BAB 15-𝐃𝐈𝐙𝐑𝐄𝐋'𝐒

4.2K 304 2
                                    

PANTULAN CERMIN ditatap dengan pandangan kosong, tidak ubah seperti wajahnya yang beriak kosong. Wajahnya sudah cantik berhias make up yang kelihatan natural look. Sungguh cantik dan tampak ayu sahaja make up diwajahnya.

Terima kasih diucapkan kepada Raima yang sudi menghias wajahnya setelah berperang mulut kerana Raima berkeras mahu menghias wajahnya dengan make up yang kelihatan heavy. Sungguh dirinya tidak suka make up yang tebal kerana baginya ia akan menyebabkan air muka kita menjadi tua.

Mata Dayra jatuh merenung bawal putih yang sudah sempurna di kepalanya. Sungguh kemas Raina mengayakan tudung bawal ini dengan awning menjadi dan belitan yang sempurna. veil yang separas pinggang dibetulkan sedikit.

Tangan digengam antara satu sama lain. Terasa sejuk dan sedikit menggigil. Siapa saja tidak rasa gugup kalau kahwin?

Terjahan kasar dari pintu biliknya menyebabkan Dayra dengan segera menoleh kepala. Tidak perlu tanya siapa kerana sudah semestinya si kembar yang gemar menolak pintu biliknya dengan kasar.

Raima dan Raina anggun mengenakan busana kebaya klasik bewarna nude. Rambut mereka digayakan messy bun. Cantik.

"Pengantin lelaki dah sampai, tiri! Lekaih, keluar! Kau bukan tuan puteri nak buat orang tertungu-tunggu kehadiran kau!" Bidas Raima dengan kaki mendekati Dayra yang duduk di kerusi meja solek.

Amboi, perempuan ni. Ada juga nak makan selipar jepun!

"Ini apa pasal mahkota kau dah senget sikit?! Kau ni dah nak jadi isteri orang, cuba jadi ayu sikit! Ganas-ganas karang suami kau pasang dua baru tahu!" Celupar mulut Raina. Raina membetulkan mahkota design simple yang berada diatas kepala Dayra.

Dua beradik ini hari bahagianya pun mahu menyakitkan hatinya!

"Baik kau orang diam daripada berkata-kata benda yang menyakitkan hati aku!" Dayra bangkit dari duduk, lalu tangan mencapai kuntuman bunga hidup segar di atas permukaan almari solek.

"Disebabkan kau dah lewat ni, kejap lagi aku lawan mulut kau." Raina mengangguk kepala tanda bersetuju akan balasan Raima.

Segera Dayra menguling mata keatas tanda menyampah. Kedua-dua tangannya mengenggam kuntuman bunga rose putih.

Dayra keluar dari bilik diiringi Raima dan Raina disisi yang memegang lengannya. Debaran semakin terasa apabila langkahnya sudah mahu sampai di pelamin yang berada diruang tamu. Laju degupan jantung tidak usah dikata persis orang berlumba lari.

Langkah yang dibuka sungguh kecil dan perlahan tetapi kalau boleh dirinya mahu melangkah lebih perlahan. Jelingan tajam Raima menyebabkan niatnya terbantut.

Air liur yang ditelan terasa berpasir, tangan mula berpeluh. Meliar-liar matanya mencari pengantin lelaki apabila dirinya sudah berada ruang tamu. Terpaku matanya apabila melihat belakang tubuh tegap jejaka yang sudah melabuhkan punggung dihadapan tok kadi.

"Kau tak payah nak mengatal tenung pengantin lelaki macam nak terkam ya! Malu sikit orang tengok kau tu!" Keras Raina berbisik.

Segera Dayra menundukkan wajahnya kerana malu apabila mak cik-mak cik melihatnya dengan bibir mereka tersungging senyuman nakal. Bukannya ramai orang yang kunjungi majlis akad ini. Hanya dua orang kakak Senah bersama keluarganya dan keluarga mertuanya bersama adik-beradik mak mertuanya. Dirinya tahu pun kerana Raima dan Raina yang katakan.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now