𝐄𝐏𝐈𝐋𝐎𝐆

2.1K 143 10
                                    

Enam tahun berlalu...

RIUH suara kanak-kanak yang gembira bergurau senda sesama mereka. Teriakan kecil mereka sudah sebati dalam rumah mewah itu. Sesekali kedengaran suara sang ayah melarang khalifah-khalifah kecil mereka.

Terukir senyuman bahagia di bibir Qaede saat kedengaran ketawa anak-anaknya menghiasi rumah Hajah Rayziah. Tekun matanya merenung tindak-tanduk mereka yang sedang bermain di ruang tamu. Suara Qayder tidak kurang kuat juga ketawa saat melayani anak buahnya.

"Ah tak nak main dah. Dhabith main tipu. Pandai kau kelentong pashuu ya?" Rajuk Qayder yang sudah menghempas kasar punggung pada sofa.

Kanak-kanak lelaki yang berumur enam tahun itu mengaru keningnya yang tidak gatal. Dia pula yang salah. Dia main dengan jujur okey?

"Mana ada pashuu. Dhabith kira satu persatu lah tadi. Mana ada saya tipu." Meleret-leret suara Dhabith dengan kaki dihentak penuh geram.

Terus Qayder menjeling tajam pada Dhabith. Sekarang mereka sedang bermain sorok-sorok dalam rumah Haji Qayyum. Dhabith yang kira nombor, manakala dia dan adik kembar Dhabith menyorok. Permainan mereka sudah berahkir apabila Qayder tidak berpuas hati akan tindakan Dhabith yang menipu.

Memang Dhabith tak menipu dalam mengira. Tetapi Dhabith mengintai mereka dari celahan jari semasa mereka sedang menyorok. Patutlah Dhabith jumpa mereka dengan mudah. Banyak helah budak ni.

"Ada tadi. Qamara dan Qanara betul kan along engkau orang menipu masa main tadi?" Soal Qayder pada si kembar.

Anak kembar Qaede dan Dayra sekarang berumur tiga tahun. Qamara merupakan kakak, manakala Qanara pula merupakan adik. Comel si kembar ini. Kecil molek tubuh mereka. Mempunyai kulit yang putih kemerahan dan mempunyai lesung pipit di kedua-dua pipi. Mata yang besar dengan hidung kecil yang mancung.

"Hah along memang tipu. Dia mengintai tadi. Dasar budak lelaki kaki penipu!" Marah Qamara dengan nada pelat.

Tubuhnya dipeluk bersama mulut yang memuncung. Tajam mata Qamara merenung Dhabith sekarang. Terkulat Dhabith apabila melihat amarah Qamara Delilah.

"Along jujur lah Qamara! Kasihan along kena nafkah." Sampuk Qanara Delina dengan tangan dicekak pada pinggang. Matanya tak kurang tajam merenung Qamara.

Terus Qayder dan Qaede memandang antara satu sama lain. Nafkah? Apa yang berkait antara menipu dengan nafkah sekarang. Jelas wajah jejaka itu kebingungan sekarang. Qayder menepuk dahinya sendiri. Pening melayan perangai anak-anak buah mereka. Semakin besar semakin pelik ragam.

"Apa yang nafkah tu Qanara oi?" Soal Qayder bersama wajah yang bekerut.

"Dia silap tu pashuu. Orang fitnah. Dia nafkah. Penat Dhabith mengajar. Tapi tetap dengan pendirian dia juga." Sampuk Dhabith yang sudah melompat duduk disebelah Qayder. Kedua-dua pipinya ditongkat.

Terkelip-kelip matanya merenung Qaede yang sedang bermain telefon. Kusyuk betul walidnya. Jam dinding dikerling untuk melihat waktu sekarang. Alahai, sekejap lagi umma akan balik. Rindu umma setelah seharian tidak berjumpa.

Alhamdulillah, Dayra sudah menjadi doktor gigi sebulan yang lepas. Setelah habis berpantang melahirkan Dhabith, Dayra terus melanjutkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran yang tertangguh. Walaupun penat mental dan fizikal, Dayra kuat harungi demi mencapai cita-citanya.

"Alahai, Qanara. Fitnah itu kita tuduh orang sayang. Kalau nafkah itu jumlah wang yang walid bagi pada umma setiap bulan." Tegur Qaede yang sudah mengamit Qanara dan Qamara datang kepadanya.

"Ye ke walid? Tapi pashuu yang ajar Qanara." Laju Qaede menjeling Qayder yang sudah berpura-pura berbual dengan Dhabith.

Bukan Qayder kalau tidak mengajar anak-anaknya benda pelik.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now