S A V I O U R 🦋

4.1K 108 19
                                    

CHAPTER 1

⚜️⚜️⚜️

LANGKAH demi langkah, Hanis Syazrina seperti menyedari bahawa dia diekori seseorang namun dia masih cuba beriak biasa. Apa yang dia fikir waktu itu ialah, jamban! Pandangan orang sekeliling yang memandang wajah cemberutnya menahan perut yang memulas itu juga diabaikan sama sekali. Arh, peduli apa!

Setelah selesai melepaskan segala hajatnya di tandas, tudung yang tadinya serabai dibetulkan semula. Bibirnya yang sedikit pucat dicalit dengan pelembap bibir, senyuman manis menghias wajahnya.

Seketika, dia terdiam.

"Mamat tadi tu follow aku ke? Asal dia follow aku? Aku tak kenal pun dia siapa" Hanis mengomel sendiri di hadapan cermin.

"Fuh, bismillahir-, eh bismillah apa dalam toilet" dahi sendiri ditepuk.

"Alahai, ok sabar Hanis tarik nafas hembus, mungkin kau je yang rasa dia follow kau, sebenarnya tak pun" omelnya lagi.

Setelah cuba memujuk diri, dia akhirnya keluar dari tandas. Namun, beberapa langkah dia masuk semula ke dalam tandas tatkala melihat lelaki misteri tadi masih berdiri di hadapan tandas lelaki, bermacam-macam andaian dia simpulkan saat itu.

"Dia betul-betul stalk aku ke! Macam mana kalau dia tu penculik? Pembunuh? Perogol bersiri? Ya Allah ya Tuhanku, kenapa aku takut ni ya Allah. Sabar Hanis, sabar. Bismillah" jantungnya semakin berdebar, bermacam cara difikirkan untuk dia keluar dari tandas.

Tidak lama kemudian, seorang wanita yang agak berumur di tandas itu melangkah keluar. Tanpa melengahkan masa, Hanis terus membuntuti makcik itu. Langkah demi langkahnya bertambah laju sebaik saja dia melepasi lelaki itu. Jantungnya bagai mahu tercabut dari tangkai tatkala menyedari lelaki itu masih mengekorinya .

"Ya Allah, kenapa dia ikut aku lagi? Ke dia memang betul penculik? Ya Allah, Kau lindungilah hamba-Mu ini ya Allah. Aku tak kahwin lagi ya Allah, SPM pun tak lepas lagi ni ya Allah. Kau selamatkan lah hamba-Mu ini"

Dia menoleh ke belakang, lelaki itu masih lagi di belakangnya. Aku tak kenal dia pun! Kenapa dia ikut aku? Dalam keadaan cemas, akalnya tidak mampu berfikir waras. Langkah diatur ke kedai kasut sukan, tiba-tiba.

"Allahurabbi! Asal aku masuk sini? Aku nak beli kasut apa kat sini? Kalau aku masuk kedai makan ke tadi boleh lah acah-acah nak makan. Oh God, Hanis how could your brain goes dumb?!" getus hati kecilnya .

Pada awalnya dia berfikir bahawa lelaki itu sudah pergi, namun andaiannya silap. Lelaki itu malah semakin mendekatinya. Kasut sukan itu dibelek-belek lagi dengan tangan yang menggeletar sementara lelaki misteri itu mendekatinya.

Hanis menoleh ke arah seorang lagi lelaki yang sedang memilih kasut. Dari belakang badan, mamat ni macam boleh dipercayai. Langkah diatur ke arah "jejaka harapannya" tatkala lelaki misteri itu mula mendekat.

"Encik" panggilnya perlahan sebelum memastikan keberadaan lelaki misteri itu dibelakangnya.

"Ye, kenapa?"

Hanis menoleh ke hadapan semula dan-

"Cikgu?!" ujarnya separuh jerit sebaik saja dia mengenal pasti gerangan lelaki itu. Dah nampak cahaya selamat dah ni, terima kasih ya Allah.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now