P U T U S 💔

1.3K 89 21
                                    

CHAPTER 7

⚜️⚜️⚜️

JAM TANGAN dikerling, buat sekian kalinya dia disidai menunggu orang. Adira telah berjanji dengannya untuk berjumpa jam 3 petang, namun gadis itu masih tidak kelihatan. Ey, kalau nama perempuan ni memang payah nak on time!

"Assalamualaikum" Faleeq disapa seseorang, dia mengangkat wajah.

"Walaikumsalam, Dira kenapa lambat?"

"Sorry" jawab Adira, senada.

"So, kenapa nak jumpa saya?"

Adira menghela nafas perlahan, berat mulutnya untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Walau dia tidaklah terlalu terkilan dengan pilihan keluarganya, namun dia tetap kasihankan Faleeq yang sudah lama mencintainya.

"Dira, ada benda tak kena ke? Kenapa awak nak jumpa saya?" soal Faleeq buat kali kedua, melihat wajah Adira, dia dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Saya nak jumpa awak sebab..."

Faleeq menjongket kening tatkala Adira menghentikan katanya, semakin gusar hatinya apabila diperlakukan sebegitu.

"Sebab?"

"Sebab ini kali terakhir kita berjumpa. Lepas ni, awak jangan cari saya. Hubungan kita setakat ini saja, saya harap awak terima ketentuan Allah yang kita memang tak ada jodoh" ujar Adira, jujur.

Faleeq tersentak.

"Tapi kenapa? Dira, apa salah saya dekat awak? Bukan ke kita dah lama kenal? Apa silap saya?" soal Faleeq bertubi-tubi, entah di mana silapnya sehinggakan Adira memutuskan hubungan mereka dengan begitu mudah.

"Jangan terlalu memaksa Faleeq, awak kena terima apa yang dah ditentukan. Kalau betul kita berjodoh, Allah akan satukan kita dengan bermacam cara. Tapi sekarang ni, saya ada family yang perlu saya utamakan. Mungkin pilihan mereka untuk saya lebih baik"

"Awak terima pilihan keluarga awak macam tu je? Mana pengorbanan awak dalam hubungan kita? Kenapa tak pertahankan hak awak, cinta awak?"

"Untuk pengetahuan awak Faleeq, saya sendiri yang terima aturan keluarga saya tanpa sebarang bantahan. Tak ada sesiapa pun yang paksa saya atau menyeksa saya, saya terima semua ni dengan hati yang terbuka. Saya harap awak pun macam tu juga" tegas Adira berbicara, kalau dia boleh terima mengapa tidak Faleeq kan?

"Sekarang saya nak tanya awak, selama ni awak ada perasaan yang sama ke macam mana perasaan saya dekat awak?" soal Faleeq, dia mahu tahu jawapan sebenar.

" Tak. Saya tak pernah ada perasaan cinta untuk awak Faleeq, selama ni saya hanya menganggap awak kawan baik saya dan tak lebih dari tu"

"Habis tu kenapa awak setuju untuk kahwin dengan saya?" soal Faleeq dengan harapan semua yang keluar dari mulut Adira adalah pembohongan semata-mata.

"Sebab saya tak nak lukakan hati awak, saya tak sampai hati nak tolak lamaran awak tempoh hari jadi saya buat keputusan untuk terima"

Faleeq terdiam, hancur sekeping hatinya yang sudah diberikan kepada gadis yang salah.

"Saya mintak maaf Faleeq, saya tak ada niat untuk permainkan hati awak tapi saya harap sangat awak terima semua ni. Kalau saya boleh kenapa awak tak boleh?"

Menanti Bahagia Donde viven las historias. Descúbrelo ahora