BAB 16-𝐏𝐔𝐙𝐙𝐋𝐄 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐇𝐊𝐈𝐑

4.1K 302 11
                                    

KEHULU-HILIR pasangan mempelai yang baru saja diijab kabulkan melayan tetamu. Tidak kering gusi Dayra berborak dengan tetamu yang hadir ke majlisnya. Tanpa sengaja matanya terpandang ibu keluarga mertuanya yang sedang menjamu selera. Dayra membuat keputusan untuk menyapa keluarga mertuanya.

Sudahlah dirinya belum sempat berborak dengan keluarga mertuanya, tidak manis pula bila difikirkan. Tidak mahulah keluarga mertuanya sangka dirinya sombong. Langkah dibawa mendekati keluarga mertuanya yang rancak berborak lagi-lagi si bongsu bernama Qayder.

Bila di ingatkan semula baru dirinya teringat bahawa keluarga mertuanya pernah menolong dirinya semasa pengsan di taman. Betapa kecilnya dunia ini.

"Assalamualaikum." Sapa Dayra mematikan perbualan rancak mereka.

"Waalaikumussalam! Meh, duduk tepi mummy Dayra. Maaflah mummy belum sempat nak tegur kamu. Nak tegur tapi kamu nampak sibuk layan tetamu." Ramah Hajah Rayziah berbicara dengan tangan menarik lembut Dayra duduk di kerusi tepinya.

Dayra melabuhkan punggung diatas kerusi itu sebelum itu sempat Dayra membalas senyuman gadis cantik didepannya. Tidak silapnya nama gadis ini Daira. Sama seperti namanya kerana gadis ini pernah pergi ke cafe dan mereka berbahas pasal nama mereka yang sama.

"Tidak mengapa mummy. Maaf juga ya Dayra sibuk layan tetamu sampai terabai mummy dan sekeluarga."

"Mummy faham! Mummy nak kenalkan kamu dengan adik beradik suami kamu ya." Dayra mengangguk kepala tanda mengerti.

"Di sebelah kiri mummy ni daddy Qaede a.k.a bapa mertua kamu. Yang cantik molek hadapan kamu ini adik perempuan Qaede, nama Qamylia Daira. Tepi Daira, yang bongsu nama Qayder Dayyan."

"Hai, nama akak Dayra." Ceria Dayra menyapa dengan tangan melambai kecil kearah mereka. Daira dan Qayder ketawa kecil kerana suka melihat kelakuan comel kakak ipar mereka.

"Kejap─ mummy, ini bukan ke si bongsu anak taman yang kita tolong haritu? Alah, masa akak ini pengsan." Berkerut dahi Qayder kerana cuba mengingati peristiwa itu.

Dayra ketawa kecil dan mengangguk kepala.

"Ya lah! Ya Allah, kecil betul dunia. Kalau Dayra nak tahu, ayong yang angkat kamu masa pengsan ialah Qaede!" Semangat Hajah Rayziah bercerita.

Haji Qayyum mengeleng kecil kepalanya dengan reaksi muka pasrah. Percayalah isterinya bertapa dirumah ini lebih lama. Sudahlah dia sudah penat dan berpeluh. Dia mahu balik, mandi dan rehat.

"Betul ini mummy?!" Tangan Dayra naik menekup pipinya yang sudah berbahang.

"Alah, comelnya! Nampaknya semakin sayang ayong dekat akak. Kalau akak nak tahu ayong suka orang yang perangai comel macam akak ni. Tapi bukan dengan orang luar lah." Daira bersuara dengan bibir terjungkit senyuman nakal.

Segera Dayra menekup mukanya dengan kedua-dua tangan. Sekali tengok pasti orang kata Dayra sedang menangis. Padahal bukan. Semakin kuat keluarga mertuanya ketawa. Sudahlah, dirinya sudah segan dikenakan oleh mereka.

"Amboi, kau buli isteri aku en?!" Celah suara serak basah Qaede. Jelas telinga Dayra mendengar geseran kaki kerusi yang ditarik mendekati kerusinya.

Alangkah terkejutnya Dayra apabila mengangkat kepala kerana jarak Qaede duduk ditepinya sangat rapat. Bauan minyak wangi maskulin suaminya menusuk masuk kedalam hidungnya.

"Irsha, okay?! Mereka ada sakitkan kamu?" Prihatin dengan nada lembut Qaede menyoal. Sudahlah Qaede menunduk kepala, ini menyebabkan jarak muka mereka agak rapat sehingga Dayra dapat rasa hembusan nafas hangat Qaede.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now