D U E D A T E 📆

1.8K 82 5
                                    

CHAPTER 40

⚜️⚜️⚜️

DENGAN PERUT yang memboyot, Hanis melangkah ke arah Faleeq yang sedang termenung di halaman rumah Encik Hairi. Faleeq menyuruh Hanis tinggal bersama kedua ibu bapanya agar Puan Diana boleh memantau Hanis memandangkan kandungannya sudah semakin sarat.

"Ya Allah yang, kenapa keluar? Duk bilik je lah, kalau apa-apa panggil abang je lah dari balknoni tu" ujar Faleeq, Hanis dipimpin ke arah kerusi batu di situ.

"Bosan lah duduk dalam bilik tu, tak tahu nak buat apa. Abang, tadi saya nampak mama blend apa benda tah. Saya rasa kejap lagi mama mesti datang bagi jus busuk tu lagi! Macam biasa lah, abang tolong saya habiskan ea?" kata Hanis, lengan Faleeq dipeluk dengan senyuman.

"Ish! Abang tak nak terlibat lah, kalau mama tahu yang awak tak minum jus tu confirm dia marah. Jangan buat hal" jawab Faleeq, kerusi di hadapan Hanis menjadi tempat duduknya.

"Ala abang, tolonglah! Tekak saya tak boleh telan lah jus tu, entah apa entah dalam tu. Abang tak kesian ke anak-anak kita minum jus pahit tu?" pujuk Hanis lagi, jus Puan Diana pula dikutuknya.

"Ehem! Ha kenapa tu?" tegur Puan Diana, dulang yang berisi kopi buat mereka minum petang dan secawan air yang berisi jus herba buat Hanis itu ditatang.

"Hanis ni ma, dia kata jus tu-" kata-kata Faleeq terhenti sebaik saja Hanis menutup mulutnya. Hanis tersengeh, laki aku ni mulut tak boleh pakai betul.

"Hanis, jangan macam-macam ye. Nah minum jus peria katak ni, mama blend kan dengan epal hijau sekali" segelas jus itu dihulur pada anak bongsunya itu.

Hanis senyum terpaksa, aku dah kata dah.

"Ma khasiat jus yang ni apa pulak ma?" soal Hanis, sengaja melewat-lewatkan masa.

"Khasiat dia untuk tambah susu, nanti Hanis nak menyusukan si kembar Tokma ni, perlukan banyak susu" perut Hanis diusap, Faleeq hanya tersenyum walau dalam hatinya sudah mentertawakan Hanis.

"Lagi pulak, jus peria katak ni tingkatkan imun sistem badan supaya Hanis tak sakit-sakit lepas bersalin nanti" terang Puan Diana, Hanis hanya menayangkan gigi seolah-olah senyum namun dahinya sudah berkerut. Bau je dah hauk, lagi rasa!

"Urm mama ada letak gula ke pemanis apa-apa ke?" soal Hanis lagi, peria katak tu pahit woi kalau tak letak gula entah macam mana rasa.

"Eh letak gula hilang lah khasiat dia! Jus peria katak ni untuk turunkan gula dalam darah, kalau letak gula ye sama je lah"

Hanis menelan air liur, rip. Wajah suaminya dipandang dengan harapan Faleeq mampu memberi jalan penyelesaian agar dia dapat mengelak. Namun Faleeq hanya menjuihkan bibir, entah tak campur.

"Maa Hanis tak nak lah ma, semalam kan mama dah bagi Hanis minum jus pegaga tak kan lah hari ni jus peria katak ni pulak" ujar Hanis, cuba nasib.

"No excuses! Mama nak Hanis minum juga, Jus-jus herba yang mama bagi dekat Hanis ni semua turun-temurun daripada nenek moyang Hanis. Dulu waktu mama mengandungkan Hanis pun mama kena hadap benda ni juga, alhamdulillah semuanya baik. Minum lah, Hanis tak sayang kesihatan Hanis dengan twin ni ke?" pujuk Puan Diana lembut, Hanis ni kena slow talk kalau tak memang mantul je kerja dia.

"Ok lah ok lah, Hanis minum" ujar Hanis, Puan Diana dan Faleeq saling berpandangan sebelum masing-masing tersenyum kemenangan. Dengan perasaan yang tidak rela, Hanis menelan jus itu selaju mungkin. Tidak lupa juga tangannya untuk menutup hidung bagi mengurangkan bau busuk yang datang dari jus itu.

"Haa habis pun, congrats sayang" ujar Faleeq, kepala Hanis diusap.

"Ma, angah mana ma? Tak nampak batang hidung pun" soal Hanis, dah lama tak gaduh.

"Angah kamu tu sekarang mana lekat kat rumah, lagi-lagi majlis kahwin dia lagi berapa bulan je. Buzy lah dia cari duit" jawab Puan Diana, Hanis mengangguk.

"Dah lah, mama nak masuk sekejap. Ada kerja sikit" pamit Puan Diana lalu berkira untuk bangun namun ditahan Hanis.

"Nak Hanis tolong tak?"

"Hanis nak tolong mama? Tak payah! Terberanak kat situ siapa nak jawab? Dah lah kamu tu tinggal tunggu hari je, jangan duduk lama sangat dekat luar ni. Orang mengandung cukup bulan tak elok duduk lama-lama kat luar, faham?" pesan Puan Diana, Hanis mengangguk dengan sengehan.

"Abang, nak dengar satu cerita tak?" ujar Hanis sebaik saja bayang Puan Diana tidak kelihatan. Faleeq berkerut dahi, entah apa entah cerita dia ni.

"Apa dia?"

"Saya dah lama nak cerita dekat abang cuma tak kena masa, tapi saya rasa saya perlu cerita"

"Ya Allah yang, cerita apa? Janganlah takutkan abang"

"Tak, saya bukan nak takutkan abang tapi kan masuk malam tadi je dah banyak kali saya mimpi ada satu cahaya ni datang dekat saya. Then it was like nak bawak saya ke arah dia but saya tak nak, saya mintak tolong abang, mama, baba semua tapi tak ada sorang pun yang dengar even semua orang keliling saya waktu tu" luah Hanis, sudah lama dia ingin bercerita namun baru waktu itu saja dia berpeluang.

Faleeq tersentak, air liur ditelan kesat.

"Saya rasa kan, it's a sign untuk bagitahu dekat saya yang umur saya tak-"

"Sayang please, jangan merepek. Jangan fikir sangat mimpi tu, mimpi tu kan mainan syaitan je. Awak ignore je lah yang, tak ada kena mengena pun" pujuk Faleeq, rambut Hanis dibelai. Sekadar ingin menyedapkan hati Hanis, dia juga takut dengan mimpi sebegitu.

"Betul?"

"Betul sayang" jawab Faleeq, Hanis hanya tersenyum tipis. Faleeq mengucup lembut perut isterinya itu, tangan Hanis digenggam.

"You are my sunshine, my only sunshine... You make me happy when skies are gray... You'll never know dear, how much I love you... Please don't take my sunshine away" nanyian Faleeq membuatkan Hanis tersenyum. Sejak akhir-akhir itu, Faleeq kerap menyanyikan lagu itu untuknya dan anak mereka. Senyuman kebahagiaan di wajah Faleeq ditenung, kalau saya tak ada nanti, macam mana lah.

"Dah lah, kita masuk dalam ye? Dah nak senja ni, tak elok awak kat luar" kata Faleeq, Hanis hanya mengangguk. Namun sebaik saja dia berdiri, perutnya tiba-tiba mengerang kesakitan. Dahinya berkerut, lengan Faleeq dicengkam kuat serta-merta.

"Sayang? Kenapa ni?"

"Abang s-sakit" bibir diketap, namun tiba-tiba sahaja kepalanya berat.

"Sayang, awak ok tak ni yang?!" tegur Faleeq, namun tiba-tiba Hanis rebah di dalam dakapannya.

"Ya Allahurabbi yang!!! Sayang!! Sayang kenapa ni yang!!!!!" rambut Hanis yang menutup wajah diselak, pipi isterinya itu ditampar.

"Allahuakbar sayang!! Sayang!!!! Ya Allah mama!!!! Mama!!!!" jerit Faleeq dengan harapan Puan Diana mendengar jeritannya.

"Sayang!! Bangun, sayang!!! Ya Allah, mama!!!!! Maa Hanis maa!!!!!"

🥑🥑🥑

Bersambung ...

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now