R E D H A 🦋

1.2K 85 0
                                    

CHAPTER 8

⚜️⚜️⚜️

BERANDA di luar rumah itu menjadi tempat Faleeq menenangkan jiwa sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang lembut menyapa wajah. Sejak kejadian tempoh hari, dia memutuskan untuk pulang ke kampung. Tambah pula sedang cuti sekolah, keadaan sepertinya tahu bahawa dia perlukan ketenangan.

"Faleeq" sapaan Puan Mariana mengoyak senyuman tipis di wajahnya, gementar pun ada. Dia bagaikan tahu soalan apa yang bakal diajukan oleh ibunya itu, apa lagi kalau bukan pasal hubungannya dengan Adira.

"Ye bu" pandangannya tidak lepas dari memandang Puan Mariana yang melabuhkan punggung di kerusi hadapannya.

"Sejak kamu balik sini, ibu tengok banyak termenung je. Kamu ada masalah ke?"

Faleeq menggeleng perlahan, ye ke tak ada?

"Faleeq ada something nak cakap dengan ibu tapi Faleeq mintak sangat ibu faham dengan keadaan" dia perlu menceritakan hal sebenar sebelum ibunya itu buka cerita mengenai Adira.

"Apa dia? Kamu nak pindah mengajar sini ke?"

"Bukan bu, ni pasal Dira"

"Oh ye ibu hampir lupa pasal tu, rombongan meminang tu nak hantar bila? Ibu dengan ayah dah tak sabar nak sambut menantu ni, tinggal tunggu kamu dengan Dira beri tarikh je, ibu dengan ayah akan hantar rombongan"

Faleeq menghela nafas berat, dah agak dah.

"Ibu, Faleeq balik ni bukan saja-saja, tapi sebab nak terus-terang hubungan Faleeq dengan Dira"

"Anak ibu kenapa ni, hm?" Puan Mariana yang sepertinya dapat meneka ada sesuatu yang tidak kena.

"Faleeq dengan Dira dah putus bu, kami tak jadi kahwin" berat mulut ingin menerangkan hal sebenar, jauh di sudut hatinya hanya berharap agar ahli keluarganya tidak hampa dengan berita yang disampaikan.

Puan Mariana tersentak.

"Faleeq betul-betul mintak maaf, Faleeq tak ada niat nak hancurkan harapan ibu untuk menantukan Dira bu, dan bukan juga sebab Faleeq tak cintakan dia tapi sebab family dia dah ada pilihan untuk dia" Faleeq menunduk, dia juga tidak sanggup untuk mentafsir keadaan.

"Tak apa lah Faleeq, mungkin dia bukan jodoh kamu. Kita doa yang baik-baik je lah, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kamu" pujuk Puan Mariana, dia faham akan perasaan Faleeq waktu itu. Kalau dia sedih, apatah lagi Faleeq.

"Ibu tak marah?"

"Lah, kenapa ibu nak marah?"

"Faleeq tak dapat tunaikan hasrat ibu untuk menantukan Dira, Faleeq mintak maaf bu" suara Faleeq semakin mengendur, kesal.

"Ibu tak kisah sangat pun sebenarnya, tapi ye lah Dira tu baik budaknya, ibu cuma terkilan sikit. Apa-apa pun ibu faham, tak mudah kan untuk tolak permintaan family, mungkin dia terima pun bersebab"

Faleeq hanya mencebik, entahlah.

"Faleeq sayang dia bu, Faleeq tak pernah cintakan perempuan lain macam mana Faleeq cintakan dia. Kalau lah Faleeq bertindak lebih awal, benda tak kan jadi serumit ni kan bu?"

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now