K E N D U R I 🧸

1.3K 82 5
                                    

CHAPTER 27

⚜️⚜️⚜️

RUMAH BANGLO Encik Hairi menjadi riuh, majlis doa selamat akan diadakan di rumahnya pada malam itu. Tidak lupa juga Hanis untuk turut serta membantu makcik-makcik merewang pada petang itu, namun semakin lama semakin sakit pula hatinya. Tak habis-habis gosip tentang kehidupan orang lain, macam lah life dia perfect sangat!

"Ha Hanis kahwin pun dah berbulan juga kan? Tak kan tak ada isi lagi" tegur Makcik Rosnah, Hanis yang sedang memotong bawang itu tersentak dari lamunan.

"Apa dia makcik?" soalnya semula, blur.

"Cik Ros tanya, kamu dengan suami kamu dah kahwin lama juga kan? Tak ada baby lagi ke?" soal Makcik Zila pula, mengulang soalan Makcik Rosnah itu.

Hanis hanya tersenyum walau sudah geram, mata dikecilkan, dalam hatinya sudah menyumpah serana makcik dua ekor ni. Sibuk je life orang! Suka hati aku lah nak mengandung bila pun, bukan aku pakai rahim mak tiri kau, menyemak je! Hati Hanis saling berbisik.

"Hanis?"

"Ahah ye, tak ada rezeki lagi makcik" jawab Hanis, hatinya yang panas masih cuba diredakan, semakin laju bawang itu dihiris, mengharapkan agar bawang itu sebenarnya ialah muka makcik tak guna tu.

"Lah, kamu tak ikhtiar cara lain ke? Cuba pergi berubat, mana tahu kamu ada masalah dalaman atau suami kamu tu tak subur ke... Faleeq pun dah berumur kan?" ujar Makcik Zila lagi.

Hanis mengetap gigi, ey orang tua ni memang cari pasal dengan aku, makin diam makin menjadi! Baru dia teringat akan Shila, anak gadis Makcik Zila yang pernah menggugurkan kandungannya kerana mengandungkan anak tidak sah taraf. Dia tersenyum sinis, kau tunggu!

"Yer lah benda-benda macam ni kan bergantung pada takdir, lagi pun tak ada masalah kalau ada anak lambat walau dah kahwin bertahun. Lagi masalah kalau dah mengandung dulu, suaminya pulak yang tak ada. Betul tak makcik?" perli Hanis, bukan niat nak kurang ajar, tapi makcik ni perlu diajar.

Puan Diana berdehem, tanda amaran. Hanis hanya tersengeh sebelum dahinya berkerut, bagai memberi alasan di atas kata-katanya tadi. Siapa yang cari pasal dulu, hm.

"Ya betul tu Hanis, anak perempuan zaman sekarang ni ya Allah dah tak sama macam dulu. Dah berisi, tapi masih belum bersuami. Tambah teruk lagi, digugurkan pulak. Dah berzina, membunuh lagi, allahu" sambung Makcik Siti pula, semua hanya mengiyakan kecuali Makcik Zila, sindiran itu terkena tepat padanya.

Hanis tersenyum, sayang Cik Siti!

"Eh Hanis, bila sampai?" soal Haydar yang baru ke dapur untuk mengambil air.

"Along!!!" tangan dihulur untuk bersalaman dengan abang sulungnya itu, teruja.

"Dah dari tadi dah, along baru sampai ke dah dari tadi?" soal Hanis pula, tugasnya menghiris bawang disambung.

"Along tidur sini semalam, tapi tadi pergi cari barang sekejap dengan Kak Thia"

"Oh... Kak Thia mana?" soal Hanis, matanya meliar ke sekeliling.

"Kak Thia ada kat luar dari tadi borak dengan Faleeq"

"Skss!!!" Hanis mendesis kesakitan tatkala pisau yang digunakan untuk menghiris bawang merah itu akhirnya menghiris jari sendiri.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now