I G N O R E 💩

1.7K 95 6
                                    

CHAPTER 31

⚜️⚜️⚜️

KERETA DIPANDU meninggalkan kawasan klinik itu, senyuman di wajahnya juga tidak hilang dari tadi. Tubuhnya berasa tidak enak sejak dua menjak ini, jadi dia membuat keputusan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun, seketika kemudian senyumannya perlahan-lahan pudar sebaik saja matanya menangkap dua orang makhluk di sebuah kedai makan.

Dahinya berkerut.

"Cikgu..." gumamnya sendirian. Faleeq yang sedang bergelak tawa dengan Adira itu dipandang, sedih? Semestinya. Bermacam-macam perkara bermain di mindanya.

"Jantan tak guna" maki Hanis, kereta dipandu selaju-lajunya pulang ke rumah. Dadanya berombak menahan amarah manakala pipinga pula sudah banjir dengan airmata yang laju mengalir. Telefonnya berdering, dia menoleh. Airmata diseka, nafas dihela sebelum panggilan itu dijawab.

"Hello"

"Hello Hanis! Esok kau tak kerja kan? Ha dalam kul 10 macam tu kita keluar eh, aku ambil kau" ujar Adlina, rancangannya bersama Idris mesti menjadi.

"Kenapa?" soal Hanis semula, pelik tiba-tiba Adlina nak jadi driver tak berbayar pulak. Baru niat nak rehat kat rumah esok.

"Alah tak payah tanya, esok aku ada plan baik untuk kau"

"Ha baiklah"

"Ok esok tauu, pukul 10"

"Ok" panggilan dimatikan. Boleh juga menjadi pengubat jiwa, ada suami pun menyakitkan hati.

Sebaik saja dia tiba di rumah, langkah diatur ke bilik. Setelah membersihkan diri, dia turun ke dapur lagi untuk menyediakan makan untuk suaminya. Sakit hati tu tolak tepi, tanggungjawab tetap tanggungjawab.

"Ikutkan hati, aku letak racun biar bagi mampus! Tapi nanti aku pulak yang sedih hilang dia" gumam Hanis sendirian, bahan-bahan tumis yang telah disediakan semalam dikeluarkan dari peti sejuk sebelum dia mula memasak.

"Assalamualaikum" suara Faleeq yang baru pulang itu menyapa halwa telinganya, nafas diatur perlahan, calm down Hanis.

"Awak baru balik ke?" soal Faleeq, beg laptopnya diletakkan di atas meja.

"Dah dari tadi" jawab Hanis senada, api dapur dimatikan sebaik saja udang sambalnya dan sayur goreng siap dimasak. Faleeq hanya mengangguk.

"Cikgu pergi mana?" soal Hanis lembut, dia berpusing menghadap Faleeq. Masih mampu mengawal kemarahan, kepalanya pening saat itu, tak mampu nak berdebat.

"Hanis, awak tak sihat ke? Muka awak pucat ni" ujar Faleeq, risau. Hanis pula hanya tersenyum tipis, aku dah agak dah kau tukar topik. Tak nak jawab soalan aku kan? Tak apa, kita bagi lagi satu chance.

"Saya ok. Cikgu, ingat tak esok hari apa?" soal Hanis, last chance ar ni, kalau tak dapat jawab jugak memang lantak kau lah nak buat apa! Aku merajuk setahun! Getus hati Hanis sendiran. Faleeq berfikir seketika, tali leher dilonggarkan.

"Hari apa?" soalnya pelik, lengan kemejanya dilipat.

"Memang tak ingat?"

Faleeq menggeleng, blur.

"Special sangat ke hari esok? Cuba awak bagitahu ada apa" soal Faleeq lagi, dia mendekati Hanis.

"Tak apa lah, tak penting pun. Saya dah siap masak, cikgu makan lah. Saya tak sedap badan, nak rest" ujar Hanis, masih berlembut dikala hatinya berkecai.

"Awak tak sihat ke Hanis? Kita pergi klinik nak" soal Faleeq, semakin risau.

"Tak apa, saya dah makan ubat" ujar Hanis, tak perlu lah dia beritahu apa yang berlaku di klinik tadi.

"Awak ok tak ni?"

"Saya ok, cikgu makan lah. Saya nak solat" langkah diatur menaiki tangga, airmatanya sudah berlumba-lumba menuruni pipi namun ditahan.

"Ada apa-apa panggil saya tau" pesan Faleeq, tiada jawapan dari Hanis sebaik saja gadis itu masuk ke bilik.

Hanis menangis sepuas-puasnya, dia berpeluk tubuh. Tidak pernah dia menangis sebegitu teruk, teresak-esak sehingga sesak nafas dia dibuatnya. Sakit hati tentang hal tadi satu, boleh pulak suami sendiri lupa hari kejadiannya.

Ikutkan hati mahu saja dia bertekak dengan Faleeq tentang hal tadi, namun kepalanya terasa sangat berat, tak mampu nak berdebat. Jadi biarlah masa yang menghapuskan segalanya, dia juga sudah letih untuk membahaskan isu yang sama.

"Nampak sangat saya tak penting" gumamnya sendirian, tandas dituju untuk menunaikan solat Isyak. Sebaik saja selesai, tangan diangkat memohon doa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku tidak tahu apa perancangan-Mu untukku ya Allah. Namun padaMu saja tempatku memohon pertolongan, jika benar jodoh kami masih panjang, kau permudahkan lah segala urusan. Namun jika segala berlaku disebaliknya, ajarkan aku untuk redha dengan ketentuanMu. Sesungguhnya, aku terima apa saja yang terbaik untukku. Aamiin"

Faleeq diluar bilik terdiam, dahinya berkerut mendengar doa Hanis. Tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran Hanis saat itu sehingga isterinya berkelakuan pelik sedangkan pagi tadi semuanya baik-baik saja.

"Hanis" panggilnya sebaik saja pintu bilik dibuka, wajah Hanis yang basah dengan airmata itu dipandang, berdebar jantungnya.

"Hanis, awak ok tak ni?" soal Faleeq. Hanis menggeleng perlahan, tak payah tanya lah! Meluat tahu tak.

"Saya cuma pening kepala, saya nak tidur" jawab Hanis, tilam empuk menjadi tempatnya baring membelakangkan Faleeq.

"Hm ye lah kalau macam tu, awak rest. Kalau ada apa-apa yang awak nak share dengan saya, cakap je. Jangan simpan sorang" pesan Faleeq, comforter ditarik menutupi tubuh Hanis, dahi isterinya itu dikucup lembut. Hanis pula diam, mata yang tertutup tadi celik semula sebaik saja Faleeq keluar dari bilik.

"Saya takut kalau saya yang tawar hati, semuanya takkan kembali kepada asal. Jangan sia-siakan cinta saya selagi saya masih berharap" ujarnya sendirian, dengan harapan dia mampu meluahkan segalanya kepada Faleeq.

Namun dia cuba menjadi matang, tak semua benda perlu diakhiri dengan pergaduhan. Jadi biarlah perkara itu dilupakan saja, tak penting. Buat sekian kali, airmatanya gugur. Ternyata, dugaannya selepas berkahwin lebih mencabar.

🥑🥑🥑

Bersambung...

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now