pardon me? What do you mean with 'rumah awak'? Its our house, okay?!" Malas-malas Dayra mengangguk dengan reaksi wajah yang pasrah.

"Kalau sayang tidak larat kita balik esok ajelah. Lepas saya balik kerja. Saya okey aje bila-bila." Sambung Qaede dengan mata redup merenung wajah Dayra.

Kesian pula bila difikirkan kalau balik esok. Mesti Qaede penat kerja lagi, mahu kemas rumah lagi. Bawah pinggangnya memang sakit tetapi tidaklah sampai dirinya tidak boleh bangun. Boleh cuma badan dia akan cepat terasa lenguh apabila datang bulan. Disebabkan itu dia lebih banyak berehat. Mahu duduk diatas kerusi pun tidak boleh kerana punggungnya terasa cepat kejang. Macam pelik tapi begitulah hakikatnya.

"Kita balik sekejap lagi lah, selepas saya pakai tudung. Abang kerja shift petang atau malam?" Terjungkit senyuman nakal dibibir Qaede apabila telinga mendengar Dayra mengelarnya abang. Dirinya tidak salah dengar kan?!

Dayra sudah membuat keputusan untuk memanggil suaminya dengan panggilan hormat yang selayaknya. Kenapa dia tidak boleh membiasakan diri memanggil Qaede sebagai 'abang' sedangkan Qaede boleh memanggilnya sayang. Malahan, dia sudah lama berjanji pada diri sendiri untuk memanggil suaminya 'abang' apabila sudah berkahwin. Sejuk telinga mendengar, ini tidak 'awak-saya' seperti bercakap dengan kawan.

"Sayang, panggil saya apa tadi?" Terjungkit alis kening Qaede dengan mata merenung Dayra.

Mencebik bibir Dayra. Tangan menolak lembut tangan berurat suaminya dari perut. Segera Dayra bangun dari meniarap. Belakang badan disandar pada kepala katil dengan kaki bersila.  Tangan naik membetulkan rambutnya yang sudah serabai.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now