R E J E C T ⚠️

1.2K 91 8
                                    

CHAPTER 6

⚜️⚜️⚜️

AHLI KELUARGA Encik Hairi dan Encik Azman masih berbual sebaik saja urusan pinang-meminang selesai. Bukan itu sahaja, mereka juga telah mengikat tali pertunangan antara Haydar dan bakal isterinya. Hanis pula sempat berangan, kalau lah Faleeq Irham masuk meminangnya. Tak fikir panjang dah, terus terima.

"Woi, kau jumpa cikgu kau pukul berapa?" tegur Harith, tiba-tiba pulak dia boleh teringat temu janji Hanis.

"Eh ya Allah ngah, aku lupa do!" ujar Hanis, terus dia bergerak ke arah Puan Diana di sebelah Encik Hairi.

"Baba mama, Hanis dengan angah gerak dulu tau. Hanis dah lambat nak jumpa cikgu Hanis" ujar Hanis perlahan, Harith juga sudah berdiri di belakangnya. Tak sabar sangat nak hantar Hanis, hakikatnya dia malas mahu berlama di situ.

"Ha ye lah, baik-baik. Jangan balik lewat sangat, nanti dah siap call angah tak pun suruh angah tunggu kat situ je" pesan Encik Hairi. Hanis mengangguk, Harith pula melongo, macam aku driver dia erk?

"Makcik, Hanis dengan angah mintak diri dulu ye, Hanis ada hal sikit" pamit Hanis kepada bakal mertua Haydar, tangan Puan Azizah disalam.

"Ye tak apa, makcik faham. Jaga diri baik-baik"

Hanis mengangguk.

"Kirim salam Kak Fathia ye makcik, Hanis pergi dulu. Assalamualaikum, bye mama baba" ujar Hanis sebelum melangkah pergi, Harith membuntutinya hingga mereka meloloskan diri ke dalam kereta.

"Kau tahu tak Nis, angah rasa ada something yang tak kena lah dengan Fathia tu" Harith memulakan perbualan sebaik saja kereta yang dipandunya laju membelah jalan.

"Something apa ngah? Hanis tengok dia ok je. One more thing, call her Kak Fathia. No matter what, dia tu bakal kakak ipar kita tau" tegur Hanis, lipstick yang sudah pudar di-touch up . Nak jumpa buah hati, kena lah bagi meletop sikit!

"Apa-apa je lah! Tadi pun dia keluar sekejap je kan? Lepas tu dia masuk bilik, muka dia pun muram je. Fix, no debat! Dia kahwin sebab aturan keluarga, nasib dia sama macam along" tebak Harith, bagai mengetahui keadaan yang sebenarnya berlaku.

"Eh amboi-amboi, pandai-pandai je. Eh kalau tekaan angah tu salah, jatuh fitnah tau! Lagi pun, angah tak tahu adab ke? Memang macam tu lah, kalau ada orang pinang kita duduk bilik je lah. Keluar bila dipanggil sahaja, itu pun tak tahu. Dari angah sibuk buat speculation sendiri pasal Kak Thia tu, might be better if angah fikir diri angah tu! Ha, jangan sampai nasib angah sama macam Kak Thia tu ahah!" ejek Hanis, awning tudungnya ditiup-tiup agar terletak elok.

"Hesy, diam lah! Aku kena siasat benda ni, bohonglah perempuan secantik Kak Fathia tu belum berpunya" ujar Harith, Hanis hanya menggeleng kepala. Lantak kau lah!

"Ha ni, cikgu tu jumpa kau dekat mana?"

"Starbucks bandar" ujar Hanis, Harith mengangguk faham. Sebaik saja mereka sampai, tepat-tepat Harith menghentikan kereta di sebelah kereta milik Faleeq. Hanis menoleh, fuh!

"Ni kereta dia, cantik en?" ujar Hanis, Harith menoleh juga.

"Civic type R, biasa je. Bezza aku lagi cantik" gumam Harith, Hanis menjeling.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now