BAB 33- 𝐌𝐔𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇

3.2K 213 5
                                    

TELAPAK TANGAN kasarnya naik menekup mulut. Jelas bunyi batuk memenuhi biliknya. Selimut nipis dialihkan dari badannya. Perlahan-lahan badan tuanya bangkit dari tidur. Badan disandarkan pada kepala katil. Sekali lagi telapak tangan naik menekup mulut yang sudah batuk.

Rahmat berdehem seketika untuk membetul kotak suaranya. Jelas terasa serak dan kering. Lambat-lambat cawan diatas almari kecil bersebelahan katil  dicapai. Terketar-ketar permukaan gelas itu menghampir bibir kusamnya.

Kedengaran tombol pintu biliknya dipulas dari luar. Sekilas mata Rahmat mengerling sambil gelas diletak semula pada tempat asalnya. Senah datang menghampiri Rahmat bersama semangkuk bubur dan sup ayam hangat diatas dulang.

"Senah sudah pergi rumah Badrul tadi. Sekejap lagi dia tolong hantarkan kita ke klinik." Dulang diletakkan diatas almari kecil.

Seraya itu Senah mencapai meja jepun yang diletakkan bersandar pada almari kecil bersebelahan katil. Meja jepun kecil itu diletakkan berhadapan Rahmat. Lalu, mangkuk bubur dan sup diletakkan atas meja jepun tersebut.

"Makan, bang..." Sudu dihulurkan kepada Rahmat. Lambat-lambat Rahmat menyambut. Lemah tubuhnya terasa.

"Abang dah cakap tidak payah. Kenapa pergi juga?" Serak suara Rahmat menyoal. Pandangan redup diberikan kepada isterinya.

Tidak semena-mena Senah menghela nafas dengan lemah. Sudu dari pegangan Rahmat diambil semula. Lalu, meja jepun kecil itu ditarik mendekatinya. Bubur dikacau.

"Demam abang itu tak kebas-kebas. Semakin hari semakin teruk. Mana saya tidak risau. Sekejap aje kita pergi klinik." Sesudu bubur disuakan kepada mulut Rahmat.

Pantas Rahmat menerima suapan itu. Bubur dikunyah perlahan-lahan. Sup panas dihirup perlahan.

"Tidak mahulah abang susahkan dia. Dia itu ada kedai runcit yang harus dijaga."

"Isteri Badrul tolong jagakan. Kak Mah tiada cakap apa-apa pun. Abang jangan risau pasal itu. Kak Mah sendiri yang kata dia boleh jagakan kedai mereka." Rahmat mengangguk kecil kepala bersama senyuman nipis dibibir.

Kepala digeleng kecil apabila Senah menyuakan sudu bubur kepadanya. Sungguh tekaknya terasa loya sekarang. Gelas air masak dicapai dan disisip dengan perlahan. Helaan nafas lemah dilepaskan bersama jari kanan yang sudah memicit pelipis. Semakin menyengat kepalanya.

"Sikitnya makan. Makan sup ayam ni. Biar ada tenaga sikit. Ni makan sikit bila nak cepat sembuh. Tenaga pun tiada, tu yang lemah badan. Tak sampai separuh pun bubur abang makan ni. Makan lagi, bang..." Bebel Senah sambil tangan naik mengelap bibir Rahmat mengunakan tisu.

"Tak nak. Abang nak ke tandas kejap..." Segera Senah meletakkan mangkuk bubur dan mangkuk sup ayam diatas dulang.

Meja jepun dilipat dan diletakkan tepi almari kecil bersebelahan katil. Senah membantu Rahmat bangkit dari katil.

"Abang larat tak pergi seorang diri ni? Ke nak saya temankan?" Segera Senah mengeleng kepala.

"Pergi buat kerja Senah. Saya larat lagi setakat nak pergi tandas dalam bilik ni." Senah mengangguk kepala.

Langkah dibawa keluar dari bilik bersama dulang tadi. Pintu bilik dikatup semula dengan hati yang berdegup kencang. Tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Langkah dibawa ke singki, seraya itu Senah membasuh kesemua perkakas dapur yang kotor.

Gulai ayam di atas dapur ditutup periuk itu. Kain kotor diambil lalu dilap meja makan. Penyapu di penjuru dapur diambil, kemudian Senah menyapu lantai yang sedikit berpasir. Sekilas matanya naik memandang jam didinding.

9:30 pagi? Dia berjanji dengan Badrul untuk ke klinik pukul 11 pagi. Masih awal. Lebih elok dia bersarapan dulu. Nasi didalam periuk disenduk kedalam pinggangnya. Seraya itu, dua ketul ayam gulai diambil.

Bacaan basmallah dibaca. Lalu, Senah menjamu selera dengan laju kerana risau akan keadaan Rahmat. Pada masa yang sama dia harus menyiapkan Rahmat u tuk ke klinik.

Air masak didalam gelas diteguk apabila terasa tekaknya tercekik nasi. Suapan ahkir dimasukkan kedalam mulut. Air didalam gelas diteguk sehingga licin. Setelah itu, Senah bergegas ke singki untuk membasuh tangan.

Laju langkah diatur kearah biliknya yang berkongsi dengan Rahmat. Jelas kedengaran batuk kasar Rahmat. Semakin menggunung perasaan risau dalam hatinya.

Terbuntang mata Senah apabila matanya ditayangkan sosok tubuh Rahmat yang sudah melutut diatas mozek bersama darah menghiasi lantai. Jelas terketar-ketar tangan berkedut Rahmat yang sudah disaluti darah pekat. Sebelah tangan kiri Rahmat menekup dadanya yang sudah terasa perih.

Berkaca-kaca mata Rahmat kerana tidak dapat menahan perit yang maha hebat. Senah yang terbungkam sudah membuka langkah perlahan-lahan mendekati Rahmat. Jelas Senah terkedu dan kaku akan situasi ini sekarang.

Terasa ketat dadanya sekarang.

Batuk Rahmat kembali menguasai semula dengan kuat sehingga bergegar badannya. Semakin banyak Rahmat memuntahi darah. Semakin laju Senah mendekati Rahmat apabila suaminya sudah jatuh lemah diatas lantai.

"Abang! Ya Allah, kenapa ni?!" Teriak Senah dalam keadaan risau yang mengunung.

Senah melutut disisi Rahmat dengan tangan naik mengosok belakang badan Rahmat yang sedang tercungap seperti kekurangan nafas. Gelengan lemah Rahmat berikan.

"Saya okey. Awak jangan risau. Papah saya ke tandas. Nak basuh mulut." Pinta Rahmat dengan lemah.

"Kita mandi terus. Kejap lagi Badrul datang. Mari, bang..." Penuh berhati-hati Senah membantu Rahmat untuk berdiri.

Baru sahaja Rahmat mahu bangkut terasa matanya berpinar sehingga setiap objek didalam bilik menjadi kuantiti yang berganda. Semakin berpusing otaknya saat suara Senah bercampur dengan bunyian dengung. Bebelan Senah diabaikan apabila bunyian nyaring turut bergema dalam sistem pendengarannya.

Meliar-liar matanya sebagai cubaan untuk menghilangkan rasa asing itu. Malah, semakin berpinar biji matanya. Panggilan dari Senah tidak hiraukan apabila dia sudah terasa mahu pitam. Berat kepalanya terasa.

"Abang!" Teriak Senah apabila tubuh gempal Rahmat sudah tumbang diatas lantai.

Senah mengoncang tubuh terkulai Rahmat dengan kuat bersama linangan air mata yang sudah laju merembes keluar. Kaku dan lembik tubuh Rahmat sekarang.

"Ya Allah, bantu hamba." Rintih Senah yang sudah buntu dan terkedu akan situasi ini sekarang. Tangisan Senah memenuhi bilik mereka.

Sakit.

"Telefon Badrul! Telefon mana?!" Laju tangan Senah mencapai telefon bimbitnya diatas katil.

Butang telefon ditekan. Lalu, nama Badrul dibuat panggilan. Air mata yang membanjiri pipi diabaikan. Suaminya lebih penting sekarang.

"Hello, Assalamualaikum. Awat hang call aku ni Senah oi? Dah nak pergi ka?" Soal Badrul dengan loghat negeri kelahirannya iaitu negeri kedah.

"Rahmat pengsan, Rul. Tolong aku. Cepat." Teresak-esak Senah berkata bersama bahu yang terhinjut.

"Allah. Hang tunggu sat, aku mai sekarang juga nah. Sat sat!" Kalut Badrul berkata.

Panggilan dimatikan. Seraya itu, Senah bergegas memakai tudung sarungnya. Tidak sempat dia mahu mandi dan pakai baju elok sikit. Seketika matanya turun memandang pakaian ditubuhnya. Helaan nafas lega dilepas apabila dia sudah memakai skirt dan blouse lengan panjang.

Lega. Tidak perlulah dia terkejar masa semata-mata mahu menukar baju.

Ketukan pintu yang bertalu-talu menyebabkan Senah berlari kecil kearah pintu utama. Kasar pintu itu dibuka. Terus terlihat wajah mengah Badrul.

"Mana Rahmat?"

"Dalam bilik, Rul. Tolong. Banyak darah." Rintih Senah yang sudah mengikut langkah Badrul ke biliknya.

"Allahu, Mat! Kau pergi buka pintu kereta aku, Senah. Kita pergi klinik sekarang!" Cepat-cepat Badrul memapah Rahmat yang sudah terkulai.

Terkumat-kamit mulut Senah berselawat. Setelah selesai dia menolong Badrul meletakan Rahmat didalam kereta. Lalu, Senah bergegas mengunci pintu rumah dan pagar rumah. Laju kereta myvi Badrul membelah jalan.

.
.
.








Ariningsun |√Where stories live. Discover now