H O S P I T A L 🏥

2.3K 97 16
                                    

CHAPTER 34

⚜️⚜️⚜️

FIKIRANNYA KUSUT, ahli keluarganya juga belum sempat dia hubungi. Dia diberitahu oleh doktor bahawa Hanis memerlukan masa yang cukup untuk berehat. Adlina mendekatinya, kebetulan dia tergerak hendak menghubungi Hanis sebentar tadi tiba-tiba Faleeq yang menjawab panggilannya.

"Hanis macam mana?" soal Adlina, dia menahan geram. Siapa lagi punca Hanis warded kalau bukan sebab Faleeq!

Faleeq menoleh, wajahnya diraup kasar.

"Doktor cakap Hanis blood pressure, dia perlukan rehat yang cukup. Lately ni dia ada mengadu dekat saya yang dia kerap pening kepala, saya tak sangka pulak akan jadi seteruk ni" ujar Faleeq. Adlina pula menghela nafas, orang tua ni memang mintak kena bahasakan dengan aku.

"Saya nak cakap sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Saya tahu saya tak berhak untuk masuk campur hal rumah tangga cikgu, tapi saya rasa saya perlu cakap jugak benda ni. Cikgu terima atau tak, itu terpulang pada cikgu. Semalam birthday dia, cikgu tahu benda ni?"

Faleeq tergamam, bagai seketul batu jatuh menghempap kepala. Akalnya mencerna setiap kata-kata Hanis padanya sebelum ini. Hanis menyoalnya banyak kali, namun sikit pun dia tidak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan.

"Tak tahu kan?" soal Adlina lagi, perasaan marahnya masih mampu dikawal.

"Y-ye, saya tak tahu" ujar Faleeq tergagap, sebersalah, malu semua ada.

"Ha see? Benda simple pun cikgu tak tahu. In fact, cikgu bukan tak tahu tapi cikgu memang langsung tak ambil tahu pasal Hanis! Betul firasat saya dulu, cikgu memang tak layak memiliki dia. Saya mintak maaf sebab saya terpaksa bahaskan benda ni, tapi orang macam cikgu ni tak boleh dibiarkan. Makin lama makin menyakitkan hati orang.

Hanis ikhlas cintakan cikgu tapi cikgu sikit pun tak hargai dia. Mungkin cikgu tak nampak istimewanya dia, tapi dia juga lah satu-satunya perempuan yang tak pernah berhenti mengharapkan cikgu. Dia ingat dia dapat celebrated hari bahagia dia dengan cikgu buat kali pertama dalam perkahwinan, tapi semuanya tak berjalan macam apa yang dia idamkan.

Tolonglah cikgu, saya merayu sangat tolong lepaskan Hanis kalau betul cikgu tak cintakan dia. Dari mata dia je, saya dapat rasa yang dia dah cukup terseksa hidup menagih kasih dari cikgu selama ni. Ada yang lebih layak memiliki cinta dia dan yang pastinya orang tu bukan cikgu, cikgu memang tak layak memiliki dia"

Adlina menyusun katanya panjang lebar buat Faleeq, puas hatinya dapat meluahkan rasa geram yang terbuku di hati. Namun belum berakhir di situ, ada banyak lagi benda dia nak cakap. Faleeq diam, setepek kena hembus dengan Adlina. Dia akui, memang semua yang jadi silap dia.

"Saya tak tahu lah sijil apa yang cikgu pakai sampai cikgu boleh bergelar guru, saya tak sangka pulak orang berpelajaran tinggi ni otaknya lagi cetek. Belajar menghargai orang cikgu. Kalau orang dah tawar hati, merayu macam mana pun tak guna dah. Pada masa tu, walau cikgu menagih kasih dekat dia macam mana dia buat dekat cikgu dulu sekali pun, saya berani jamin dia tak kan kembali pada cikgu. Cikgu terlalu pentingkan diri!

Kalau cikgu rasa saya menyibuk dalam rumah tangga cikgu, saya mintak maaf. Tapi apa yang saya buat ni pun demi menyelamatkan rumah tangga cikgu yang dah retak menanti belah ni. Hargai dia selagi hati dia masih sayangkan cikgu, saya dah tak sanggup tengok dia macam tu. Kami semua sayangkan Hanis yang periang macam dulu, saya tak nak kebahagiaan yang baba mama dia beri pada dia dihancurkan oleh lelaki yang salah"

Faleeq tergamam, terkulat-kulat dia menghadam satu persatu kata yang Adlina tuturkan padanya. Segala persoalannya terjawab, bagaimana dia boleh lupa dengan tarikh yang paling bermakna buat Hanis. Betul kata Adlina, dia terlalu mementingkan diri.

"Maaf cikgu, saya tak ada niat buruk pada rumah tangga cikgu melainkan rasa kesian dekat Hanis. Dia sayangkan cikgu, dia sayang sangat sampai dia tak nak susahkan cikgu. Dia tetap cuba bersangka baik dekat cikgu walau banyak benda yang cikgu buat. Satu je saya mintak, kalau cikgu sayangkan dia tolong hargai dia. Kalau cikgu rasa cikgu memang tak boleh terima dia langsung, lepaskan lah dia dengan cara baik.

Pulangkan dia ke pangkuan mama baba dia, biar dia cari kebahagiaan dia sendiri. Untuk pengetahuan cikgu, dia dengan Idris tak ada apa-apa hubungan macam yang cikgu fikirkan. Malam tadi pun, saya yang drive kereta Idris, saya yang hantar dia balik bukan Idris. Idris bakal bertunang dengan saya, tak mungkin perkara yang cikgu fikirkan tu terjadi. Jangan terus menghukum cikgu, tengok sekarang siapa yang susah" ujar Adlina, puas hati!

Faleeq diam, tertampar? Ye, hampir senget kepala otaknya tatkala kata-kata Adlina semakin kuat menyapa minda. Menyesal dengan setiap perbuatannya, dia terlalu kejam sepanjang Hanis menjadi isterinya.

"Saya nak jumpa dia" ujar Faleeq, langkah diatur ke wad Hanis. Pintu bilik dibuka, punggung dilabuhkan diatas kerusi sebelah katil itu. Tangan Hanis digenggam erat, dikucup lama. Kesal dengan segala perbuatannya pada Hanis.

"Saya minta maaf Hanis, saya dah buat silap besar dekat awak" rintih Faleeq, wajah Hanis ditenung. Tangan Hanis yang digenggam tadi terlepas sebaik saja isterinya itu tersedar. Hanis hanya diam, mata kuyunya memandang Faleeq.

"Hanis... Hanis, awak sakit kepala lagi ke? N-nak saya picit?" soal Faleeq teragak-agak, pipi Hanis diusap lembut namun isterinya itu berpaling. Faleeq diam, terkejut dengan tindak balas Hanis.

"Hanis... Saya mintak maaf, saya tahu saya salah. Saya tahu saya tak patut tuduh awak bukan-bukan, sepatutnya saya tanya dulu. Hanis saya mengaku, saya memang langsung tak ambil berat pasal awak sampai hari lahir awak pun saya tak ambil tahu. Tapi pasal Kak Thia, Hanis awak salah faham. Saya tak rancang untuk keluar dengan dia pun cuma-"

"Saya tak nak dengar" pintas Hanis, malas nak dengar benda bodoh. Faleeq pula mengeluh, ah sudah.

"Percayalah Hanis, saya tak tipu awak. Saya merayu sangat tolonglah maafkan saya, saya tak nak hilang awak Hanis. Saya mengaku silap saya, tolong jangan hukum saya macam ni" ujar Faleeq, merayu-rayu dia memohon maaf kepada Hanis.

Hanis hanya diam, airmata yang mengalir perlahan diseka. Hatinya mati, akalnya buntu. Pada saat itu, biarlah takdir yang mengatur perjalanan rumah tangganya. Jika masih dilanda badai, biarlah dia terus karam.

"Doktor, tolong rahsiakan perkara ni dari suami saya dan family saya yang lain. Saya akan beritahu diorang bila waktu betul-betul tepat"

Permintaannya pada Doktor Azreen terlayar di minda, dia belum bersedia untuk memberitahu semua orang akan keadaannya saat itu. Apa jua yang berlaku biarlah dia tanggung sendiri.

🥑🥑🥑

Bersambung ...

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now