C E R A M A H 🕌

1.6K 95 2
                                    

CHAPTER 29

⚜️⚜️⚜️

AHLI KELUARGA Encik Hairi menunaikan solat Subuh di masjid, kuliah Subuh yang disampaikan oleh imam itu sungguh menarik perhatian Faleeq. Tepat pada sasaran, kuliah itu berkenaan dengan hal-hal perkahwinan, termenung juga dia mendengarnya.

"Perkahwinan yang dibina bukan semata-mata memuaskan nafsu... Akan tetapi ia merupakan sahutan terhadap perintah Allah SWT" ujar Ustaz Abdul kepada semua jemaah di masjid itu.

"Bahkan Allah SWT telah memperingatkan di dalam Al-Quran berkenaan satu-satunya tujuan perkahwinan itu dibina. Firman Allah SWT :

وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً

Maksudnya, dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Maka dari itu, haram hukumnya jika laki-laki bernikah dengan seorang wanita tanpa rasa cinta atau lebih tepat lagi bernikah dengan niat untuk menzalimi atau melakukan perkara yang memudharatkan pasangan"

Faleeq tertampar dengan kata-kata itu, tujuannya bernikah dengan Hanis bukan kerana cinta sama sekali. Persetujuannya untuk bernikah dengan Hanis hanya lah untuk membahagiakan hati semua pihak terutama sekali kedua ibu bapanya. Akhirnya, perkara itu memudharatkan Hanis dan dirinya juga.

Dia menoleh ke belakang, Hanis yang sudah tertidur di bahu Puan Diana dipandang sayu sebelum tersenyum tipis, orang dengar ceramah dia boleh tidur. Pandangannya beralih kepada Adira di sebelah Hanis pula, serta-merta wanita itu tersenyum, dia juga membalas dengan senyuman sebelum menoleh ke hadapan kembali.

"Wallahi, jika kamu melihat segala apa yang menarik perhatianmu terhadap wanita yang bukan mahram, pulanglah kepada isterimu kerana sesunguhnya isterimu itu mempunyai segala hal yang mampu menarik perhatianmu, malah lebih sempurna adanya. Perlu diingat biarlah perkahwinan yang dibina itu berlandaskan taqwa, bukan untuk menzalimi atau menyakiti orang lain. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua. Wallahu'alam"

Faleeq menghela nafas, memang setepek kuliah pagi ni kena kat muka dia. Ahli jemaah di masjid itu saling bersalaman sebelum masing-masing pulang, Faleeq mendekati Hanis yang sedang menguap sambil memakai selipar.

"Huwargh!! Cik-"

"Shhh" tegur Faleeq, selamba dia je nak panggil cikgu depan orang, Hanis tersengeh.

"Abang" lengan Faleeq dipeluk erat, sejuknya tidur dalam masjid tadi, kali ni dapat bantal peluk sado pulak.

"Ha tengok lah tu, orang dengar ceramah dia boleh tidur" tegur Puan Diana, semua tergelak.

"Teruk betul perangai, kesian husband kau ada wife perangai macam ni. Eh kalau si Faleeq ni tinggal kau pun angah tak pelik lah" celah Harith, Hanis yang mendengar suara angahnya itu terus segar mata nak berdebat.

"Tidur je pun, bukannya Hanis pergi tampar muka pak imam tu! And plus, kalau Abang Faleeq ni nak tinggal Hanis pun, Hanis tak kisah lah! Hanis boleh pergi isi borang jadi bini Ozcan Deniz, tua tua pun handsome" jawab Hanis, selamba. Faleeq pula sudah senget muka isterinya, suka suka dia je.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now