BAB 37-𝐂𝐔𝐑𝐈?

2.4K 194 3
                                    

LEMAH tubuh kecilnya bangkit dari pembaringan. Bilik yang gelap itu ditatap dengan mata yang masih kuyu. Mengantuk.
Kedua-dua telapak tangannya naik menutup mulut yang tiba-tiba sahaja terasa loya. Air liur ditelan terasa kelat. Mata bundarnya sempat mengerling sang suami yang lena diulit mimpi. Telefon tepi bantal tidur capai untuk melihat waktu sekarang.

Ternaik sebelah keningnya apabila waktu jam menunjukkan tepat-tepat pukul 3.00 pagi. Berkerut-kerut dahinya untuk menghilangkan rasa loya yang kian terasa. Perlahan-lahan Dayra turun dari katil kerana tidak mahu lena Qaede. Terjengket-jengket kakinya melangkah.

"Ariningsun... nak pergi mana?" Serak basah suara Qaede menegur menyebabkan Dayra tersentak kecil.

Tangan Dayra naik mengusap dada untuk hilangkan rasa terkejut. Badan dipalingkan kearah Qaede yang masih baring. Jari kanan naik mengaru kepala yang tidak gatal. Timbul rasa bersalah kerana telah menganggu lena Qaede.

Rasanya dirinya bangkit dan berjalan sehabis perlahan tetapi suaminya tetap terjaga. Macam dirinya tidak biasa akan sifat seorang Qaede yang mudah terjaga dari tidur disebabkan hal kecil sahaja. Kalau dirinya terbatuk sedikit terus Qaede terjaga. Susah juga dapat suami yang terlalu peka dengan keadaan sekeliling. Terlalu peka susah juga.

"Nak minum air. Rasa loya." Singkat Dayra menjawab.

Qaede bangkit dari tidur dan menghampiri Dayra. Wajah bingung Dayra diabaikan. Pintu bilik dikuak. Tangan kanan didepankan sebagai isyarat untuk Dayra keluar dulu.

"Eh, kenapa?"

"Abang temankan, ariningsun..." Tenang Qaede menjawab dengan lengan diletakkan atas bahu Dayra. Dayra hanya mengangguk kepala kerana malas untuk menyoal lebih lanjut. Berdecit kasar dirinya apabila Qaede meletakkan lengan atas bahunya seperti gaya member.

"Kenapa loya? Duduk." Arah Qaede yang sudah menarik satu kerusi tinggi seperti kerus di bar.

Dayra meletakkan tangan diatas island table. Dagu ditongkat atas lengan. Bibir mencebik tanda tidak tahu.

"Tiba-tiba rasa loya." Qaede mengangguk kepala. Gelas didalam kabinet dicapai. Kepala ditoleh kearah Dayra yang sudah memejam mata.

"Sayang nak air apa ni? Abang ambilkan."

"Susu. Tolong ambilkan jeruk mangga sekali dalam peti. Nak hilangkan loya." Jawab Dayra bersama sengihan lebar.

Terus kasar Qaede berdecit bersama pakej mata menjeling tajam Dayra. Isterinya dengan jeruk mangga seolah-olah berkawan baik. Dayra dengan jeruknya berpisah tiada. Sejak berkahwin dengan Dayra, jeruk mangga memang wajib ada dalam peti.

"Tak boleh minum susu, nanti bertambah loya. Abang ambilkan apple juice." Ujar Qaede yang sudah menuang jus epal dalam gelas.

"Alaa, orang nak susu." Rengek Dayra manja bersama wajah yang sudah mendung. Jari telunjuk kanan naik mengelus permukaan island table.

"Pagi esok minumlah susu favourite, ariningsun ni. Sekarang minum ni dulu. Eh sayang, jeruk mangga saya dah habislah." Ujar Qaede dengan tangan menghala bekas jeruk mangga Dayra yang sudah kosong dan hanya tinggal air jeruk.

Terkebil-kebil mata Dayra bersama wajah yang sudah sebek. Seketika matanya memanas. Siapa yang rembat jeruk mangganya? Mengaku cepat!

"Abang curi makan jeruk mangga Dayra kan?" Tuduh Dayra bersama wajah yang sudah garang.

Terbungkam Qaede seketika. Jari telunjuk kirinya naik menunjuk muka dia sendiri bersama riak wajah yang tidak bercaya. Kepala digeleng kecil bersama bibir yang sudah memudar.  Dayra bercakap seolah-seolah baru kenal dia semalam. Padahal Dayra sudah sedia maklum yang dia memang tidak suka jeruk mangga yang masam itu.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now