R A G U T 👜

1.1K 79 4
                                    

CHAPTER 12

⚜️⚜️⚜️

2 tahun kemudian ...

LANGKAH DIATUR ke arah keretanya, baru sahaja tangannya ingin menarik pemegang pintu kereta, matanya memandang dua orang lelaki yang menaiki moto ke arah seorang wanita yang berumur separuh abad itu. Gaya lelaki itu sangat mencurigakan seperti mahu meragut, pantas dia berlari ke arah wanita tua itu.

"Makcik, peragut!!!" jerit Hanis, sejurus menarik tangan Puan Mariana ke arahnya. Dua orang lelaki yang hendak meragut itu terus memecut laju motosikal yang dinaiki memandangkan semua orang di situ memandang ke arah mereka.

"Makcik, makcik ok ke? Ada cedera apa-apa?" soal Hanis, cemas dengan keadaan.

"Alhamdulillah, makcik tak apa-apa. Terima kasih banyak sebab tolong makcik, kalau tak tak tahu lah apa jadi" tercungap-cungap Puan Mariana mengambil nafas, terkejut dia dibuatnya.

"Allahurabbi. Hati-hati makcik, kat sini bahaya sikit. Makcik nak ke mana sebenarnya, biar saya hantarkan"

"Makcik tunggu anak makcik pergi ambil kereta, dia parking kereta jauh tadi sebab parking sini penuh" jelas Puan Mariana.

"Lah, tak apa lah kalau macam tu Hanis teman makcik tunggu sampai anak makcik datang"

"Hanis nama kamu? Cantik nama, secantik tuannya" puji Puan Mariana, Hanis hanya tersenyum.

"Terima kasih makcik, makcik pun apa kurangnya" puji Hanis semula. Puan Mariana tersenyum, pandai ambil hati.

"Hanis umur berapa?"

"Hanis baru 20 makcik, muda lagi kan? Hehe"

"Ye betul, muda sangat tu. Nanti senang-senang, datanglah rumah makcik"

"In Sya Allah, kalau tak ada hal saya datang. Rumah makcik dekat mana?"

"Kampung Bukit Bentara tu, tahu tak?" soal Puan Mariana, rumahnya agak jauh dari situ, jadi mungkin Hanis tak tahu.

"Bukit Bentara?" Hanis berfikir seketika, macam pernah dengar.

"Oh lepas bangunan lama tu ke?"

"Ye betul, rumah makcik belah dalam sikit je" terang Puan Mariana lagi.

"Oh, jauhnya makcik sampai sini" pelik Hanis dibuatnya.

"Tak, makcik pergi rumah anak makcik dekat taman dalam ni, dah lama tak jenguk dia" terang Puan Mariana, Hanis mengangguk faham.

"Hanis duduk mana?"

"Hanis duduk jauh sikit dari sini, Taman Pura Kencana"

"Lah, jauh jugak dari sini"

"Haah, saja je jalan pusing-pusing bandar, rasa haus tadi berhenti dekat Family Mart sini sekejap" jawab Hanis, Puan Mariana mengangguk.

"Ni nombor makcik, kalau nak datang bagitahu tau" sekeling kertas yang sudah tertulis nombor telefon dihulur kepada Hanis.

"Baik makcik"

Pon!

Bunyi hon menyapa mereka berdua.

"Ha sampai pun, Hanis makcik balik dulu ye. Jangan tak datang tau, makcik tunggu" pesan Puan Mariana sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta.

Hanis hanya mengangguk dengan senyuman, lambaian kecil diberi buat Puan Mariana dan anak perempuannya yang datang menjemput. Sebaik saja kereta itu meluncur laju, dia berkerut dahi. Wajah anak Puan Mariana seakan-akan dia pernah jumpa, cuma dia tak ingat dekat mana.

"Macam pernah nampak, tapi kat mana ea?" gumam Hanis sendirian. Adlina yang baru keluar dari Family Mart itu melangkah ke arahnya.

"Weh, dah jom. Nah, oden dengan boba kau" semangkuk oden dan secawan Boba Milk Tea dihulur kepada Hanis.

"Kau tahu tak apa jadi tadi?"

"Tak, asal? Ada benda best jadi ke kat sini?" soal Adlina semua, dia juga blur.

Hanis menggeleng kepala, dah agak dah Adlina tak tahu apa-apa, gaya selamba dia keluar dari Family Mart tu pun dah tahu. Pintu dibuka sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta, Adlina pula terpinga-pinga, dia masuk ke dalam kereta.

"Weh asal? Apa jadi"

"Ada makcik tadi nak kena ragut, aku tarik tangan dia. Nasib baik selamat, kalau tak dah hilang dah beg dia" enjin kereta dihidupkan, tali pinggang keledar dipakai.

"Ya Allah serious ar?"

"Ye lah, tak kan aku nak bohong"

"Uish, so kau penyelamat lah ni?" soal Adlina, air milo disedut.

"Haha, penyelamat tak penyelamat lah. Kalau Allah tak gerakkan hati aku untuk keluar dulu tadi, mesti makcik tu dah kena ragut dah" ujar Hanis, sejurus menekan pedal minyak.

"Tu lah kan, kalau kau tunggu oden kita siap tadi hm, entah apa jadi dekat makcik tu"

Hanis mencebik, kepala diangguk.

"Tapi aku rasa macam aku pernah jumpa anak makcik tu sebelum ni, cuma aku tak ingat dekat mana" ujar Hanis, dia yakin dia pernah jumpa anak Puan Mariana cuma akalnya tidak dapat mengingati tempat dan masa mereka berjumpa.

"Aku ada baca satu artikel ni tau, waktu kita baby dalam perut means sebelum kita dilahirkan lah, kita akan diperlihatkan dengan perjalanan hidup kita tau. So that's why kadang kita rasa macam kita pernah nampak orang tu, hakikatnya kita nampak dia waktu kita dalam perut dulu. In reality kita tak pernah nampak pun orang tu" ujar Adlina, fishcake di dalam kuah Oden itu disuap ke dalam mulut.

"Ye ke?"

Adlina mengangguk, air milo disedut lagi.

"Oh, tak apa lah kalau macam tu. Weh, makcik tu invited aku pergi rumah dia. Kalau aku rasa aku nak pergi sana, kau teman aku heh" ajak Hanis, tak berani dia masuk tempat orang sorang diri.

"Alright! Rumah makcik tu dekat mana?"

"Kampung Bukit Bentara, kau tahu?" soal Hanis, dia juga tak berapa ingat jalan ke kampung itu.

"Tahu, rumah Paksu aku dekat area situ"

"Ha baguslah, aku pun tak berapa ingat jalan ke situ"

"No problem"

Hanis mengangguk dengan senyuman. Suara di radio dikuatkan tatkala lagu kegemarannya dimainkan di radio, semakin melebar dia tersenyum.

"Kuuu merindukanmu, masih merindukanmu. Meski kini telah jauh, hati ku tetap untukmu...Ku rindu perhatianmu, ketulusan dalam hatimu, meski jarak memisahkan, hatikuu tetap untukmuuu!!!" suara nyaring Hanis mula menyapa halwa telinga Adlina, redha je lah dapat member suka memekak.

🥑🥑🥑

Bersambung ...

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now