C E M B U R U 🔥

1.8K 89 11
                                    

CHAPTER 28

⚜️⚜️⚜️

LANGKAH DIATUR ke dapur bersama pinggan kotornya, sinki dituju sebelum tangannya dibasuh. Balutan luka di jarinya itu juga dibiarkan basah, makin kena air makin cepat sikit nak baik. Para tetamu juga sudah pulang namun ada juga yang masih berbual dengan Encik Hairi.

"Ku selalu rindu... Sepi membunuhku, kedinginan malam, menghantui... Hanya engkau tahu, kekurangan ini, tiada kan menyembuh, selainmu...Aku terlalu jauh, jauh untuk kembali padamu..." Hanis masih bernyanyi sendirian di dapur itu sehinggakan tidak menyedari kehadiran Idris yang sudah lama memerhatikannya.

"Pudar!!!!! Harapanku makin pudar!!!! Jika ku terus-" terhenti nyanyiannya tatkala memandang Idris yang berpeluk tubuh di belakangnya.

"Ya Allah Idris! Dah lama ke awak kat situ?" soal Hanis, tangan yang basah dilap dengan tisu.

"Urm lama lah jugak, dari awak start menyanyi tadi" jawab Idris, mereka tergelak.

"Ish awak ni! Tak tegur, sengaja nak dengar saya menyanyi ea?"

"Eh mestilah! Dulu kalau nak dengar awak menyanyi bukan main payah tau, sekarang dekat dapur pun boleh. Ada apa-apa ke ni?" soal Idris, dia mendekati Hanis.

"Hahah! Tak ada lah, saya memang suka menyanyi dari dulu cuma malu je nak nyanyi depan orang hehe" bohong Hanis, ye lah tak kan lah dia nak cakap yang dia mula menyanyi sejak kenal Faleeq kot! Tak semua benda perlu diceritakan.

"Ye lah tu" pandangan Idris tertumpu ke arah jari Hanis yang berbalut itu, dahinya berkerut.

"Jari tu kenapa?"

"Oh, jari ni? Jari ni saya gigit tadi, punyalah syok gigit gigit. Sekali tengok, lah! Kopak dah kukunya. Hihi" jawab Hanis sebelum dia mengekek ketawa.

Idris menggeleng, dari dulu tak berubah. Bila orang tanya soalan, jawapan tak pernah serious. Semuanya dijadikan bahan lawak, Hanis memang funny vibes.

"Saya tanya betul-betul lah, jari awak kenapa?"

"Tak ada lah, tadi petang saya potong bawang, terhiris sikit je ni" jawab Hanis, senyuman ditayangkan.

"Ish awak ni, kenapa tak hati-hati?" matanya masih tertumpu ke jari Hanis, nak pegang tak boleh, tengok je lah.

"Ahah, awak ni risau sangat! Delin mana? Tadi dia dengan awak kan?" soal Hanis, baru ingat member.

"Oh dia bual dengan mama awak kat depan" jawab Idris, Hanis mengangguk.

"Hanis, tak sangka kan awak dapat kahwin dengan orang yang awak suka. Saya dengan Delin pun sampai sekarang macam tak percaya yang awak dapat Cikgu Faleeq tu"

Hanis tergelak, entah kenapa dia rasa kelakar. Memang lah dia dapat kahwin dengan Faleeq, namun jasadnya sahaja, bukan hatinya. Orang lain pula nampak mereka bahagia, walau sebenarnya tidak seindah apa yang dilihat.

"Tu lah kan, sedangkan dulu saya pernah plan nak kahwin dengan awak je tau!" ujar Hanis, jujur.

"Lah ye ke? Kenapa tak cakap awal-awal, kalau tak saya terus masuk meminang"

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now