R E C E P T I O N 💃🏼

1.3K 82 21
                                    

CHAPTER 10

⚜️⚜️⚜️

BERAT LANGKAHNYA untuk menghadiri majlis perkahwinan itu, semua perasaan yang muncul di dalam lubuk hatinya bercampur aduk. Nafas ditarik dan dihembus perlahan, pintu kereta dibuka. Langkah diatur masuk ke dalam dewan yang dipenuhi tetamu itu. Matanya mengerling ke arah papan tanda kaca di hadapannya.

Welcome to wedding ;
Haydar Syazrin Fathia Adira

Nafas berat dihembus, sabar Faleeq. Tanpa melengahkan masa, dia terus melangkah ke arah pelamin yang terletak di atas pentas dewan itu. Wajahnya hanya dihiasi senyuman palsu, tiada daya untuk berkata saat itu. Sesuatu yang tidak dia bayangkan, berlaku dalam masa yang singkat.

Jelas riak wajah Adira terkejut dengan kehadiran Faleeq, dia sangka Faleeq tak kan munculkan diri di majlisnya, namun tidak, lelaki itu tetap tabah menunaikan janjinya. Senyuman tipis dihadiahkan tatkala Faleeq mula mendekati.

"S-saya ingat awak tak datang" gagap Adira berbicara, wajah Faleeq ditatap, dia tahu lelaki itu terluka dengan keputusannya.

Faleeq hanya tersenyum tanpa membalas, wajah Haydar di sebelah Adira pula menjadi tatapan. Tangan dihulur untuk bersalaman, walau dia tidak pernah mengenali lelaki itu, tak menjadi kesalahan kalau mereka bermesra.

"Tahniah"

"Thanks" ujar Haydar, dia juga tidak kenal lelaki di hadapannya ini.

"Awak ni Faleeq, dia kawan rapat saya masa dekat Uni dulu" Adira memperkenalkan Faleeq kepada Haydar. Suaminya itu mengangguk faham.

"Selamat pengantin baru for you guys, semoga bahagia ke anak cucu" ujar Faleeq dengan senyuman, palsu!

"Thanks bro, datang sorang je ke?"

"Haah datang sorang" jawab Faleeq, agak kekok.

"Faleeq, awak dah makan belum? Kalau belum, makan lah. Lauk-lauk semua sedap tau, rugi tak cuba" ujar Adira, cuba menghilangkan rasa janggal antara mereka.

"Eh tak apa lah, saya nak cepat ni, ada hal sikit" Faleeq memberi alasan.

Adira hanya mengangguk faham, dia tahu Faleeq tak selesa jadi dia pun tidak memaksa. Hubungan mereka pun dah tak macam dulu, agak kekok untuk berbual. Setelah Faleeq dan Haydar bersalaman, Faleeq melangkah menuruni tangga dan terus keluar dari dewan itu.

Dia ingin cepat pulang, makin lama duduk di situ, makin sayu hati dibuatnya. Alarm kereta ditekan, pintu kereta dibuka, baru sahaja dia ingin meloloskan diri ke dalam kereta, telinganya menangkap satu suara.

"Cikgu Faleeq!!!"

Faleeq berkerut dahi, dia menoleh. Kerutan di dahinya semakin ketara tatkala memandang gadis yang tidak asing baginya mula mendekati. Pelik dia dibuatnya, macam mana Hanis boleh ada di majlis Adira?

"Cikgu!!" panggil Hanis, dia cuba mengatur nafas.

"Hanis? Awak buat apa dekat sini?" soal Faleeq pelik, pintu kereta ditutup semula.

"Sepatutnya saya yang tanya, cikgu buat apa dekat sini?" soal Hanis semula, walau dia tahu jawapannya, sengaja dia menyoal.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now