K A R A O K E 🎤

1.4K 86 4
                                    

CHAPTER 22

⚜️⚜️⚜️

KEDUA MEMPELAI itu berjalan dari satu meja ke satu meja, berbual dengan tetamu yang hadir. Hanis memaut lengan Faleeq bagai tak mahu lepas, tiba-tiba dia mendapat satu idea sebaik saja memandang DJ di situ. Senyuman manis ditayangkan buat Faleeq.

"Cikgu! Jom karaoke" ajak Hanis, dengan harapan suaminya itu bersetuju.

"Eh awak jangan nak buat perangai ea, jangan rosakkan majlis sendiri"

"Ish! Orang ajak nyanyi je, bukan bergelek macam sotong atas stage!"

"Tak nak lah saya, awak tu kaki nyanyi boleh lah. Saya tak minat nyanyi-nyanyi ni"

"Jom lah cikgu! Teman saya nyanyi, please"

"No Hanis, I said no!"

"Yes Faleeq, I said yes! Jom" tangan Faleeq ditarik ke arah DJ yang mengacara majlis.

"Hi bang, saya nak nyanyi" tegur Hanis, walau Faleeq membantah, dia tetap ikut kepala otaknya.

"Wah, jarang pengantin nak nyanyi. Nak lagu apa?"

"Nak lagu apa baby sayang?" Hanis memandang Faleeq, mata dikelipkan berkali-kali.

"No! Saya tak nak nyanyi, awak nyanyi lah sorang" Faleeq berpeluk tubuh, malas layan isterinya yang berperangai kanak-kanak itu.

"Fine! You stay there and hear me out my dearest husband" ujar Hanis, mikrofon diambil.

"Bang, saya nak lagu Sheryl Shazwani, tajuk dia Perasaan. Boleh?" soal Hanis kepada Abang Izzat, selaku DJ itu.

"Beres!" jawab Abang Izzat. Hanis tersenyum, wajah Faleeq dipandang sekilas.

"Assalamualaikum semua, terima kasih sudi hadir ke majlis saya. Tak lupa juga baba mama dan keluarga mertua saya, ibu ayah. Terima kasih kerana restu perkahwinan Hanis dengan Abang Faleeq, thank you very much. For my dearest husband, Faleeq Irham, this songs for you. Ini luahan hati Hanis before kita diijabkabulkan, terimalah" ujar Hanis selamba, bergema suaranya tatkala dia berucap menggunakan mikrofon itu.

"Woooooo!!!!!" jerit tetamu yang hadir sambil memberi tepukan buat Hanis, berani betul. Faleeq pula sudah menggeleng kepala, nasib kau lah ada bini terlebih berani.

"Sering kali ku pandang, tenang raut wajahmu. Terasa seluruh raga, larut dalam getar... Nyatanya hatiku musnah, menahan perasaan..." suara merdu Hanis mula memenuhi dewan tertutup itu, matanya masih tidak lepas dari memandang Faleeq.

"Entah berapa lama, harus memendam rasa...Bimbang keinginan hati, hanya sisa mimpi... Mampukah yang ku inginkan, jadi kenyataan..."

Perlahan-lahan Faleeq mengukir senyuman.

"Ku insan tak sempurna, yang inginkan kasihmu... Tapi dapatkah kau terima, aku berbanding dia... Andai kau menolak cintaku, biarlah aku simpan... Perasaan ini darimu, kemas di dalam hatiku...Sendiri..."

Lagu itu dinyanyikan sehingga tamat.

"Terima kasih, terima kasih" Hanis menunduk tatkala tetamu mula memberikan tepukan, dia tersenyum. Mikrofon diberi semula kepada Abang Izzat.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now