BAB 21-𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝐊𝐀𝐍𝐓𝐎𝐈

3.9K 297 9
                                    

BERGEMA BUNYI pengera dari telefon Dayra memehuni ruangan bilik tidur mewah mereka. Kelompak mata dibuka perlahan. Jelas keadaan malap bilik memenuhi kornea matanya. Tangan kanan naik menutup mulut yang menguak.

Comforter disebak dan Dayra bangkit dari baring. Kaki diturunkan mencecah lantai konkrit. Sebelum itu, sempat matanya menjeling sekilas ruangan sebelahnya yang tidak dihuni oleh suaminya. Sungguh semalam dirinya terasa sunyi.

Nasib semalam tidak ada sebarang gangguan dan bunyi pelik. Jika ada, mahunya meraung seperti orang gila dirinya. Sudahlah rumah ini besar. Nafas dihela dengan lega. Mata naik merenung jam dinding yang baru menunjukkan pukul 6:00 pagi. Katanya Qaede semalam, dia akan pulang kerumah dalam pukul 7:30 atau 8:00  pagi.

Jadi dirinya membuat keputusan untuk menyediakan sarapan untuk Qaede sebelum pergi kerja. Langkah diatur kearah bilik air yang berada didalam bilik ini. Sayup-sayup bunyi azan dari masjid yang berdekatan kawasan perumahan mereka. Jika berjalan kaki pun sampai. Sekankang kera aje.

"Erk, suami aku mahu makan apa pagi ini?Lupa pula mahu tanya, Dizrel!" Mengeleng kecil kepala Dayra akan sikap dirinya yang sering lupa.

Setelah lima belas minit membersihkan diri, Dayra keluar dari bilik air dengan badan sudah lengkap berpakaian seragam khas cleaner  bewarna blue black. Rambut dikeringkan menggunakan tuala kecil. Mata bersinarnya naik merenung pantulan cermin dengan wajah beriak ceria.

Kaki Dayra melangkah kedapur. Ligat otaknya memikirkan menu yang hendak dimasak. Berkerut dahinya apabila dirinya masih tidak dapat menu yang sesuai. Kaki mendekati peti ais berkembar itu. Pintu peti ais belah kiri dibuka, satu persatu bahan mentah dalam peti ais dilihat. Terhenti matanya kearah kangkung.

Kangkung? Ting! Nasi goreng kampung  bersama telur mata kerbau! Bunyi macam sedap juga.

Segera tangan Dayra mengeluarkan bahan mentah yang hendak digunakan. Lesung batu diambil untuk menumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi.  Sebelum itu, Dayra mengoreng ikan bilis.

"Alhamdulillah, siap pun! Harap abang suka!" Ceria Dayra berkata setelah nasi goreng kampung dan telur mata kerbau siap dimasak.

Pinggan diambil dan dimasukkan satu senduk nasi goreng kampung kedalam pinggangnya. Matanya naik merenung telur.

"Tidak mahulah telur. Nanti sakit perut pula pagi-pagi! Sudahlah perut ini tidak boleh terima sangat makanan pagi-pagi..." Dayra menyuap sesudu nasi goreng kampung kedalam mulutnya.

Terpejam mata Dayra setelah lidahnya merasai kesedapan nasi goreng kampung yang dimasaknya. Sungguh sedap! Pedasnya terasa dan rasa ikan bilisnya juga kuat. Muka penuh nikmat Dayra tayang.

"Mahu bawa bekallah hari ini!" Pinggan kotor dibawa kesingki. Maka, bermulalah tugasan Dayra untuk mencuci segala perkakas dapur yang digunakan.

Setelah siap, langkah dibawa kearah kabinet untuk mencari bekas untuk dijadikan bekas bekalan makanannya. Merengus kecil Dayra apabila tangannya tidak sampai mencapai dan melihat bekas didalam kabinet.

"Tahulah tuan rumah ini tinggi tapi kasihanlah isteri dia yang terbantut ini! Kabinet tinggi-tinggi nak pergi mana? Susah jadi pendek ini..." Bebel Dayra dengan kaki terjinjit-jinjit bersama kepala didongak keatas untuk melihat isi kabinet.

Naik lenguh tengkuk dan kakinya.

Bibir mengukir senyuman lebar apabila tangannya sudah merasa satu permukaan plastik yang bertekstur sedikit kasar. Tangkas tangannya mencapai bekas itu. Terlompat kecil Dayra apabila tangannya sudah mendapat satu bekas tupperware.

"Wow, tupperware! Berkelas betul! Haih, terasa kayangan betul pagi ini! Pergi kerja naik kereta mewah dan bawa bekal dari bekas jenama agak mewah! Terasa diri ini wanita berjaya!" Bebel Dayra dengan tangan menyeduk nasi goreng kedalam bekas tupperware. Sebelum itu, sudah dirinya lap bekas menggunakan tisu basah.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now