P A N T A I 🌊

1.1K 87 12
                                    

C H A P T E R 17

⚜️⚜️⚜️

ANGIN PETANG semakin kuat menyapa wajah tatkala motosikal yang dibawa Faleeq semakin laju membelah jalan. Naufal juga tersengeh menikmati angin sehingga menampakkan gusinya.

"Senyum dia! Suka ye naik moto" ujar Hanis kepada Naufal, umbun-umbun Naufal dikucup.

"Dia memang suka jalan-jalan" sambung Faleeq, jelas kedengaran suara Naufal gelak di belakang telinganya, seronok betul.

"Ohh angin...Bisikan padanyaa, ku cintaa diaaaa, tak kan ada yang lain... Ku harap dirinya, dapat mendengarnyaa... Apa yang ku rasa tentang dirinyaaaa" Hanis menyanyi lagi, nyanyian yang ikhlas untuk Faleeq namun lelaki itu masih tidak dapat menangkapnya. Naufal juga turut mengomel, nyanyi sekali agaknya.

Faleeq hanya tersenyum, Hanis memang pandai melayan budak-budak. Kalau tidak, tak adanya Naufal serasi dengannya. Sebaik saja mereka tiba di pantai, moto diparkir. Betul kata Faleeq, boleh tahan ramai orang di pantai itu, kalau naik kereta memang tak ada parking.

"Naufal cayang, suka dia dengan Auntie Hanis ye" ujar Faleeq kepada Naufal, pipi gebu anak buahnya itu dielus lembut.

"Eh janganlah auntie, macam tua sangat je"

"Awak ni pun dah macam mommy dia, tak kan nak panggil kakak kot" ujar Faleeq, kepala digelengkan.

"Whatever it is, but my dear Naufal, jangan panggil auntie tau, panggil kakak"

Naufal mengangguk-angguk seolah faham.

"Good boy" kepala Naufal diusap oleh Hanis. Faleeq hanya tersenyum, mereka melangkah ke kawasan pesisiran pantai, angin yang menyapa wajah masing-masing membuatkan mereka nyaman.

"Dulu kan, kalau saya kena marah dengan ibu ayah saya, sini lah tempat saya merajuk" Faleeq memulakan perbualan.

"Lah ye ke, untunglah ada pantai dekat dengan rumah. Saya ni duk taman, kalau merajuk pun duduk dekat halaman rumah je lah" ujar Hanis, Faleeq tergelak kecil.

"Cikgu mesti selalu dating dengan scandal-scandal cikgu kat sini kan" ujar Hanis, wajah Faleeq dipandang.

"Ish awak ni, tak baik tuduh saya macam tu. Saya tak pernah ada scandal Hanis, pada saya kesetiaan pada pasangan tu penting. Kalau kita dah ada dia, tak perlu cari yang lain sebab apa yang ada dalam genggaman kita tu pun dah cukup sempurna" jawab Faleeq.

"Untungnya siapa yang dapat cikgu tu"

"Pada saya bercinta sekali, berkahwin pun biarlah sekali dengan orang yang kita cinta. Tak perlu ada yang kedua, tapi semuanya berubah. Saya terpaksa buka hati saya untuk orang kedua, tu pun kalau orang tu mampu untuk gantikan cinta pertama saya"

Hanis diam, ye memang saya tak mampu.

"Meh saya pulak dukung dia, kesian dekat Auntie Hanis dari tadi pegang dia" ujar Faleeq, tangan dihulurkan.

"Ha ikut Uncle Faleeq pulak"

"Eh dia tak panggil saya uncle, dia panggil saya Pakngah" tegur Faleeq, Naufal diambil.

"Oh ye? Kalau macam tu, Naufal kena panggil saya Makngah lah, sebab saya bakal adik ipar mama dia" selamba Hanis bertutur, kening Faleeq terjongket tatkala memahami maksud Hanis.

"Naufal, cakap dengan Auntie Hanis ni jangan perasan sangat please" ujar Faleeq kepada Naufal yang terkebil-kebil memandangnya.

"Naufal sayang, cakap dengan Pakngah awak ni, jangan jual mahal sangat. Nanti tak ada orang nak beli" ujar Hanis pula kepada Naufal.

"Naufal, cakap dekat Auntie Hanis ni ada je orang nak beli cuma Pakngah nak cari pembeli yang betul-betul pandai menghargai"

Hanis tersenyum sinis.

"Naufal, cakap dekat Pakngah awak ni ada je yang reti menghargai cuma dia je yang tak nak bagi peluang"

"Naufal, cakap dekat auntie Hanis-"

"Na-nak" tutur Naufal, tiba-tiba. Terkejut Hanis dan Faleeq dibuatnya, Naufal memang mengoceh tapi tidak tahu pula jika dia memahami keadaan.

"Ha see? Dia cakap nanak, nanak tu maksudnya tak nak kan sayang? Naufal tak nak Pakngah cakap dekat Makngah macam tu kan?" ujar Hanis, tangan kecil Naufal digenggam.

"Awak jangan nak pandai-pandai, budak macam Naufal ni memang mengoceh, ada je yang nak disebutnya"

Hanis tergelak kecil, Faleeq yang sedang mencangkung sambil bermain pasir pantai dengan Naufal itu ditenung, rambutnya yang ditiup angin itu sungguh menarik perhatian. Tambah pula gaya Faleeq melayan budak, siapa je yang tak tertarik.

"Saya masih tunggu cikgu" ujarnya perlahan, namun telinga Faleeq masih mampu menangkap setiap kata-katanya.

"Jangan bergurau Hanis" jawab Faleeq, dia fikir Hanis hanya mengusiknya. Tak mungkin Hanis masih menunggunya setelah penolakkan yang diberi beberapa tahun lepas.

"Saya tak pernah bergurau pasal perasaan saya" ujar Hanis lagi, dia melangkah sedikit ke hadapan, pandangan dilontarkan ke arah ombak pantai yang menderu.

"Walau selepas apa yang awak terima dari saya?" soal Faleeq, dia memandang Hanis yang berpeluk tubuh.

"Kenapa cikgu masih sayangkan kakak ipar saya?" soal Hanis semula, soalan berbalas soalan.

"Dia cinta pertama saya" jawab Faleeq, jujur.

"Walaupun cikgu tahu yang dia tak kan jadi milik cikgu sampai bila-bila pun?" Hanis menghadap semula kepada Faleeq yang masih mencangkung.

Faleeq mengangguk.

"Macam mana susahnya cikgu lupakan dia yang tak kan jadi milik cikgu, macam tu jugaklah susahnya saya nak lupakan cikgu walaupun selepas apa yang saya terima" jawab Hanis, matanya tepat menikam anak mata Faleeq.

"Awak betul sayangkan saya?"

"Perlu ke saya jawab soalan tu?" soal Hanis semula, bukannya Faleeq kisah pun pasal perasaannya.

"Saya perlu tahu"

Hanis tersenyum tipis, konon perlu sangatlah!

"Saya dah menyerah dalam soal cinta, cukuplah saya gagal dalam cinta pertama saya, saya tak nak sakitkan hati saya lagi kerana terlalu berharap pada manusia. Biarlah mama baba saya yang aturkan soal jodoh saya, apa pun pilihan diorang saya terima sebab hilangnya cikgu seolah-olah saya hilang segalanya. Puas saya cari, tapi sampai sekarang masih belum ada lagi lelaki yang sama macam cikgu. Cikgu ada sesuatu yang tak ada pada orang lain" ujar Hanis, segalanya diluahkan.

Faleeq diam, mata Hanis ditatap. Dia perlu membuat keputusan yang tepat, tidak boleh suka-suka hati pilih. Padanya, bercinta sekali dan berkahwin pun biarlah sekali. Namun, semuanya tidak berjalan dengan lancar tatkala cinta pertamanya putus di tengah jalan, dia perlu menerima Hanis yang ikhlas cintakannya.

"Minggu depan saya hantar rombongan meminang, kita ikat tali pertunangan sekali, hujung bulan ni kita nikah"

🥑🥑🥑

Bersambung ...

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now