M A R R I E D 💍

1.5K 85 3
                                    

CHAPTER 21

⚜️⚜️⚜️

DENGAN sekali lafaz, Hanis Syazrina selamat bergelar isteri kepada Faleeq Irham. Seluruh ahli keluarganya menghembus nafas lega, semuanya berjalan dengan baik pada pagi itu. Mereka dinikahkan di rumah Encik Hairi, pada jam 10:30 pagi.

Faleeq duduk di sebelah Hanis, sebentuk cincin disarung ke jari manis isterinya itu. Senyuman tipis dihadiahkan buat Hanis, dahi gadis itu dikucup perlahan. Jurugambar memainkan peranan mengambil gambar dua mempelai itu.

"Terima kasih sudi terima saya sebagai isteri, walau saya tahu hati cikgu bukan untuk saya" sempat Hanis memerli, dia sedar akan mata Faleeq yang kerap memandang Adira.

"Jangan buat perangai kat sini Hanis" tegur Faleeq, kat atas pelamin pun nak bertekak ke?

"Apa-apa je lah" Hanis menjeling. Hanya senyuman bahagia yang palsu ditayangkan, namun menitis juga airmatanya kerana sebak melihat wajah Encik Hairi. Berat hati seorang bapa ingin melepaskan anak perempuannya dibawa lelaki lain. Apatah lagi Hanis satu-satunya anak perempuan dalam adik-beradik, bongsu pulak tu!

"Hanis, jadi isteri yang baik ye sayang. Jangan lawan cakap suami, apa-apa keputusan kena bincang dengan suami dulu ye" pesan Puan Diana, dahi anak bongsunya itu dikucup. Hanis mengangguk, airmata yang mengalir dilap perlahan dengan tisu.

"Baba..." panggil Hanis, semakin sebak dia tatkala Encik Hairi mula bermerah mata. Tubuh sasa bapanya itu dipeluk erat.

"Lepas ni, Hanis bukan tanggungjawab baba lagi tau. Baba dah tak ada hak ke atas anak baba, semuanya suami Hanis yang tanggung. Jangan derhaka dengan dia ye" pesan Encik Hairi pula, airmata yang mula mengalir diseka.

Hanis mengangguk perlahan, dah tak boleh nak bercakap, sebak tak terkata. Tidak lupa juga mertuanya, Encik Hadi dan Puan Mariana yang tak henti mengucapkan terima kasih kerana menerima Faleeq sebagai suami.

"Faleeq, jaga anak baba baik-baik. Jangan sakitkan dia walau sikit pun, baba tak pernah sakitkan dia jadi kamu jangan berani-berani nak sakitkan dia" Encik Hairi memberi amaran, Faleeq mengangguk dengan senyuman sebelum mendakap tubuh bapa mertuanya itu.

"Faleeq janji akan jaga dia macam nyawa Faleeq"

Hanis hanya diam, yakin ke boleh jaga aku macam nyawa kau? Sedangkan nyawa kau pun masih pada buah hati kau, ada hati nak jaga aku! Getus hati Hanis, namun kata-kata itu hanya mampu terlahir dari hati. Dia tak mahu merosakkan majlis sendiri.

"Hanis!!!!" jerit Adlina yang berlari ke arahnya, dia tersenyum lalu mendakap tubuh rakannya itu.

"Weh congrats weh, dah jadi bini orang dah! Aku je single"

"Idris ada, kau chill" ujar Hanis, bahu Adlina diusap.

"Dah, kau pergi naik bilik. Rehat ke apa ke, nanti nak siap-siap untuk sanding pulak"

Hanis mengangguk, matanya meliar.

"Laki aku mana?" soal Hanis, tadi macam ada di sebelahnya, baru borak sekejap dah hilang.

"Aih, tak kan baru hilang sekejap dah rindu kot" tegur Adira, kebetulan dia terdengar, Hanis tersengeh.

"Bukan rindu lah Kak Thia, dia takut laki dia pergi jual minyak dekat kekasih lama" perli Adlina sebelum dia tertawa.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now