J E A L O U S 🍂

2.4K 94 21
                                    

CHAPTER 36

⚜️⚜️⚜️

LANGKAHNYA terhenti seketika tatkala pintu dibuka oleh Faleeq yang baru pulang entah dari mana. Berkerut juga dahinya memandang beg hadiah di tangan Faleeq, pelbagai soalan muncul di fikiran namun diabaikan. Baru sahaja dia hendak melangkah ke tangga, tangannya ditarik.

Hanis menjongket kening.

"Nah, untuk awak" Faleeq tersenyum sejurus menghulurkan beg hadiah kepada Hanis.

"Apa ni?" soal Hanis pelik, beg hadiah itu dipandang sepi. Faleeq tersenyum tipis, tangan Hanis diraih sebelum beg hadiah itu disangkutkan ke tangan Hanis.

"Happy Belated Birthday Hanis Syazrina... Ini hadiah birthday awak, sorry lambat. Saya mintak maaf sebab saya tak dapat tunaikan impian awak untuk celebrated birthday dengan saya. Saya janji next year kita celebrate sama-sama, saya tak kan lupa lagi"

Hanis mencebik, janji-janji kau semua tak boleh pakai! Dia hanya diam, malas layan. Beg hadiah itu dibuka, keningnya bertaut melihat isi beg itu sebelum memandang Faleeq semula.

"Pakailah, saya belikan awak dress Abaya yang tengah viral tu"

"Siapa cakap saya suka Abaya?"

"Tak saya main beli je sebab baju ni kan tengah trend, awak suka pakai Abaya ke?"

"Ada saya cakap saya suka ke?" soal Hanis semula, lah putar belit.

"Oh, awak tak suka lah hadiah ni?"

"Well orang dah bagi, ambil je lah tapi saya tak minat sangat pakai Abaya ni. So, wardrobe saya je lah yang simpan benda ni. Anyway, thanks" ujar Hanis, sengaja sakitkan hati Faleeq. Telefon Hanis yang berada di atas meja itu berdering, laju tangan Hanis menjawab panggilan itu tanpa memandang nama pemanggil.

"Hello assalamualaikum"

Faleeq melangkah pergi, sempat matanya menjeling ke jari manis Hanis yang sudah tiada cincin. Sengaja Hanis tidak memakai cincin perkahwinan mereka, makin lama cincin tu di jari manisnya, makin sakit hati dibuatnya. Jadi biarlah jari jemarinya bebas, walau hatinya masih terkurung.

"Walaikumsalam, Hanis" jawab Idris di hujung talian.

"Oh Idris! Ada apa awak call saya ni?" soal Hanis, matanya mengerling sekilas ke arah Faleeq yang bermain telefon bimbit di sofa. Konon main phone! Padahal tengah pasang telinga.

"Awak macam mana? Getting better?"

"Alhamdulillah... Saya dah ok dah cuma kadang tu ada lah muntah-muntah sikit, effect ubat agaknya" jawab Hanis, semakin panas lah Faleeq dibuatnya. Laki lain tanya pasal wife dia, siapa tak ngamuk? But you deserved it man!

"Oh hm tak apa lah, saya doakan awak cepat sembuh. Happy happy macam dulu tau"

"Aamiin Ya Rab"

"Hanis, saya call awak ni sebab nak tanya. Abaya yang saya bagi awak tu, awak dah pakai? Suka tak?" soal Idris, dia mahu memberikan hadiah yang sama buat Adlina nanti jadi dia mahukan pendapat Hanis.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now