BAB 48-𝐀𝐊𝐀𝐃

1.7K 128 5
                                    

PEJAM CELIK- pejam celik tiba sudah hari perkahwinan Raima dan Raina. Setelah empat bulan pasangan kembar itu bertunang, maka berlangsunglah harini majlis menghalalkan ikatan mereka. Bersusah payah Dayra keluar dari perut kereta. Perutnya sudah membesar dan sarat. Alhamdulillah, kelmarin genaplah kandungannya masuk sembilan bulan.

Nafas lega dilepaskan apabila dirinya sudah berjaya keluar dari kereta. Matanya meliar-liar melihat suasana yang riuh. Tetapi tidaklah ramai sangat jiran-jiran datang kerana pasangan kembar itu menggunakan khidmat catering. Katanya, lebih mudah dan tidak memenatkan.

Perutnya yang membukit diusap sambil menunggu suaminya keluar dari kereta. Entah apa dibuat lamanya dalam kereta itu. Segera Dayra mengetuk cermin kereta berkali-kali untuk memperingatkan Qaede yang dirinya masih ada diluar.

"Eh sayang. Sorry, abang cari phone tak jumpa. Tertinggal dekat rumah agaknya," ujar Qaede yang sudah berdiri disamping Dayra.

Menjeling tajam mata Dayra apabila melihat kecuaian Qaede.

"Telefon awak ada dalam beg Dayra ni."

"Tak cakap. Mana tahu." Kening kanannya digaru, seraya itu tangan kecil Dayra digengam.

Ruang tamu dituju oleh mereka. Sesekali mereka mengukir senyuman kepada jiran-jiran yang sedang mengatur kerusi meja makan.

"Dia yang suruh kita simpankan tadi." Bidas Dayra dan melangkah masuk kedalam rumah. Terus Qaede mencebik bibir.

"Oit, masuk rumah tak beri salam. Assalamualaikum," ujar Qaede bersama senyuman nakal terukir saat melihat Dayra menunjukkan penumbuk padanya.

Dirinya bukan sengaja tidak mahu memberi salam. Dah terlupa nak buat macam mana. Hatinya memberi salam. Seketika matanya terpaku apabila melihat pelamin diruang tamu. Cantik.

"Weh, cantiknya pelamin dia." Perlahan suara Dayra memuji. Qaede yang berada disisi Dayra mengangguk kecil tanda setuju. Matanya mengerling tangan Dayra yang mengusap perut besar itu.

"Sakit ke? Dari tadi sayang usap perut." Prihatin suara Qaede menyoal dengan tangannya menarik tangan Dayra untuk duduk di sofa yang berada di sudut ruang tamu.

"Baby galak tendang. Tak sabar nak keluarlah ni." Dayra melabuhkan punggung pada sofa diikuti oleh Qaede. Lembut Qaede mengusap perut besar isterinya.

"Sayang abi... janganlah tendang kuat sangat. Kasihan umma awak ni. Esok lusa awak dah nak keluar. Sabar ya," bisik Qaede pada perut Dayra dan mencium sekilas perut isterinya.

Terus Dayra menolak lembut bahu Qaede apabila melihat jiran-jiran sudah masuk ke ruang tamu untuk melihat pelamin. Senyuman diberikan kepada mak cik-mak cik yang memandangnya. Matanya menjegil pada Qaede dengan mulut dicebik. Qaede mengangguk kepala dengan jari membuat gaya zip mulut.

Pelik-pelik suaminya sekarang. Badan disandarkan pada kepala sofa. Matanya dipejam sesaat untuk hilangkan penat. Tangan kanan Qaede diletakkan pada perutnya. Bagaikan tahu apa yang Dayra mahu, terus Qaede mengusap lembut perut itu. Rasa nyaman dan membuatkan dirinya mengantuk.

"Pergi masuk bilik kalau nak tidur, sayang. Penat ya? Pergi rehat dalam bilik jom." Ajak Qaede dengan matanya merenung wajah penat Dayra.

Kasihan isterinya. Cepat keluar ya nak.

"Tak nak. Dayra nak pejam mata sekejap saja ni. Kejap lagi nak ke dapur. Nak tengok mak cik- mak cik buat pencuci mulut." Jawab Dayra bersama senyuman terukir di bibir.

Qaede menghela nafas lemah. Penat-penat pun isterinya masih aktif berjalan. Dia pun pening dengan Dayra.

"Amboi, datang-datang terus duduk. Tidak dijenguknya keadaan dapur. Senang hidup kau, tiri." Sindir Senah yang baru saja masuk ke ruang tamu.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now