BAB 17-𝐊𝐄𝐂𝐄𝐖𝐀

4.1K 287 0
                                    

KERETA MEWAH yang dipandu oleh Qaede masuk melepasi pagar tinggi gah rumah banglo mewah milik keluarga mertuanya. Qaede menempatkan keretanya didalam garaj rumah itu. Sungguh mewah dan cantik seni bina rumah keluarga mertuanya.

Tidaklah semewah rumah agam seperti yang dikhabarkan dalam drama. Tetapi rumah banglo ini masih mewah dan tampak sedikit klasik moden.

Segera Dayra mengawal air muka jakunnya kerana khuatir jika Qaede nampak dirinya yang kelihatan kekampungan. Deheman dilepaskan apabila Qaede memalingkan wajah kearahnya.

"Jom." Qaede mengajak dan keluar dari perut kereta diikuti Dayra yang turut keluar.

Dayra menghampiri Qaede yang sedang mengambil bagasi didalam bonet. Sudah tentu dirinya mahu meringankan beban suaminya. Sudahlah bagasinya sudah tiga. Al-maklumlah sudah keluar dari rumah Senah. Dirinya hanya meninggalkan beberapa helai pakaian di rumah Senah untuk dipakai apabila bermalam disana.

"Kalau saya naikkan hanya satu beg kamu boleh? Selainnya tinggal didalam bonet dahulu." Bingung Dayra apabila mendengar soalan dari Qaede.

"Boleh. Tapi...kenapa?"

"Esok hari saya akan bawa kamu ke rumah kita. Hanya satu hari saja kita bermalam disini." Lembut Qaede menerangkan dengan mata redup menatap matanya.

Dayra melarikan matanya daripada ditenung Qaede dengan kepala mengangguk kecil tanda faham. Dirinya faham apa yang ingin Qaede sampaikan.

"Saya angkat beg awak ya..." ujar Dayra apabila matanya menatap Qaede yang sudah mengangkat bagasinya. Apa salahnya tolong suami?

Segera Dayra mengalas beg galas Qaede setelah mendapat persetujuan dari suaminya. Kakinya cuba menyaingi kaki panjang Qaede melangkah. Terdongak keatas kepalanya untuk melihat wajah Qaede, adakah tidak semput berjalan laju begitu? Oh tuhan, tenang sekali wajah tampan persis bidadara ini.

Segera Dayra memandang ke depan apabila Qaede menundukkan wajah kearahnya. Sebelum itu sempat Dayra menangkap hujung bibir Qaede terjungkit.

"Kenapa kamu pandang saya sebegitu?" Laju Dayra mengelengkan kepala dengan kepala sudah menunduk memandang tapak gajah. Pipinya sudah berona merah, tidak mahulah kantoi sedang menahan malu.

Ketawa kecil Qaede melihat reaksi kalut isterinya yang cuba menahan malu.

"Mari masuk." Ajak Qaede yang sudah mnanggalkan kasut sneakers putihnya. Dayra membontoti langkah Qaede dibelakang.

Air liur ditelan dengan payah dan terasa berpasir apabila iris matanya dijamu dengan ruangan rumah yang cukup mewah dan cantik. Meliar-liar matanya melihat satu persatu sudut ruangan mewah itu. Terasa berat kakinya mahu melangkah kerana takut terpecahkan hiasan mewah rumah mertuanya.

Oh tuhan, jika dirinya tidak sengaja terpecahkan pasu mewah dan hiasan kaca rumah ini. Mana dirinya mahu cekau wang? Dayra masih kaku di depan pintu besar rumah mertuanya. Sudah dirinya katakan bahawa dirinya tidak berani menjejakan kaki. Keberadaan suaminya yang sudah didepan ditatap kosong.

Qaede yang terasa Dayra tidak mengikutinya dari belakang terus menoleh. Terjungkit kening kirinya apabila Dayra masih kaku di pintu utama rumah mewah keluarganya.

"Dayra?" Panggil Qaede untuk menyedarkan Dayra yang tampak seperti sedang termenung.

Tersentak Dayra dari mengelamun, segera Dayra berpaling kearah Qaede dengan bibir mengukir senyuman nipis. Kakinya melangkah kearah Qaede yang masih menunggu ketibaannya.

"Maaf atas tingkah laku saya, Dizrel." Pohon Dayra dengan kepala menunduk.

"Tidak mengapa, sayang. Kenapa kamu termenung? Kamu tidak selesa akan rumah mummy dan daddy?" Sungguh prihatin Qaede bertanya dengan badan sedikit direndahkan.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now