C O N T R A C T I O N S 📈

1.7K 82 2
                                    

CHAPTER 41

⚜️⚜️⚜️

WAJAHNYA DIRAUP kasar sebelum nafas berat dihembus, bimbang juga dengan Hanis yang tiba-tiba pengsan. Namanya dipanggil oleh Doktor Azreen, laju langkahnya masuk ke dalam bilik itu. Jelas riak wajahnya sungguh risau dengan keadaan Hanis.

"Doktor wife saya macam mana? She's fine right? Dia tak apa-apa kan?"

"Don't worry Encik Faleeq she's fine but Puan Hanis mengalami contraction yang berlaku di akhir fasa sebelum melahirkan. Saya dah buat pemeriksaan, jalan bukaan Puan Hanis untuk melahirkan baru 5cm. Bukaan normal untuk bersalin ialah 10cm. So kami akan periksa bukaan jalan Puan Hanis dari semasa ke semasa" terang Doktor Azreen, dia tahu suami pesakitnya ini sedang bimbang. Anak pertama kan, tak pernah experience.

"Oh, but I'm just curious why did she suddenly pengsan? Cause before this if perut dia cramp or else dia tak pernah sampai pengsan" soal Faleeq lagi, akalnya penuh tanda tanya.

"Puan Hanis pengsan setelah mengalami contraction kerana tekanan darahnya rendah. Kalau Encik Faleeq tak keberatan, can you tell me how was her condition lately ni?"

"So far, she just fine. Sometimes tu dia ada mengadu perut dia selalu cramp midnight, pinggang sakit if nak bangun but benda tu akan beransur hilang. Kalau nak kata gaya pemakanan pun, me and her mother always keep an eye on her. Hanis pun tak pernah missed check up, macam mana boleh kena blood pressure?"

"Blood pressure tak mustahil untuk berlaku bila-bila masa saja pada ibu mengandung, either dia jaga pemakanan or not. Don't even just blood pressure, peratus untuk preggy mommy dapat penyakit lain pun banyak"

Faleeq mengangguk faham.

"Encik Faleeq jangan risau, In Sya Allah dia tak apa-apa cuma dia akan mengalami contraction before bersalin. It's normal Encik Faleeq" ujar Doktor Azreen lagi, Faleeq hanya mengangguk.

"So tu saja, kami dah tempatkan Puan Hanis di bilik wad 02. Ahli keluarga dibenarkan melawat cuma jangan terlalu ramai ye dan kalau boleh beri Puan Hanis rehat secukupnya. If ada apa-apa hal yang berlaku pada Puan Hanis, Encik Faleeq boleh tekan butang merah di situ"

"Baik doktor, tapi saya boleh teman wife saya waktu dia bersalin kan doktor?" soal Faleeq, dia ingin berada di sisi Hanis saat isterinya itu melahirkan anak mereka.

"Boleh Encik Faleeq, memang hanya suami saja yang dibenarkan teman isteri bersalin di dalam labour room. Encik Faleeq jangan risau, everything gonna be fine. Pihak hospital akan berikan perkhidmatan terbaik buat pesakit di sini" jawab Doktor Azreen, seboleh-bolehnya dia cuba meyakinkan Faleeq.

"Baik doktor, thankyou very much" senyuman tipis ditayangkan, dia melangkah ke bilik wad di mana Hanis ditempatkan. Pintu bilik diketuk terlebih dahulu sebelum dibuka, wajah Hanis yang jelas sedang menahan sakit itu mula menyapa.

"Sayang" dia mendekati Hanis.

"Abang sakit..."rintihnya, tubuh Faleeq dipeuk erat tatkala nyeri di bahagian ari-arinya semakin ketara. Faleeq mengetap bibir, kalau rasa sakit itu boleh dipindahkan, sudah semestinya itu lah yang dia akan lakukan.

"Sabar sayang, besar pahala awak mengandungkan anak abang... Ganjaran Syurga untuk seorang ibu, abang mintak sangat awak kuat sayang. Abang tahu awak mampu lalui semua ni..." belakang badan Hanis diusap lembut, cuba memujuk isterinya.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now