P R A N K ☠️

1.4K 87 12
                                    

CHAPTER 25

⚜️⚜️⚜️

LUKA di kaki Hanis dibalut sehingga selesai, tak ada lah teruk sangat pun namun gadis itu hanya bersandar di sofa, lengannya menutup wajah. Malas ingin memandang Faleeq, dah naik angin nak buat baik pulak! Kenapa tak biar je aku mati kat situ? Kau bukan kisah pun pasal aku.

"Hanis" panggil Faleeq sebaik saja dia selesai membalut, perasaan sebersalah mula menyelubungi diri.

"Hanis, saya-"

"Saya nak naik bilik" pintas Hanis, malas nak dengar Faleeq bercakap, makin bertambah sakit hatinya.

"Biar saya hantarkan" sejurus dia mahu mencempung tubuh gadis itu.

"Tak payah. Kaki saya luka sikit je, bukannya berlubang pun sampai tak boleh naik tangga! Lebih baik cikgu pergi ambil balik gambar tu, lagi pun gambar tu saya buang dekat tong sampah bilik cikgu je. Ada lagi dalam tong tu cuma renyuk sikit lah. Saya mintak maaf sebab pandai-pandai tukar, saya tak tahu pulak gambar tu terlalu penting untuk cikgu" tangan Faleeq ditepis, perlahan-lahan dia bangun menuju ke tangga.

Dengan kaki yang sakit, dia menapak menaiki tangga namun terhenti tatkala bisa di kaki mula menyerang. Boleh je kalau nak naik sendiri, tapi cuma lambat. Faleeq hanya memerhati, dia menggeleng perlahan sebelum mendekati Hanis di tangga itu, tu lah orang nak tolong tadi tak nak.

"Ish tak apa, saya boleh naik sendiri"

"Naik sendiri dengan kaki awak yang terkedek-kedek macam ni?"

"Ye lah habis tu? Naik pakai tangan, kaki kat atas?" perli Hanis semula. Faleeq menahan geram, dah sakit-sakit pun melawan je kerjanya.

"Hanis, kalau saya biar awak naik tangga dengan kaki macam ni, Subuh esok baru awak sampai bilik" perli Faleeq, tanpa menunggu jawapan Hanis, tubuh gadis itu dicempung menaiki tangga.

Hanis hanya menjeling, kali ni tak bantah sebab memang tak ada alasan. Faleeq menolak pintu bilik Hanis dengan kakinya, tubuh Hanis diletakkan di atas katil. Hanis mendesis kesakitan tatkala rasa pedih menyerang, semakin kuat juga lah perasaan sebersalah bersarang dalam hati Faleeq.

"Hanis, saya-"

"Boleh bagi saya rehat? Saya tak sedap badan, kaki saya sakit, saya nak tidur" pintas Hanis, kalau nak ikutkan kaki dia tu tak ada lah teruk sangat pun sakitnya cuma dia masih geram dengan kata-kata Faleeq tadi, macam nak tapak je muka jantan ni!

Faleeq hanya mengangguk, sebelum Hanis mengamuk, lebih baik dia akur. Lagi pula, semuanya berlaku kerana dia. Walau dia tidak suka perbuatan Hanis, tapi tak sepatutnya bingkai gambar perkahwinannya itu dipecahkan.

"Awak rest lah, nanti ada apa-apa panggil saya" pesan Faleeq, comforter ditarik ke tubuh Hanis. Dia melangkah keluar, pintu bilik ditutup dan menuruni tangga. Bingkai gambar yang sudah pecah di ruang tamu tadi dikutip semula. Gambar perkahwinannya ditenung lama.

"Saya mintak maaf, tapi saya masih sayangkan dia" gambar Hanis diusap perlahan, dia tahu dia salah namun hatinya masih berharap pada satu-satunya wanita yang dicintainya. Bingkai gambar yang sudah pecah itu dibuang manakala gambar perkahwinannya itu diambil.

⚜️⚜️⚜️

LENANYA TERJAGA, jam dinding yang menunjukkan pukul 7:45 malam itu dikerling, terpisat-pisat dia bangun kerana takut terlepas Maghrib. Namun walau sudah lewat, sempat lagi dia termenung di birai katil. Balutan luka di kakinya itu ditenung sebelum senyuman tipis terlayar di wajah, tiba-tiba.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now