S I P U T 🌚

1.3K 92 14
                                    

CHAPTER 26

⚜️⚜️⚜️

LANGKAHNYA laju menuruni tangga sebaik saja kereta sang suami mula kedengaran, Hanis nak merajuk lama-lama? Hm, lambet lagi! Faleeq yang keluar dari kereta itu dipandang dengan senyuman, dari jauh lagi tangannya sudah dihulurkan untuk bersalaman.

"Assalamualaikum" ujar Faleeq, dia melangkah ke arah Hanis yang berdiri hadapan pintu.

"Buah hati saya balik, yeay! Yeay!" jerit Hanis, tangan Faleeq disalam sebelum dahinya berkerut memandang plastik di tangan Faleeq.

"Apa ni? Cikgu bawak balik lumpur ke?" soal Hanis pelik, plastik lutsinar yang dipenuhi lumpur itu ditenung.

"Awak ingat saya gila ke bawak balik lumpur"

"Tak ada lah habis tu plastik ni? Ni yang merah-merah ni apa ni? Kenapa gerak-gerak? Apa benda dalam ni? Cikgu ni pelik-pelik lah bawak balik benda pun" ujar Hanis, bertubi-tubi soalan dilontarkan.

"Hanis Syazrina, ini nama dia siput. Siput sedut, faham?" terang Faleeq, plastik itu diangkat.

"Lah, cakap lah siput! Mana cikgu dapat? Cikgu ni pergi mengajar kat sekolah ke kat paya bakau?" soal Hanis, lebih kepada memerli sebenarnya, apa kejadah pergi mengajar kat sekolah bawak balik siput.

"Tak tadi waktu saya balik ada janda ajak saya pergi kutip siput, saya on je lah. Uih janda tu, tak kan tak nak join" jawab Faleeq selamba, tali leher dilonggarkan.

"Eleh, setakat dating dengan janda sambil cari siput. Huh, lambet lagi saya nak jelous! Dengan janda je pun, ada apa sangatlah"

"Eh awak apa tahu, janda tu lagi hot dari anak dara macam awak ni tau!" ujar Faleeq, sengaja hendak membakar Hanis.

"Ye ke? Cuba cikgu fikir dulu sebelum bercakap, janda ke bini orang yang lagi hot?" perli Hanis, kening dijongket dengan senyuman mengejek. Siapa lagi kalau bukan Adira, ahah!

"Awak ni memang ada je bahan nak cari gaduh kan? Patutlah angah awak tu geram dengan perangai awak, ada je topik nak berdebat" ujar Faleeq, lengan kemeja dilipat ke siku.

Hanis ketawa mengekek, koyak to you too! Nak cari gaduh dengan Hanis, memang bungkus awal lah!

"Dah lah ambil ni, awak reti masak siput tak?" soal Faleeq, plastik siput dihulur.

"Eh, tengok oranglah! Saya dah belajar masak dari dulu lagi tau, saya ingat habis je SPM cikgu masuk meminang, tu yang saya dah belajar semua kerja rumah tapi hm. Hauk!" ujar Hanis, plastik siput bertukar tangan. Faleeq menggeleng, tak habis-habis kahwin muda dia tu.

"Dah awak gi masak, saya nak mandi. Ada apa-apa panggil saya tau, tak tahu tanya saya, jangan ikut kepala otak awak je" pesan Faleeq, Hanis ni bukan boleh percaya sangat.

"Tahu lah!" ujar Hanis, jelingan dilemparkan. Namun, belakang badan Faleeq yang hendak melangkah ke tangga itu menarik perhatiannya.

"Cikgu!"

Faleeq menoleh, kening dijongket.

"Sekejap!" Hanis melangkah ke arah Faleeq, seluar Faleeq yang agak ketat ditenung, geram betul lah.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now