I N T E R V I E W ☠️

1K 76 0
                                    

CHAPTER 20

⚜️⚜️⚜️

SELURUH ahli keluarga Encik Hairi memandang Faleeq, Hanis diarah untuk mengajak Faleeq hadir makan malam di rumah itu. Seusai mereka menghabiskan makan malam, mereka berbual di ruang tamu. Sengaja untuk berkenalan, merapatkan ukhuwah. Konon!

"Baba, orang interview bakal menantu sebelum ada ikatan tau. Ni kitorang dah tunang dah, baba masih nak interview ke? Hm" ujar Hanis, wajah Encik Hairi dipandang memohon penjelasan.

"Tak ada salah pun temu ramah lepas tunang ke sebelum tunang ke, yang penting semuanya berjalan lancar. Ye Faleeq?" ujar Encik Hairi lalu memandang bakal menantunya itu.

"Betul uncle"

"Ni Faleeq, kamu betul sayangkan Hanis? Tak ada lah, Hanis ni muda lagi, perangai pun masih macam budak-budak"

Hanis menoleh, ish mama ni!

"Auntie risau kalau kamu tak terlayan perangai Hanis ni, kadang kami ni pun allahu pening nak layan karenah dia" ujar Puan Diana, kepala digelengkan.

Faleeq tergelak kecil, dah tahu dah.

"Hanis, pergi naik atas. Baba ada benda nak bincang dengan Faleeq, tak elok kamu dengar perbualan kami" arah Encik Hairi, dia tidak mahu anak gadisnya itu berada di situ.

"Ala baba, baba nak buli dia ke? Janganlah baba, tunang Hanis ni baik orangnya" Hanis memuncung, wajah Faleeq dipandang.

"Eh eh dia ni, orang kata naik tu naik je lah! Banyak bunyi pulak, tak bagi kahwin kang ha!" celah Harith, tak sah tak cari gaduh.

"Bagi ke tak bagi ke, Hanis kahwin jugak!"

"Tak ada maknanya, entah entah Faleeq ni kahwin dengan kau pun sebab terpaksa!" perli Harith, seolah-olah dapat mentafsir keadaan. Hanis dan Faleeq saling berpandangan sebelum masing-masing menunduk, spontan.

"Ha tengok, macam ni lah perangai dia Faleeq. Lagi-lagi dengan angah dia ni, mulut tu tak reti diam. Ada je modal nak berdebat, pantang jumpa" ujar Puan Diana, Faleeq hanya tersenyum.

"Eee mama ni, ye Hanis naik. Ish! Ngah, kau jangan nak interview bukan-bukan heh!" Hanis memberi amaran buat Harith, bukan boleh percaya sangat.

"Sudah, pergi naik sana" arah Puan Diana lagi.

"Ha along pun sama! Jangan interview bukan-bukan tau" ujar Hanis kepada Haydar pula, berkerut dahi abang sulungnya itu.

"Eh along dia pulak yang kena! Dah pergi naik, menyebok dekat sini" ujar Puan Diana, tubuh kecil Hanis yang berdiri di sebelahnya itu ditolak.

"Hihi! Baba pun sama tau, sayang baba" pipi Encik Hairi dikucup, dia melangkah ke tangga. Bapanya itu hanya menggeleng kepala.

"Goodluck baby ku sayang!!!" jerit Hanis kepada Faleeq, flying kiss dihadiahkan. Faleeq hanya tersenyum kekok, bakal bini siapa ni woi buat malu bethol!

"Itu lah dia Faleeq, perangai dia memang suka mengusik. Kami harap sangat kamu mampu nak layan perangai dia" ujar Puan Diana.

"In Sya Allah auntie, saya pun kenal Hanis dari dia sekolah lagi, faham sangat perangai dia" jawab Faleeq, gugup juga jika tersalah kata.

Menanti Bahagia Donde viven las historias. Descúbrelo ahora