BAB 40-𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈?!

2K 157 0
                                    

TERBONGAK-BONGKAK tubuh tuanya menyapu habuk dibawah sofa dan meja kopi. Tangan kanannya naik menutup hidung dan mulutnya menggunakan tuala kecil. Sesekali dirinya terbatuk dan bersin. Keluhan dari bibirnya usah dikata terlalu kerap keluar. Masam sekali riak wajahnya sekarang.

"Ada anak dara dua ketul bukannya boleh diharap. Tahunya makan tidur saja. Ingatkan bila dah besar boleh merasa jasa mereka. Tapi aku pula yang berjasa untuk mereka." Bebel Senah dengan tangan kirinya menyapu kasar lantai rumah.

Bantal sofa ditepuk berkali-berkali untuk mengeluarkan habuk. Seberono habuk dari bantal sofa berterbangan. Berkerut-kerut dahi Senah apabila merasa tidak nyaman dengan habuk. Terus bantal sofa itu dihembas kasar atas sofa. Dirinya terasa geram dan penat.

"Senah. Oh Senah?" Panggil Rahmat dari dapur dengan berteriakkan kecil.

Sesaat Senah pejam mata bersama riak wajah yang pasrah. Ini lagi seorang, kalau tak meraung memang tak sah. Tajam matanya mengerling kelibat Rahmat yang datang mendekatinya. Panggilan Rahmat diabaikan, terus tugasannya diselesaikan dengan penuh amarah.

Marahlah, dia seorang saja yang buat kerja. Tiga manusia lagi, sedap aje hidup. Makan orang sediakan, rumah orang bersihkan. Wah... Wah banyak senang hidup. Ingat mereka hidup dalam istana? Tch.

"Awak tak dengar ke saya panggil?" Soal Rahmat dengan tegas bersama riak yang cemberut.

"Apa?! Saya tak dengar. Nak apa?" Garang suara Senah menyoal sambil mengelap meja kopi yang nampak berdebu.

"Saya tanya, pagi ini awak masakkan apa? Saya lapar. Saya tengok atas meja tu kosong aje. Air teh saya pun tak ada. Awak tak masuk dapur lagi?"

"Inilah kerja abang. Bangun pagi tanya nak makan apa. Saya malas nak masak. Saya penat buat kerja selalu. Pagi... petang... siang... malam saya tak berhenti buat kerja. Hari ini, saya cuti masak. Nak makan pergi beli. Beli sekali untuk anak-anak bertuah awak itu." Selamba Senah menjawab sambil menyapu sampah masuk ke dalam penyodok.

"Senangnya awak jawab ya, Senah. Terkedu saya nak balas balik dibuatnya. Saya nak balas lebih-lebih takut awak yang mengamuk. Ikutkan mulut saya yang pedas ni, memang banyak nak dibidas. Tapi malas pula nak besarkan masalah kecil ni menjadi lebih besar. Sebab saya tahu, alih-alih awak juga yang nak menang." Sarkastik Rahmat membidas dengan kepala digeleng kecil.

Kunci motor atas meja kopi di ambil tanpa menghiraukan cerlungan tajam Senah. Bini tak nak masak? Tidak ada masalah, sekarang kedai kopi banyak sangat. Asalkan ada duit semua jalan.

"Abang nak pergi mana tu?"

"Aik, nak pergi mana? Maksud Senah?" Riak bingung terpamer pada wajah Rahmat yang jelas dibuat-buat.

"Tu ambil kunci nak pergi mana? Nak pergi membujang kedai janda sana?" Sinis Senah menyoal bersama riak wajah yang mengejek.

Terus mengucap Rahmat dibuatnya bersama gelengan kecil. Bibir yang ingin menguntum senyuman nakal ditahan sehabis mungkin.

"AllahuAkbar, tergamak Senah fitnah abang. Tadi kata malas masak, ni nak pergi kedai kopilah. Ke awak nak masak, saya okey je. Jimat duit saya." Berura-ura Rahmat ingin melangkah ke sofa semula.

"Jangan harap saya nak masak hari ini. Beli tiga bungkus nasi lemak ayam goreng berempah. Dah pergi." Selamba Senah menghalau dan terus melabuhkan punggung diatas sofa untuk hilangkan penat.

Lega.

Rahmat mengumam dan berlalu ke arah pitu. Tombol pintu besar dipulas dan terus dahinya berkerut seribu apabila melihat satu kereta mewah yang elok terparking di bawah pokok manggis luar pagar. Sesekali matanya meliar-liar sekeliling kerana mungkin kereta itu menunggu orang. Tetapi nampak gaya macam tak. Kereta siapa itu? Kereta anak jiran ke? Setahunya tiada lagi diantara jirannya naik kereta semewah itu. BMW itu, bukan calang-calang orang boleh pakai.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now