K A M P U N G 🏘

1.1K 90 14
                                    

CHAPTER 14

⚜️⚜️⚜️

PERJALANAN mereka tiba-tiba sahaja terhenti di tepi hutan di dalam kampung yang asing bagi mereka itu, entah apa yang tidak kena sehingga kereta yang dipandu tiba-tiba mati. Hanis dan Adlina hanya mendiamkan diri masing-masing, tak tahu nak fikir apa dah.

"Hanis kau tak servis ke kereta kau sebelum kita ke sini?" soal Adlina, segala jenis tangki di dalam boot kereta hadapan itu ditenung, satu apa pun dia tak tahu.

"Dah lah! Aku dah servis awal-awal lagi sebelum ke sini, mana lah aku tahu kenapa tiba-tiba tak hidup" Hanis membela diri.

"Habis macam mana ni? Hari makin lewat kau tahu tak, dah senja dah ni" ujar Adlina, sekeliling kawasan itu dipandang sebelum dia berpeluk tubuh.

"Adu, aku pulak tak tahu nak setting yang mana ni. Ya Allah, apa lah dosa aku" gumam Hanis, penutup tangki air dibuka kemudian ditutup semula, tak tahu apa yang perlu dibuat.

Tidak lama kemudian, Hanis menoleh tatkala telinganya menangkap bunyi kereta. Pandangan difokuskan ke arah kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapan mereka, dia berkerut dahi, kenapa macam kenal? Nombor plat kereta dikerling, sah!

"Weh Delin!"

"Pe?"

"Aku rasa aku-" kata-katanya terhenti tatkala pemilik kereta itu keluar.

"Awak?" tegur Faleeq, pintu keretanya ditutup. Pelik juga dia, bagaimana pelajarnya itu boleh berada di situ.

"Awak Hanis kan? Awak berdua buat apa dekat sini?"

"Er cikgu, tak sebenarnya saya dengan Delin nak pergi rumah someone then kitorang sesat lepas tu entah kenapa kereta saya stuck dekat sini, enjin tiba-tiba mati" terang Hanis, Adlina di sebelahnya masih terkebil-kebil.

"Oh, awak nak pergi rumah siapa?"

"Cikgu kenal ke orang kampung ni?" soal Hanis semula, ye ye je lah orang tua ni tanya aku sekali dia pun tak tahu.

"Hanis, ni kampung saya lah. Tak kan saya tak kenal orang dekat sini" terang Faleeq, dia tergelak kecil. Hanis dan Adlina saling berpandangan, ah sudah! Macam mana aku boleh tersesat dekat kampung crush sendiri ni!

"Oh er, saya nak pergi rumah makcik ni nama dia Mariana, cikgu kenal?"

Faleeq menjongket kening.

"Mariana?" soalnya lagi, meminta kepastian.

"Hah cakap lah tak kenal"

"Tak, saya-"

"Cakap je lah yang cikgu tak kenal. Dah agak dah, mungkin cikgu orang kampung ni tapi tak semestinya cikgu kenal semua orang. Halah!" pintas Hanis.

"Woi, kasar bahasa! Nak mintak tolong orang tu elok lah sikit!" tegur Adlina, biadap betul.

"Maaf cikgu, saya tak ada niat nak marah cuma saya stress dengan kereta ni, saya dah hantar servis dah tapi entah apa tah mekanik tu letak dekat kereta saya sampai berasap macam ni. Lepas tu tak jumpa rumah lagi, nak bukak waze tak ada line, hari dah senja. Macam mana nasib kitorang dekat sini, dah lah tak kenal sesiapa, kalau-"

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now