BAB 8-𝐏𝐋𝐀𝐒𝐓𝐈𝐂 𝐒𝐔𝐑𝐆𝐄𝐎𝐍

4.9K 333 10
                                    

LANGKAH GAH kaki lampai lelaki maskulin yang menuju kearah singki hospital yang berada bersebelahan bilik operasi bedah. Sebelum dirinya membasuh tangan mengikuti standar operasional prosedur  (SOP) yang telah ditetapkan. Cekap tangannya mengikat tali face mask pada belakang kepalanya, sekali lagi tangannya mengikat tali face mask.

Ya, dirinya memakai dua face mask pada wajahnya untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti kuman.

Selepas siap memakai face mask, Qaede membuka paip air manual menggunakan siku, tangan hingga siku diletakan dibawah air yang mengalir sehingga lima minit. Sabun tongkol berwarna kuning atau lebih tepat dipanggil sabun antiseptik diambil. Lalu, sabun digosok pada tangan hingga siku selama lima minit. Selepas itu, Qaede terus meletakkan tangan beruratnya dibawah pancuran air mengalir.

"Bila Doktor Rayne balik dari mekah?" soal Qaede kepada Doktor Umar yang merupakan Doktor bius.

"Rasanya, hari sabtu esok lusa ni. Asal?" Berkerut dahi umar kerana dirinya agak terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh Qaede. Biasanya Qaede jenis orang yang tidak ambil tahu sangat pasal orang lain. Jenis buat hal sendiri.

"Saja aje."Sabun diambil semula, lalu sabun digosok pada tangannya semula. Qaede mengosok kukunya satu persatu, turut melumurkan sabun pada celahan jari panjangnya. Seraya itu, telapak tangan dan kekura tangan turut dilumur sabun dengan teliti agar kuman pada tangannya mati.

Tangan dibilas dibawah air yang mengalir dengan mata mengerling seketika pemergian umar yang sudah siap menyucikan tangannya. Tangan dialihkan daripada pancuran air. Terus, sabun antiseptik diambik semula dan dilumurkan pada tangan dan pergelangan tangan. Tangan naik mengosok bahagian tangan yang sudah dilumur sabun.

Setelah 1 minit mengosok kedua-dua bahagian tangan tersebut, Qaede letakkan lengan dibawah air mengalir dari arah tangan sampai ke siku sehingga bersih. Setelah siap Qaede membasuh tangan, terus Qaede mengangkat tangan selaras dengan bahu. Paip air ditutup dengan siku.

Qaede terus membawa langkah keluar dari bilik nyahkuman tersebut, langkah dibawa kearah bilik operasi bedah dengan keadaan tangan statik diangkat tinggi. Pintu bilik operasi bilik bedah ditolak menggunakan belakang badannya.

Qaede terus menuju kearah jururawat lelaki yang ditugaskan untuk membantu doktor dalam menyiapkan diri dalam memakai APD lengkap. Jururawat lelaki yang bernama Danish terus memakaikan surgical gloves kepada tangan Qaede yang masih diangkat. Tangkas jururawat Danish memakai segala kelengkapan APD pada tubuh tegap Qaede persis lipas kudung.

"Terima kasih jururawat Danish." Qaede mengangguk kecil kepada Danish yang sudah siap menyiapkan dirinya.

Langkah terus dibawa kearah pesakit yang terbaring diatas katil khas untuk bedah, pesakit tersebut belum dibius. Sempat matanya mengerling kearah Doktor Umar yang berperanan sebagai Doktor bius.

Qaede menguntum senyuman nipis, redup matanya merenung pesakit lelaki muda itu yang sudah disuntik ubat tidur.

"Doktor Umar, silakan." Qaede memberi sedikit laluan kepada Doktor Umar untuk menyuntik ubat bius pada bahagian pipi jejaka tersebut.

Pesakit lelaki ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan pipinya menjadi tersorong keatas dan tulang gerahannya menjadi teralih dari tempat asal.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now