E N G A G E M E N T 👰🏻‍♀️

1.1K 76 2
                                    

CHAPTER 19

⚜️⚜️⚜️

SENYUMANNYA melebar tatkala memandang wajahnya selepas siap disolek oleh Mak Andam. Wajah asalnya saja sudah manis, apatah lagi ditambah solekan, potong kaki lah jawabnya! Pintu bilik dikuak dari luar, Puan Diana melangkah masuk, Hanis yang berdiri di hadapan cermin itu didekati.

"Cantik anak mama, pandai Kak Sally make-up kan Hanis" puji Puan Diana, bahu anak bongsunya itu dipegang.

"Sally punya make-up biasa-biasa je auntie sebab ni untuk tunang je kan, jadi soleknya pun light-light je tapi tu ha, wajah asal tuannya ni dah cantik dah. Tak bersolek pun cantik apatah lagi disolek, naik lah serinya. Nanti waktu kahwin, makeup-nya lagi kena heavy, entah macam bidadari agaknya" puji Mak Andam pula, dia tergelak kecil.

"Hihi! Jangan lah puji Hanis banyak-banyak macam tu, Hanis dah tahu" ujar Hanis, selamba.

"Ha mula dah dia" perli Puan Diana, Hanis tergelak.

"Ma, Delin-"

"Yow! Weh Hanis, lawa lah siak!!!" celah Adlina yang baru masuk ke dalam bilik itu, teruja dia memandang Hanis yang sudah siap berbaju kurung dengan solekan di wajah.

"Weh, aku baru nak tanya mama aku kau mana tau! Aku ingat kau tak datang do" ujar Hanis, dia berlaga pipi dengan Adlina.

"Hesy, aku dah sampai dari tadi lah cuma aku tolong mama kau kat dapur tu ha. Lagi pun, tak kan lah aku tak datang, kawan aku nak tunang dah ha!" ujar Adlina.

"Baba, mama, pihak lelaki dah sampai" ujar Adira sebaik saja dia diberitahu bahawa rombongan meminang buat adik iparnya itu tiba.

"Ok. Hanis, mama turun dulu ye. Nanti kalau mama panggil turun sarung cincin, turun tau!" pesan Puan Diana. Hanis mengangguk.

"Weh aku nervous weh!" luah Hanis, dadanya yang berombak itu diusap lembut bagi menghilangkan rasa gementar.

"Lek Nis baru tunang, moment ni lah yang kau lama tunggu kan? Finally, you're here" pujuk Adlina, bahu rakannya itu dipeluk. Hanis tersenyum tipis, bersyukur ada member berguna.

Setelah ahli keluarga Encik Hadi dan Encik Hairi bersalaman, mereka dijemput masuk. Begitu juga Faleeq, tersentak dia dibuatnya tatkala wajah bekas kekasih mula menyapa. Nafas diatur perlahan, Encik Hadi menepuk bahunya dua kali sebagai tanda amaran, jangan nak buat hal, tu bini orang!

Adlina mengendap dari atas tangga.

"Weh, kau tak takut ke kalau orang tua tu tertarik balik dengan ex dia?" soal Adlina, sekadar ingin tahu pandangan Hanis.

Hanis mencebik, bahu diangkat.

"Memang lepas ni pun diorang akan selalu jumpa what, dia akan jadi sebahagian keluarga aku jugak"

"Hanis, aku bukan nak takutkan kau tau tapi kau tak rasa ke hubungan kau dengan dia akan menyatukan diorang semula?" soal Adlina lagi, dia pula yang takut, risau jika Faleeq ada agenda tersendiri.

"Apa yang aku boleh buat Delin, aku sayangkan dia dan tiba-tiba dia terima aku, kalau kau pun kau akan rebut peluang tu. Tentang kakak ipar aku tu, biarlah dia. Kalau diorang tahu hukum, diorang akan jaga batas masing-masing" ujar Hanis, dia sentiasa pasrah dengan keadaan.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now