H A P P I N E S S 💗

3.3K 125 26
                                    

CHAPTER 44

⚜️⚜️⚜️

3 tahun kemudian...

OMBAK PANTAI yang menderu itu ditenung, angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa wajah buatkan dia nyaman. Matanya memerhati si kecil yang seronok bermain dengan dua orang sepupunya. Pandangan beralih ke arah Harith dan Haydar pula, kedua abangnya sibuk mengipas ayam yang sedang dibakar. Mereka sekeluarga berkelah di pantai berdekatan rumah Encik Hadi, ajak semua je lah.

"Mommy!!!" jerit si kecil Naina Naseha yang berlari ke arahnya.

"Ya Allah berpeluh-peluh sweetie mommy ni, tak penat ke?" soal Hanis, ikatan rambut anaknya yang sudah longgar itu dibetulkan.

"No tak penat pun, jom lah kita main lari-lari mommy" ajak Naina, Hanis menggeleng.

"Tak nak lah mommy, sweetie pergilah main pasir pantai tu buat sand castle. Ajak Adra dengan Naufal sekali" kata Hanis, hubungan Naina dengan anak Haydar dan Farina juga rapat. Naina mengangguk, berlari ke arah sepupu sepapatnya.

"Sayang" panggil Faleeq, bahu Hanis dipeluk.

"Ye?"

"Ingat tak ni tempat apa?" soal Faleeq, mahu menguji isterinya itu sama ada masih ingat lagi atau tidak. Walau pantai itu berdekatan dengan rumah Encik Hadi namun sudah lama mereka tidak ke situ.

"Mestilah ingat! Dekat pantai ni lah, abang melamar Hanis pada 27 Mei empat tahun lepas" jawab Hanis, semua yang berkaitan Faleeq tetap akan terpaku di fikiran buat selamanya.

"Detail betul! Awak ingat tak the day we met and where? Abang tak ingat that time cause yaa, waktu tu awak tak penting dalam hidup abang" jujur Faleeq bertutur, Hanis hanya tersenyum. Tak kisah lah, asalkan sekarang aku penting dalam hidup kau.

"Of course lah saya ingat, kita kenal pada 18 Ogos dekat mall. That time saya kena follow dengan stranger, am I wrong?"

"Ya, kalau abang jumpa stranger tu I thought that I should say thanks to him. Kalau tak kerana dia, awak tak kan jumpa abang dan tak ada lah awak jatuh cinta"

"Haah kan, dan tak ada lah saya menangis sebab gagal dalam cinta pertama saya" ujar Hanis. Faleeq tersenyum, tangan Hanis digenggam.

"Dulu kan, abang selalu pahatkan dekat kepala otak abang yang abang tak kan terima mana-mana perempuan pun termasuk awak. The day when you gave me that notes, abang terkejut gila dengan pengakuan awak but still... Abang memang tak ada perasaan langsung dekat awak" Faleeq mula bercerita, Hanis hanya mendengar.

"Then I was like, apa benda budak ni. Ya cause awak cakap abang single that time, but actually abang tengah plan nak kahwin dengan Kak Thia. That's why abang ajak awak jumpa untuk betulkan keadaan"

"Dah abang cakap abang single waktu kat mall tu, saya pun apa lagi! Berani kan diri lah confess, dengan harapan saya dapat tamatkan zaman bujang saya habis je SPM. Sekali saya kena reject, dah lah tu rupanya ex-boyfriend kakak ipar saya sendiri ahah! You know how was my reaction that time? Saya excited gila sebab abang rasa macam mana sakitnya di-reject ahah! Tu yang saya kena kan abang cukup-cukup waktu reception along" luah Hanis, tiba-tiba rasa nak cerita semua benda waktu tu. Faleeq tergelak, entah apa-apa je lah dulu.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now