D I S C U S S 🌸

2.2K 86 10
                                    

CHAPTER 39

⚜️⚜️⚜️

NYANYIAN HANIS sudah mula menyapa halwa telinga Faleeq sebaik saja dia masuk ke dalam rumah, dia tersenyum seraya menggeleng kepala. Kaki diatur menaiki tangga ke biliknya, Hanis yang sedang bersandar di kepala katil sambil tekun membaca novel itu didekati.

"Sayang!!!" jerit Faleeq seraya melompat di atas katil, kepala diletakkan di riba Hanis.

"Ya Allah abang, terkejut saya!"

Faleeq tergelak, wajah Hanis ditatap. Penatnya mengajar di sekolah serta-merta hilang tatkala memandang senyuman sang isteri. Kandungan Hanis juga sudah masuk 6 bulan, perut Hanis yang membulat itu diusap sebelum dicium.

"Anak-anak daddy!!!" ujar Faleeq. Hanis tersenyum, kepala suaminya itu diusap lembut sambil jari jemarinya menyisir rambut Faleeq.

Anak-anak? Ya, Hanis bukan sahaja mengandungkan satu nyawa tapi dua. Mereka bakal menimang dua cahaya mata dalam masa yang sama, kandungan Hanis disahkan kembar.

"Sorry saya tak dengar abang balik"

"Suara awak menyanyi lagi kuat dari bunyi enjin civic abang sayang, macam mana nak dengar" kata Faleeq. Getah rambut Hanis ditarik, isterinya itu kelihatan lebih cantik dengan rambut lepas.

"Sayang can I have a question?"

"Apa dia?"

"Macam mana awak boleh tak move on erk sedangkan abang dah reject awak? Plus, kita dah tak contact for years but awak masih tunggu abang. How come?" soal Faleeq, penasaran.

"The way you're waiting for her, the way you still keep your eyes on her, that's how I did. Even though abang tak ada depan mata saya, no matter what saya tetap tunggu abang sampai akhir hayat saya" jawab Hanis, situasi mereka sama, dua-dua kena reject ahah!

"Well if abang tak muncul balik, awak tak kan kahwin sampai tua ke?" soal Faleeq lagi, Hanis menggeleng dengan senyuman.

"Saya yakin mama baba akan carikan jodoh untuk saya, tapi jasad saya je lah yang berkahwin dengan pilihan diorang while hati saya mati untuk abang"

"Day by day, awak akan jatuh cinta jugak dekat dia kan?"

"Ya but it might be a long time for me to fall in love again... Sama macam hubungan kita, berapa lama masa yang abang ambil untuk terima saya dalam hidup abang? Lama kan, kena ignore sebulan baru lah kepala otak tu berfungsi cara-cara menghargai orang" perli Hanis, Faleeq hanya tersenyum. Don't call her Hanis Syazrina kalau dia tak perli orang!

"Abang tahu tak, saya pun pegang prinsip yang sama macam abang tau. Dalam hidup, bercinta sekali dan berkahwin pun biarlah sekali dengan orang yang kita cinta. Selain daripada baba mama, suara abang, senyuman abang, pandangan mata abang, semua tu jadi semangat untuk saya teruskan hidup even abang tak ada depan mata saya" luah Hanis, Faleeq tersenyum.

"Abang bersyukur dapat awak sebagai isteri, walau pada awalnya abang tolak awak sekeras-kerasnya but the end kita disatukan" rambut Hanis diselitkan ke belakang telinga. Hanis hanya tersenyum, dia sambung membaca novel.

"Sayang dah fikir nama anak kita? Dua tu, baik fikir sekarang. Nanti kelam kabut pulak dah lahir baru nak fikir nama" Faleeq memberikan cadangan, Hanis memandang suaminya semula. Lah kalau macam ni bila nak habiskan baca novel?

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now