S E E 👀

1.1K 87 0
                                    

CHAPTER 13

⚜️⚜️⚜️

KERETA yang dipandu berhenti di lampu isyarat, air boba yang dibeli disedut dengan cermat. Matanya meliar memandang jalan sehinggalah pandangannya terhenti pada kereta yang baru sahaja berhenti di sebelahnya. Jantungnya berdegup kencang, tiba-tiba.

"Delin" panggil Hanis, sesak nafas dia dibuatnya, cermin tingkapnya dan Faleeq tidak ber-tinted itu membuatkan wajah lelaki itu sangat mudah untuk dikenalpasti.

Adlina menoleh.

"Weh! Cikgu kau do, siapa tu namanya..."ujar Adlina, jari dipetik-petik bagi menyumbang kepada akal fikirannya berfikir.

"Faleeq Irham" sambung Hanis, kalau nak tunggu Adlina berfikir sambil petik-petik jari tu, sampai Isyak pun belum tentu dia dapat ingat.

"Yes, Faleeq! Cikgu Faleeq! Lama do aku tak nampak dia, ingatkan dah tak ada kat sini" bekas gurunya itu ditenung bersama Hanis.

"Weh sumpah aku rindu dia" ujar Hanis perlahan, selama ni dia langsung tidak berjumpa dengan Faleeq kerana terlalu sibuk bekerja sehingga nak ambil tahu tentang buah hatinya yang satu ini juga tak sempat.

"For real? Hanis 2 tahun dah, selama ni kau tak ada cerita apa-apa pasal dia pun, aku ingat kau dah move on, rupanya masih berharap ke" Adlina menggeleng kepala, setia sangat ni.

"Tak, aku tak berharap"

"Then, what's this?"

"Aku cuma berhenti berharap, bukan berhenti mencintai" ayat yang sama pernah dia katakan dulu, diulang kembali. Adlina menggeleng kepala, pening nyah!

Lampu isyarat bertukar hijau, kereta Faleeq meluncur laju membelok ke kanan manakala Hanis pula hanya terus, namun pandangannya tetap pada kereta Faleeq yang semakin menjauh, teleng kepala.

"Mengapaaaa kau juga yang ku rinduuuu, walau sudah ku tahu payah bersatuuu, hidup denganmu!!!" nyanyian Ziana Zain pula dinyanyikan semula, bukan Hanis lah kalau tak berdrama dengan lagu jiwang.

"Aku tak pernah berharap dia hadir dalam hidup aku balik Delin, tapi kalau Allah dah takdirkan kami untuk bertemu semula macam dulu, aku redha. Selama 2 tahun ni pun, aku dah pasrah dengan apa yang akan jadi, aku tak pernah cari dia, tapi kalau dia muncul dengan sendirinya, aku tak kan lepaskan peluang tu" senyuman tipis diukir.

"Baguslah kalau macam tu, kau tahu apa yang terbaik untuk life kau, aku dengan family kau sentiasa sokong kau"

Hanis mengangguk, satu nyanyian dilagukan.

"Aku mentari, tapi tak menghangatkan mu. Aku pelangi, tak memberi warna dihidupmu. Aku sang bulan, tak menerangi malam mu. Aku lah bintang, yang hilang ditelan kegelapan... Selalu, itu yang kau ucap padaku. Sebagai kekasih, yang tak dianggap aku hanyaaaa bisa mencoba ber-"

"Kau masih simpan number dia?" pintas Adlina, tiba-tiba kenapa Hanis tak contact Faleeq.

"Ada"

"Habis tu, kenapa tak contact? Kau pun tahu dia dah single, kenapa tak usha?"

"Dia reject aku bukan sebab dia dah nak kahwin waktu tu, tapi kalau dah dia memang tak nak dekat aku, tak kira lah dia single ke tak, dia tetap tak nak aku. Aku tak nak ganggu dia, cukuplah selama ni aku buat dia terbeban dengan perangai aku. Aku yakin satu hari nanti dia dapat perempuan yang dia cari" jawab Hanis, nyanyiannya yang terhenti tadi disambung semula dengan nada perlahan.

"Nasib kita sama Hanis, aku pun lalui benda yang sama" ujar Adlina dengan nada perlahan, namun masih mampu didengari Hanis.

"Kau pernah kena? Dengan siapa? Kau tak pernah cerita dekat aku pun" dahinya berkerut. Setahunya, Adlina tidak pernah berkenalan dengan mana-mana lelaki.

"Ada, cuma aku tak nak kecohkan hal ni" ujar Adlina, oden yang dibeli itu sungguh menarik seleranya.

Hanis menoleh, terkejut.

"Jap! Kau berhenti makan dulu, bila benda ni jadi? Sampai hati kau tak cerita kat aku"

"Bukan aku tak nak cerita, tapi biarlah semuanya jadi kenangan. Benda dah lepas lah, aku tak nak ungkit" jawab Adlina, selagi boleh simpan, lebih baik dia simpan.

"Idris?" tebak Hanis, lelaki itu saja yang agak rapat dengan Adlina, mungkin betul. Adlina yang hanya mendiamkan diri itu memberi jawapan.

"Wow! Great Delin, you did great! Baguslah, rahsiakan benda yang sepatutnya aku tahu. Apa hal kau tak cerita dekat aku?!" soal Hanis, suaranya meninggi, tak puas hati dengan kelakuan Adlina.

"Sebab benda ni berkait dengan kau, aku tak nak keruhkan keadaan, aku tak nak libatkan kau dalam masalah aku" Adlina membuang pandangannya ke jalan raya, perih betul nak ingat kisah lama.

Hanis semakin geram, dia perlu tahu lebih lagi.

"Keadaan tak kan jadi keruh kalau kau bagitahu aku lebih awal waktu tu, bila benda ni jadi?"

"The day when kita ambil result SPM"

"Allahu, lamanya! Baru sekarang kau nak cerita?"

"Hanis, dah lah. Benda lama dah, aku malas lah nak fikir" ujar Adlina, dia pula yang rimas.

"Well whatever it is, aku nak kau tahu yang aku tak pernah ada sikit pun perasaan dekat dia. Kau tak payah risau ok?" ujar Hanis, mungkin sedikit sebanyak mampu mengubat hati rakannya itu.

"Aku tahu. Aku tak kisah pun kau suka dia ke tak, aku dah malas nak fikir pasal dia. Aku mula-mula fikir biar aku yang bla dari sini, rupanya dia dah bla dulu and untill now kitorang langsung tak contact"

Hanis mencebik, bahu diangkat.

"Patutlah dia hilang tanpa berita, rupanya ada something happened between you guys and aku tak tahu. Hm, apa jenis kawan lah aku ni"

"Benda dah lepas, aku malas nak ingat lagi. Aku suka dia tapi dia sibuk kejar orang yang tengah kejarkan orang lain, sebab tu aku cakap kes kita sama" Adlina mencebik.

Hanis tergelak, kelakar! Adlina kejar Idris, Idris kejar Hanis, Hanis kejar Faleeq, Faleeq kejar Fathia Adira yang sememangnya takkan balik pada dia haha! Ini lah yang dinamakan cinta bersegi-segi.

"Aku pun dah move on, satu hari mesti ada lelaki yang pandai hargai aku" ujar Adlina, senyuman ditayangkan.

"Betul tu, tapi serious lah Delin? Kau syok kat Idris?" soal Hanis, meminta kepastian, macam tak percaya.

"Ye, susah untuk aku admit but it's a fact, aku memang syok kat dia dulu"

Hanis tergelak, pelik-pelik je lah.

🥑🥑🥑

Bersambung ...

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now