BAB 20-𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀

3.8K 274 2
                                    

SETELAH SIAP bersalaman dan berpamit dengan Hajah Rayziah. Dayra dan Qaede terus masuk kedalam perut kereta. Hanya dapat berpamit dengan Hajah Rayziah kerana Haji Qayyum sudah pergi ke pejabatnya. Terkejut juga dirinya apabila mengetahui bapa mertuanya bukan calang-calang orang. Haji Qayyum merupakan pemilik syarikat Al-Qayyum yang merupakan agensi menawarkan pakej umrah kepada orang.

Tidak silapnya, ketika dirinya masih umur 20 tahun. Rakan-rakan di tempat kerja lamanya ada bercerita tentang kemuncak kenaikan syarikat Al-Qayyum yang sering menawarkan pakej lumayan dan berpatutan.

"Rumah kita dengan rumah mummy jauh ke?" Dayra memecahkan kesunyian dengan menyoal Qaede.

Seketika Qaede menoleh Dayra dan terus meluruskan pandangan pada hadapan semula. Kepala digeleng kecil.

"Tak pun. Dekat je, dalam dua puluh minit dari rumah mummy." Dayra mengangguk kecil kepala dengan jari telunjuk mengetuk dagu.

Baru dirinya teringat tentang motornya di rumah Senah. Tidak sempat lagi mahu berbincang dengan Qaede bahawa dirinya ada motorsikal dan hendak diambil. Bila difikirkan semula susah dirinya mahu pergi kerja bila motorsikal tiada. Tidak mungkin dirinya mahu menumpang Qaede setiap hari sudahlah shift kerja suaminya tidak menentu.

"Dayra mahu berbincang dengan abang satu perkara. Boleh?"

"Sayang mahu bincangkan apa? Kalau kita bincangkan dirumah boleh? Sekejap saja lagi nak sampai." Qaede merenung Dayra dengan redup.

Dayra mengangguk kepala tanda setuju. Qaede segera memecut kenderaan selepas lampu jalan bertukar hijau. Simpang kanan dimasukkan. Kagum Dayra melihat kawasan banglo dua tingkat di sisi jalan. Nampak mewah dengan koridor tingkat atas dipagari kaca.

Qaede memberhentikan keretanya didepan pagar bewarna hitam putih. Qaede mencapai remote pagar dipoket pintu kereta bahagianya. Ditekan butang remote sehingga pagar itu terbuka sendiri.

Segera kereta dimasukkan dalam garaj. Kepala ditoleh kearah Dayra dengan bibir mengukir senyuman nipis. Berkerut dahinya apabila wajah Dayra yang seakan-akan tidak suka dan muram.

"Kenapa ni, sayang?" Lembut Qaede bersuara dengan mata redup merenung Dayra.

"Rasa macam tidak layak pula duduk rumah ini... Sudahlah awak itu kerja besar. Naik pula kereta audi. Saya ini apa aje ada..." Rendah diri Dayra bersuara.

Segera Qaede mengangkat wajah menunduk Dayra kearahnya. Bibir mengukir senyuman manis. Redup matanya merenung mata sedih Dayra.

"Tak nak lah dengar sayang cakap macam itu... Kita masuk dulu, baru kita bincang. Kalau dalam rumah boleh bersweet, dekat luar tak boleh!" Seloroh Qaede bersama ketawa kecil.

Dayra naik menepuk bahu Qaede dengan bibir mencebik kegeraman. Orang tengah serius dia boleh lagi bergurau!

"Benci abang!"

"Okey noted! Sayang isteri saya! Jom keluar!" Qaede keluar dari perut kereta dengan bibir tidak lekang senyuman mengusik. Sebelum itu, sempat Qaede mencium hujung bibir Dayra. Jelas telinga Dayra dapat menangkap ketawa kecil suaminya. Nakal!

Bibir Dayra menguntum senyuman kecil dengan pipinya sudah berona. Apa yang Qaede katakan tadi? Sayang isteri saya? Ketawa bahagia Dayra dan segera keluar dari perut kereta setelah mendengar Qaede memanggilnya.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now