D E A T H 🪦

2.4K 90 17
                                    

CHAPTER 43

⚜️⚜️⚜️

TANGISAN DEMI tangisan dihamburkan, berat hatinya ingin melepaskan susuk tubuh itu pergi buat selamanya. Apatah lagi ketika dia mengimamkan solat jenazah tadi, luruh hatinya ketika berdiri di hadapan sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Juraian airmata semakin ketara, tinggallah si kecil Naina yang membawa sinar baru dalam hidupnya selepas ini.

"Dalam rahim saya ni, ada anak kita yang sedang membesar. Saya mengandung anak awak Faleeq, awak dah jadi daddy"

"You are my sunshine, my only sunshine... You make me happy when skies are gray... You'll never know dear, how much I love you... Please don't take my sunshine away"

"Abang ajal dan maut di tangan Tuhan abang, kita tak tahu bila kali terakhir kita dapat bersama dengan orang yang kita sayang. Kalau Allah masih izinkan saya untuk bernafas, saya janji akan sama-sama dengan abang untuk didik dua orang twin kita ni sebaik mungkin"

Segala memorinya bersama Hanis ketika isterinya itu mengandung dahulu berputar di minda, semakin luruh jantungnya mengingati hal itu. Wajahnya diraup kasar, airmata yang sedaya upaya ditahan akhirnya mengalir jua. Dia terlalu berharap pada manusia sehinggakan Allah mengambil salah satu kebahagiaannya.

"Doktor isteri saya macam mana?!!! Dia tak apa-apa kan?!! Anak-anak saya? Diorang bertiga selamatkan?!!" soal Faleeq bertubi-tubi, wajah Doktor Azreen ditatap memohon jawapan. Keluhan berat kedengaran dari mulut Doktor Azreen, Faleeq semakin tidak keruan.

"Keadaan Puan Hanis terlalu lemah setelah melahirkan anak kedua Encik Faleeq... Kami mohon maaf Encik Faleeq, kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan ketiga-tiga nyawa. Namun takdir Allah lebih berkuasa, salah satu daripada tiga nyawa tidak dapat kami selamatkan. Sekali lagi kami mohon maaf"

"Kenapa cepat sangat awak tinggalkan kami semua sayang..." rintih Faleeq sendirian di kubur itu, semua yang jadi sekelip mata bagai mimpi. Bahunya disentuh seseorang, Faleeq menyeka airmatanya sebelum menoleh.

"Tak elok kamu meratap pemergian arwah macam ni Faleeq" tegur Encik Hadi, dia juga faham akan perasaan anak lelakinya itu. Kehilangan orang yang kita harapkan, sakit rasanya.

"Faleeq tak kuat yah, macam mana kehidupan kami bertiga lepas ni..." rintih Faleeq, dia menunduk.

"Setiap yang bernyawa pasti akan pergi Faleeq, belajarlah melepaskan apa yang kita sayangi. Tiada apa dalam dunia ni milik kita, semuanya hakiki milik Allah SWT. Cinta bukan saja perlu dibalas dengan kebahagiaan semata-mata, tapi jugak dengan pengorbanan. Semua yang jadi ni dah ditentukan, Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu sekeluarga" pujuk Encik Hadi, belakang badan Faleeq diusap.

"Kami baru nak mulakan hidup baru yah... Salah ke Faleeq terlalu berharap...." rintih Faleeq lagi, airmatanya gugur lagi.

"Tak salah berharap, cuma Allah nak kamu tahu ada cinta yang lebih agung untuk diharapkan iaitu cinta Allah SWT. Banyakkan berdoa, mintak Allah permudahkan segalanya. Kamu kena kuat untuk anak kamu, fikir tentang Hanis. Dia pun tak nak tengok kamu bersedih macam ni, semua yang jadi pasti ada hikmah tersendiri"

Faleeq hanya diam, pusara permata hatinya itu ditatap sayu. Batu nisan yang dipacakkan di atas kubur itu diusap perlahan, nafas berat dihela berkali-kali. Bagai tidak mahu jauh dari situ, namun orang yang dia sayang sangat memerlukannya saat itu. Dia perlu kuat demi Hanis dan anaknya.

Menanti Bahagia Where stories live. Discover now