BAB 11- 𝐀𝐊𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆

4.5K 318 18
                                    

LAJU KAKI LAMPAI itu mengejar langkah kalut seseorang perempuan yang memakai doctor coat. Jelas dikornea mata hitamnya kelihatan doktor perempuan itu sedang mengejar masa. Berkerut seribu dahinya.

"Doktor Fatihah! Sekejap!" Laungnya dengan kuat sehingga menyebabkan langkah gadis kecil molek itu berhenti.

Lekas gadis kecil molek itu membalikkan badannya menghadap Jayden yang sudah berjalan kearahnya dengan dada turun naik. Jelas mata koko pekatnya melihat dahi Jayden dipenuhi renikkan peluh.

Kesian dia melihat.

"Ada apa Doktor Jayden panggil saya? Ada masalah?" Prihatin Doktor Fatihah bertanya dengan dahi berkerut. Sudahlah dia sedang kalut kerana perlu lakukan pembedahan kecemasan.

"Doktor Fatihah nampak sibuk, jadi maafkan saya..." penuh rasa bersalah Jayden mengatakan kerana jelas muka Doktor Fatihah kelihatan penuh risau.

"Tidak mengapa, teruskan niat kenapa kamu panggil saya?" Penuh profesional Doktor Fatihah mengatakan.

"Doktor Nurin Darsa kemana ya? Saya tidak nampak dia sejak kelmarin lagi." Jayden terpaksa bertanya kepada Doktor Fatihah kerana Doktor Fatihah merupakan kawan baik Doktor Nurin. Dirinya selalu nampak dua sekawan itu melekat persis belangkas.

Doktor Fatihah mengangguk kecil dengan bibir mengukir senyuman nipis.

"Doktor Nurin Darsa dia sedang mengambil cuti selama seminggu. Doktor Nurin sedang bercuti di Paris. Kenapa ya kamu cari keberadaan dia?"

"Patutlah... hmm, boleh saya minta alamat rumah keluarga dia?" Penuh gusar Jayden bertanya kerana takut Doktor Fatihah salah faham akan kehendaknya.

Alamat rumah orang kita tidak boleh sesuka hati bagi kerana itu privasi. Sudahlah zaman sekarang bukan boleh percaya sangat manusia, ada saja hasad dengki.

"Begini, Doktor Jayden. Kamu tahukan alamat rumah seseorang tidak boleh bagi sesuka hati. Lagipula, kamu boleh minta sendiri dengan Doktor Nurin." Lembut bicara Doktor Fatihaj berkata. Mata merenung Jayden dengan penuh serba salah.

Dia tahu Jayden seorang lelaki yang baik tapi dia tidak ada hak memberi alamat rumah kawan dia tanpa keizinan Doktor Nurin Darsa.

"Saya bukan nak buat benda tak elok, Doktor. Saya perlukan sekarang sebelum bertolak ke palestin. Sumpah dengan nama Allah, bukan saya mahu buat benda tidak elok." Bersungguh-bersungguh Jayden menyakinkan Doktor Fatihah dengan tangan kanan diangkat seperti berikrar.

"Kalau kamu buat benda tidak elok siap kamu! Saya akan minta suami saya tangkap kamu! Suami saya polis D-17 tahu!" Bebel Doktor Fatihah dengan tangan menyeluk poket doctor coat yang mempunyai mini notes book dan pen.

Ketawa kecil Jayden mendengar ugutan gurauan Doktor Fatihah. Dirinya juga tidak sangka gadis muda kecil molek itu sudah menjadi milik orang. Pada mula apabila dia mengetahui gadis kecil ini sudah berkahwin agar terkejut juga kerana doktor muda ini jenis tidak melayan lelaki.

Tup tup tersebar doktor muda ini berkahwin dengan polis D-17. Agak menakjubkan.

"Terima kasih Doktor Fatihaj. Nanti saya belanja kamu makan ya." Ujar Jayden dan mengambil huluran Doktor Fatihah yang menghulur kertas kecil yang sudah ditulis alamat rumah Doktor Nurin Darsa.

"Tidak perlu. Kalau niat kamu baik, saya ikhlas kan! Kalau niat kamu sebaliknya, saya tidak ikhlas dan tidak maafkan atas perbuatan kamu! Saya percayakan kamu, Doktor Jayden!"Kata Doktor Fatihah dengan kalut kerana sudah lewat lima belas minit untuk melakukan pembedahan kecemasan.

Sudahlah masa menulis alamat pun dia tulis sepintas lalu dalam keadaan kalut-kalut. Ketawa kecil Jayden melihat Doktor Fatihah berlari kecil ke unit kecemasan. Rasa bersalah pula dia mengacau gadis kecil itu.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now