BAB 25-𝐋𝐎𝐓𝐔𝐒

3.5K 254 11
                                    

MELIAR-LIAR mata bundarnya mencari sosok kawannya. Cermin mata dibetulkan sedikit. Menguntum senyuman nipis apabila sosok rakannya susah ditemui. Kaki dibawa mendekati gadis itu. Tangannya naik menepuk lembut bahu gadis itu.

Terperanjat kecil gadis itu dibuatnya. Jelingan tajam rakannya dibalas dengan senyuman bersalah. Kening yang tidak gatal digaru.

"Erk, kau dah nak balik ke?" Soal Dayra kepada Zulaikha yang sudah siap mengalas bagpack dibahu.

"Yes. Waeyo?" Menjuih kecil bibir Dayra kedepan apabila mendengar Zulaikha bercakap dalam bahasa korea.

Zulaikha memang hantu korea. Apa yang diminatnya dengan cerita korea itu pun tak tahu.

"Nak tumpang boleh? Tapi kau hanya hantar aku dekat pasaraya lotus. Boleh?"  Bahu Zulaikha dicucuk-cucuk bersama sengihan dibibirnya.

Hari ini dirinya membuat keputusan untuk menumpang Qaede pergi bekerja. Lagi pula hari ini suaminya akan on call dari pukul tujuh pagi hingga tujuh pagi esok. Jadi Dayra membuat keputusan untuk bermalam di rumah Senah. Alih-alih itu dirinya sudah merancang untuk ambil motornya semula.

Lagipula, sejak dari kahwin hingga hari ini belum pernah dirinya menjenguk mereka. Tidak mahulah dicop sebagai anak saudara tidak kenang budi. Mentang-mentang sudah kahwin dengan orang berada langsung lupakan mereka pula.

Mujur saja Qaede mengizinkan dirinya bermalam disana.

"Balik dengan aku sekali ke?" Segera Dayra mengeleng kepala.

"Aku balik dengan grab sebab nak pergi rumah mak cik aku."

Dirinya terasa mahu belikan sedikit bahan basah yang hendak dibawa kerumah Senah. Risau jika bahan rumah basah rumah sana sudah habis. Dapatlah dirinya masak makanan sedap-sedap sedikit untuk mereka.

Agar-agar bagaimana lah keadaan rumah sana selepas dirinya keluar? Siapa yang kemas rumah? Siapa yang masak untuk mereka?

"Boleh aje. Kalau kau nak suruh aku hantarkan sekali dekat rumah mak cik kau pun boleh." Penuh ramah Zulaikha mengatakan.

"Tidak payahlah. Rumah mak cik aku tu jauh. Aku boleh naik grab." Penuh lembut Dayra menolak.

Tidak mahulah dirinya menyusahkan Zulaikha pula. Lagi pula rumah Senah dari pasaraya Lotus boleh tahan jauh jaraknya. Segan pula.

"Dah kalau kau kata begitu. Tak apalah. Jom..." Zulaikha melangkah pergi kearah parking kereta.

Berlari kecil Dayra mengikuti langkah besar Zulaikha. Ya lah, Zulaikha itu memang kaki panjang. Jadi tidak hairanlah Zulaikha berjalan laju.

Dayra masuk kedalam perut kereta viva milik Zulaikha. Totebag miliknya diletak atas peha. Semerbak haruman lavender memasuki rongga hidungnya. Berkerut-kerut dahinya kerana menahan nafas. Jujur dari luhur hatinya yang Dayra kurang gemar bauan lavender.

Memang dirinya sudah lali dengan seketul Zulaikha yang sungguh gemar dengan perkara berkaitan lavender. Kalau boleh semua benda nak dikaitkan dengan bau lavender dan corak lavender.

Tidak mahulah pula dirinya komen kepada Zulaikha yang kereta dia kuat bau lavender kuat. Sudahlah menumpang orang, pastu banyak songeh pula.

Laju kereta Zulaikha membelah jalan.

"Lama dah aku nak tanya soalan ni dekat kau. Kau dah kahwin ke, Dayra?" Sempat mata Zulaikha mengerling sekilas cincin permata di jari manis Dayra.

Terbatuk kecil Dayra setelah mendengar soalan dari Zulaikha. Tangan kirinya naik menindih tangan kanannya.

"Mana ada." Mata dikalihkan pada tingkap kereta tepinya.

Tidak sanggup dirinya mahu bertentang mata dengan Zulaikha. Risau Zulaikha dapat menangkap penipuannya. Sudahlah dari mata kita dapat tahu seseorang itu sedang menipu atau jujur.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now